Friday, February 28, 2014

MOU AIR SELANGOR- AZMIN BELASAH KHALID



PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan diminta untuk memperjelaskan mengenai butiran penuh Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan berhubung projek loji rawatan air Langat 2.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata, Menteri Besar akan dipanggil untuk memberi taklimat kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik sahaja beliau pulang dari Jepun.

"Kami mahu mendengar cerita di pihak Khalid kerana ramai yang masih tidak mengetahui mengenai butiran berkenaan. Kita bimbang sama ada akan terdapat kenaikan harga tarif air dan sama ada masih terdapat air percuma bagi Selangor," katanya pada Khamis.

Laman rasmi Facebook Anwar menunjukkan bahawa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kini berada di Jepun.

Dilaporkan bahawa beberapa pemimpin PKR tidak dimaklumkan mengenai MoU sebelum negeri itu menandatangani perjanjian berhubung penstrukturan semula air dan tidak dipastikan sekiranya Khalid mendapat sokongan daripada pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat mengenai perjanjian itu.

Azmin, yang juga Ketua PKR Selangor berkata, peguam parti akan dirujuk untuk memastikan perjanjian itu mengikut dasar-dasar Kerajaan Pembangkang.

"Kita masih memerlukan penjelasan lanjut," katanya.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil , bagaimanapun berkata, beliau dimaklumkan bahawa Khalid bersiap sedia untuk membuat pembentangan mengenai penstrukturan semula air itu kepada semua pemimpin Pakatan Rakyat.

"Saya tahu beliau akan memberi taklimat kepada semua pemimpin Pakatan Rakyat dalam beberapa hari akan datang," katanya sambil menambah bahawa ramai pemimpin Pakatan Rakyat meminta untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai isu air tersebut.

"Saya fikir usaha untuk membentangkan dengan lengkap amat dialu-alukan," kata Fahmi.

2 comments:

Aperkebender said...

Kalau aku jadi Khalid, aku buat fotostat banyak2 MoU tu dan aku bagi saja pada diorang untuk baca. Selama ni pun diorang tu bukan suka membaca pun, lebih suka dengar apa Anuwar cakap saja...sebab tu macam macam akai yang terkeluar bergantung pada keturunan...kebajikan rakyat letak bawah jubur taik.

Tahap otak diorang ni boleh faham ke terma-terma dlm MoU tu? Kalau taraf gene Teresa Kok & seangkatan bila tengok perkataan Melayu dan tulisan Jawi dah mula meremang dan nak muntah, bolehkah berfikiran positif/kritikal?

shamsul baharein said...

MOU yang ditanda-tanggani beberapa hari yang lepas sudah pasti melalui process penyemakan dan mentri besar yang mewakili kerajaan negeri dan Menteri kerajaan persekutuan sudah tentu bersetuju dengan syarat yang terkandung didalam terma-terma MOU tersebut.Saya yakin kedua-dua pihak telah mendapat nasihat dari penasihat undang-undang negeri dan persekutuan barulah MOU itu ditanda-tanggani.MOU ini sudah pasti tidak sama sekali memindahkan cos kepada pengguna dan sudah tentu kerajaan negeri tidak mahu ada kenaikan harga air kepada pengguna.Jadi kenapa MP Azmin Ali mahu MOU ini disemak pula oleh Peguam Parti PKR sedangkan ini adalah urusan rasmi Kerajaan Negeri dan kenapa pula ianya perlu mendapat endosement parti PKR dan Pakatan Rakyat.MB telah menjalankan tanggung-jawabnya sebagai ketua eksekutif kerajaan negeri dan sesiapa dalam kepimpinan parti PKR tidak bolehlah mengambil kuasa itu dari MB lagipun YB Azmin Ali hanyalah Adun serta bukanya ahli exco kerajaan negeri.Semua pihak jawiblah tahu dimana garisan pemisah diantara politik dan mengenepikan fahaman politik apabila sesuatu yang lebih besar dan melibatkan rakyat terbanyak perlu diatasi bersama tanpa mengira kiri atau kanan.YB Azmin tidak perlu bermain politik didalam hal ini kerana kesemua pihak bakal mendapat menafaat dari perlaksanaan MOU tersebut.