Tuesday, February 11, 2014

PAS KECUT PERUT BILA DI WARNING PERTUBUHAN KRISTIAN



Semakin hari semakin pudar harapan pencinta-pencinta TEORI IMAM MAHDI dan Penyelamatan. Semakin hari semakin malaplah impian mereka yang mahu melihat seluruh penduduk di Malaysia memakai serban, berjubah, berjanggut sejemput dan wanitanya pula bertudung litup sehingga hanya biji mata sahaja yang kelihatan dengan pakaian serba hitam macam Ninja sesat di bawah terik matahari Tropika.

Apakan tidak, puak yang dikatakan lebih Islam daripada UMNO dan Kerajaan sedia ada, terus membisu dan terkelu apabila diberi amaran lisan oleh pertubuhan Kristian sekiranya berhajat bertanding dalam PRK DUN Kajang. Pertubuhan Kristian tersebut yang memberikan sokongan sepenuhnya kepada Anwar Ibrahim turut menempelak PAS sebagai sebuah PARTI YANG TAK BERGUNA dalam Pakatan Rakyat dan langsung tidak membantu.

Dengan kata lain, pertubuhan Kristian berkenaan melihat PAS sebagai tidak diperlukan dalam Pakatan Rakyat. 15 Kerusi DUN yang dikuasai oleh PAS di Selangor sepatutnya menjadi bahagian PKR dan DAP. PAS tidak sepatutnya menguasai sebuah kerusi DUN pun di Selangor memandangkan kewujudan PAS sebagai komponen dalam Pakatan Rakyat Selangor hanyalah satu pembaziran besar


Amaran yang diberikan oleh Pertubuhan Kristian tersebut, benar-benar membuatkan PAS terkejut dan takut. Sebahagian besar pemimpin PAS terutama sekali yang begitu mengharapkan keredhaan dan pujian daripada DAP yang merupakan gerombolan Jesuit, terketar-ketar. Malah ada sesetengahnya yang menangis malam, bukan kerana menepati ciri-ciri pemuda yang akan dijamin syurga kerana menangis bersendirian pada tengah malam kerana takutkan Allah Taala, tetapi kerana takut DAP akan terus marah dan tidak lagi memberikan bantuan kewangan atau sokongan sebagaimana yang diharapkan.

Justeru, para pemimpin PAS seperti Mat Sabu, terpaksa memikirkan cara untuk mengambil hati kaum itu semula. Pelbagai kaedah telah difikirkan, namun apabila kekecohan tercetus setelah Teresa Kok memuatnaikkan klip video yang kemudian mencetuskan kemarahan orang Melayu-Bumiputera sama ada di Semenanjung, mahupun di Sabah dan Sarawak selain umat Islam yang terhina dengan senda gurau bertaraf bodoh Teresa Kok.

Kesempatan yang ditunggu akhirnya tiba apabila demonstrasi NGO di Dataran Maybank, Kuala Lumpur turut menawarkan RM1200 bagi satu tamparan ke muka Teresa Kok.

Itulah kesempatan terbaik untuk PAS mendapatkan semula kepercayaan daripada DAP dan kaum Jesuit yang menjadi tenaga utama DAP. Mat Sabu selaku Timbalan Presiden PAS segera menawarkan bantuan dan perlindungan kepada Teresa Kok. Dengan menggunakan Unit Amal sebagai bodyguard percuma, Teresa Kok pada masa yang sama, turut menawarkan RM500 kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya dan perlu menamparnya untuk mendapatkan jumlah wang sebanyak itu.

Itulah mutu dan tahap PAS sekarang yang merupakan parti tinggalan dan perjuangan utama Allahyarham Dr. Burhanuddin Helmi dan Dr. Zulkifli Ahmad. Kalau Allahyarham Dr. Zulkifli Ahmad yang pernah dipuji oleh Tun Abdul Razak sebagai pemidato dan penghujah di Parlimen yang baik mengingatkan bahawa tindakan memberi muka kepada kaum berkenaan, hanya akan mendatangkan mudarat yang lebih besar, Timbalan Presiden PAS yang seterusnya bernama Muhammad Sabu, lain pula ceritanya. Mat Sabu menentang sama sekali dan melihat kasih sayang dengan dengan kaum Jesuit akan memacu namanya.

Semuanya bermula dengan kemarahan Pertubuhan Kristian yang memberi amaran keras kepada PAS agar tidak meletakkan calon mereka di PRK DUN Kajang.

Itu yang hendak diharapkan kepada PAS? Itu yang dinamakan memperjuangkan Islam? Atau sebenarnya pada masa kini, PAS hanyalah anjing Jesuit dan penjilat kaum yang beria-ia mahu menggantikan kalimah LORD, JESUS atau FATHER mereka dengan ALLAH berbanding SIVA, BUDDHA dan sebagainya dengan PAS sendiri akan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi walaupun terpaksa mengkhianati umat Islam?

Trend ini sudah boleh dilihat menerusi kekecutan, ketakutan dan menggigilnya para pemimpin PAS apabila dikenakan amaran oleh sebuah Pertubuhan Kristian yang tidaklah sebesar mana pun berbanding PAS!!!

Petikan Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

itu la tanda yg ALLAH sedang meng HINA PAS dan seluruh pengikutnya....
musuh islam yg jelas di tatang & di sanjung....yg memperjuangkan dan mempertahankan islam di tentang dan di maki hamun.....sesungguhnya ALLAH telah mem BUTA kan mati hati mereka, sedangkan mereka sebenarnya tidak buta penglihatan....mereka perasan yg mereka lebih islam dari org lain....mereka perasan dgn hanya menyarungkan jubah, serban & kopiah serta janggut sejemput, mereka sudah cukup islam dari org lain dan hanya mereka sahaja yg layak menghuni syurga ALLAH....sementara org lain layak ke neraka jahanam sahaja....mereka tidak sedar yg ALLAH sedang menghina mereka se hina hinanya.....