Monday, February 3, 2014

N25KAJANG- AYUH KITA BANTU "REPAIR" JENTERA MCA



KAJANG: Puteri Umno menyokong cadangan supaya MCA diberikan peluang untuk kembali memulihkan reputasinya di pentas politik pada pilihan raya kecil (PRK) Kajang.

Ketuanya, Mas Ermieyati Shamsuddin (gambar) berkata, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang merupakan tempat MCA meletakkan calonnya sejak dahulu dan Puteri sedia menyokong sesiapa sahaja yang menjadi pilihan Barisan Nasional (BN).

"Sekarang terdapat banyak cadangan dan saya berharap calon Umno akan menjadi pilihan untuk merebut kerusi berkenaan. Tetapi jika kita lihat semula, kerusi di DUN Kajang merupakan kawasan MCA untuk mencalonkan pilihan mereka.

"Bagaimanapun, kita akan menunggu pimpinan BN membuat keputusan dan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dijangka akan membuat keputusan dalam masa terdekat," katanya pada sidang media sebelum mempengerusikan mesyuarat khas bersama Puteri Umno Hulu Langat di sini, Ahad.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno memberitahu, Puteri telah menggerakkan sebanya 16 Pusat Daerah Mengundi bagi memberi perhatian kepada pengundi muda sempena PRK Kajang.

Beliau selain itu turut mengkritik tindakan pembangkang yang mengheret masalah dalaman parti kepada PRK yang hanya membazirkan wang rakyat.

No comments: