Friday, February 7, 2014

MANA MUNGKIN KHALID YANG HEBAT BOLEH SALAH GUNA KUASA?



Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali, mendakwa Menteri Besar Selangor telah melakukan salah guna kuasa negeri dalam “membunuh” musuh-musuh politiknya. Kenyataan ini dipercayai merujuk kepada penamatan kontrak secara mengejut 23 orang pekerja Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) beberapa hari lalu.

Semalam Khalid Ibrahim dilaporkan media sebagai berkata beliau bersangka baik buat masa ini dengan tidak menuduh Azmin Ali terbabit dengan perlantikan 23 orang kakitangan kontrak PKNS yang sebenarnya jawatan tidak perlu diwujudkan.

Namun Khalid juga dilaporkan berkata, “Pekerja kontrak yang dibayar gaji tinggi ini ditamatkan kerana berlaku pertindanan jawatan dengan pekerja tetap dan sebahagiannya dilantik atas cadangan Lembaga Pengarah PKNS.”

Ini menimbulkan spekulasi bahawa PKNS telah dijadikan Azmin sebagai medan melantik pekerja-pekerja politik ke dalam pengurusan badan tersebut.

Bagaimanapun bagi pemerhati politik, tindakan Khalid menyalahkan Azmin atau mana-mana ahli Lembaga Pengarah adalah tidak masuk akal kerana Menteri Besar merupakan pengerusi PKNS dan juga Pengerusi Lembaga Pengarah PKNS. Ini bermakna sebaran cadangan dari Lembaga Pengarah akan melalui Khalid.
azmin-khalid-mkini


Hari ini, menurut Malaysiakini.com, Azmin Ali menggesa Khalid agar berhenti menyalahgunakan jentera kerajaan negeri menghukum pesaing politiknya.

Merujuk kepada pemecatan lebih 20 kakitangan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Azmin menegaskan tindakan tersebut “amat tidak bertanggungjawab” dan keputusannya mesti disemak semula.

“Saya menyeru pihak yang mempunyai kuasa dengan segera membatalkan surat pemecatan dan meminta maaf kepada rakyat Selangor bagi apa-apa tindakan yang tidak bertimbang rasa dan menindas

“Demi kepentingan keadilan dan tadbir urus yang baik, Abdul Khalid mesti berhenti menggunakan PKNS sebagai senjata peribadi terhadap pesaing politiknya dilihat,” katanya dalam satu kenyataan.Azmin, yang juga pengerusi Majlis Pimpinan Selangor, ditamatkan kontrak sebagai ahli lembaga pengarah PKNS bulan lalu dan ia dilihat sebagai pergeseran terbuka antara beliau dan Khalid.

No comments: