Saturday, February 22, 2014

PAS SELANGOR TERUS KELIRU DAN DI PERBODOHKAN



Hingga ke hari ini parti PAS masih lagi tidak mahu kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor digantikan dengan Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun PRK DUN Kajang bakal berlangsung pada bulan depan.

Perkara itu ditegaskan sendiri oleh pemimpin PAS iaitu Pemangku Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh.

Kata Nik Muhammad Zawawi, soal menggantikan jawatan yang dipegang oleh Khalid ketika ini tidak perlu dibincangkan dan diperbesarkan seperti apa yang diuar-uarkan oleh Anwar sendiri.

Ini kerana, jawatan MB Selangor dipegang oleh Khalid telah dicapai melalui kata sepakat dan konsesus dalam Pakatan Rakyat sendiri sejak PRU 12 pada tahun 2008.

“Yang pertamanya isu pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang ini, Dewan Ulama PAS selari sebagaimana yang diputuskan oleh PAS Pusat dan telah disebut oleh presiden bahawa pilihan raya kecil ini tidak timbul soal peralihan Menteri Besar.

“Ia adalah pilihan raya kecil biasa untuk menggantikan seseorang yang telah meletakkan jawatan. Dewan Ulama PAS berpegang teguh dengan pendekatan yang diambil oleh parti,” katanya.

Penolakan parti PAS dalam isu Anwar mahu menggantikan jawatan MB Selangor tidak dipersetujui di awal-awal lagi sejak Anwar menyatakan hasrat mahu bertanding dalam PRK DUN Kajang selepas perletakan jawatan berlaku di kawasan tersebut.

“Kita dalam Pakatan Rakyat dah bersetuju bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dan sekarang ini kita tak bincang orang lain.

“Maknanya kita kekal keputusan untuk mengekalkan Menteri Besar Selangor yang ada,” katanya lagi.

Dari kenyataan Anwar itu, PAS sudah dapat melihat dan menilai apabila Anwar mencuba mengambil pendekatan yang bersifat kepentingan peribadi untuk mencapai hasrat beliau mahukan menjadi pemimpin Malaysia.

Malah, menggunakan alasan mahu bertanding hanya kerana mahu menyelesaikan krisis dan pergaduhan antara Khalid dan orang kanannya, Azmin Ali mengukuhkan lagi tanggapan parti PAS di mana Anwar tidak bersifat memperjuangkan matlamat parti.

Justeru, situasi Anwar yang masih lagi berteka-teki sama ada bakal merampas kuasa MB Selangor dari tangan Khalid juga membuatkan parti PAS tidak percaya kepada ketua pembangkang itu.

PRK DUN Kajang yang bakal berlangsung pada 23 Mac ini akan menentukan tindakan seterusnya yang akan dibuat oleh Anwar sama ada akan melancarkan strategi kepentingan dirinya atau sebaliknya. Tunggu dan lihat sahaja.

No comments: