Tuesday, February 25, 2014

PRK Kajang : Antara Penipuan Total Pembangkang Dan Perlaksanaan Berkala Kerajaan



Keberanian pembangkang mempersoalkan perlaksanaan berkala kerajaan seperti BR1M benar-benar mengundang kehairanan melampau. Kita amat maklum bahawa hampir 90% janji pembangkang merupakan auta dan penipuan semata-mata. Namun pada masa yang sama mereka berani mempertikaikan dasar dan perlaksanaan kerajaan dalam memenuhi satu persatu segala janji yang kerajaan telah buat .

Kita faham juga bahawa bahawa hampir mustahil untuk kita memenuhi 100% janji kerana beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Namun keupayaan kerajaan memenuhi lebih dari 90% janji merupakan sesuatu yang amat baik dan membanggakan.

Sebenarnya PRK Kajang ini mengundang rasa cemas dalam diri pembangkang. Mereka sedar bahawa pembohongan demi pembohongan yang telah mereka lakukan bakal memakan diri mereka sendiri. Demi untuk mengalihkan isu penipuan danpembohongan mereka maka pembangkang menghantar wakil-wakil mereka untuk menabur fitnah dan mengalihkan isu agar segala auta mereka dilihat sebagai isu yang terlalu kecil untuk diambil kira dalam menentukan undi.

Isu utama yang perlu pengundi di Kajang harus pertimbangkan adalah tindakan pembangkang yang beberapa kali mengosongkan kerusi kawasan mereka meskipun amanat sebagai calon kawasan telah dipilih oleh pengundi. Ini telah mendatangkan kerugian kepada negara dan wang rakyat telah dibazirkan tanpa sebab yang kukuh dalam kegawatan ekonomi dunia. Corak pentadbiran pembangkang yang cukup tidak bertanggungjawab ini perlu dihukum dalam PRK Kajang.

Dalam kekecohan sikap tidak bertanggungjawab pembangkang ini maka mereka pun menghantar “tukang karut” untuk menabur fitnah dan mempermainkan kewarasan rakyat. Dalam keadaan kerajaan berusaha memenuhi segala janji yang telah dibuat yang mana lebih dari 90% janji telah berjaya dipenuhi pun mereka masih berani menuduh kerajaan Barisan Nasional menipu rakyat.

Kerajaan telah war-warkan kepada rakyat bahawa pemberian BR1M RM1,200 kepada rakyat akan dibuat secara berperingkat. Namun ia tetap dipolitikkan oleh pembangkang. Kita tahu bahawa harga barangan naik bukan disebabkan oleh kerajaan. Komplot dari “tangan-tangan ghaib” lah sebenarnya telah menjadi punca utama kenaikan harga barang dan menyusahkan rakyat. Informasi “tangan-tangan ghaib” yang berniat jahat untuk memburukkan kerajaan ini perlu difahami sepenuhnya oleh rakyat.

Beban yang ditanggung oleh rakyat sebenarnya merupakan titik tolak pengkhianatan pembangkang. Kerajaan telah melaksanakan dasar dan tanggungjawab untuk memastikan kenaikan harga barangan tidak akan membebankan rakyat. Kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab perlu memberikan kerjasama untuk mengekang kenaikan harga yang cuba disabotaj oleh pembangkang.

Pembangkang sepatutnya “cermin” diri mereka sendiri dalam hal janji-janji pembohongan yang menjadi “makanan” mereka. Kekalutan dan kekecohan dalam negeri-negeri yang dalam pemerintahan pembangkang seperti Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang perlu dijadikan “sempadan” dalam menentukan kewarasan undi.

Kenyataan PM telah mengundang “kepanikkan melampau” dalam pembangkang. Beliau telah meminta rakyat agar tidak lagi tertipu dengan janji-janji pembangkang yang sekadar lunak didengar tetapi hakikatnya boleh menghancurkan negara jika kepimpinan negara beralih ke tangan mereka.

“Dah kena tipu 16 September, betul? Dah kena tipu fasal 40,000 Bangladesh menjadi pengundi hantu betul? Padahal cuma 12 orang Bangladesh menjadi warganegara dalam masa 10 tahun. Kalau nak jadi pengundi kena jadi warganegara, betul?

“…kalau tidak percaya saya, tanya Jabatan Pendaftaran..kena tipu lagi, pasal ‘blackout’ pula dia kata kita tipu peti undi.

“…lepas itu bila kalah pilihan raya hendak jadi pensyarah. Tak jadi pensyarah lagi, masih hendak bertanding di Kajang,” katanya.

Pembongkaran yang dilakukan PM terlalu menusuk jantung mereka kerana ini merupakan hakikat kebenaran yang tidak boleh disangkal. Oleh itu mereka cuba mencipta isu penipuan yang tidak wujud untuk memfitnah. Rakyat sebenarnya sudah bosan dengan fitnah pembangkang ini. Kerajaan sepatutnya bertindak menyaman segala pembohongan mereka. Pembangkang ini jenis “muka tebal” yang “tak tau malu”. Mereka perlu diajar atas kebiadapan melampau yang bertentangan dengan nilai-nilai murni orang Melayu.

Petikan Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

Kita akan tengok pengundi cina main wayang lagi. Dong Zong desak. MCA minta. Muhyidin botak. Kah kah kah ...