Friday, February 21, 2014

PRK Kajang: Anwar Menang Atau Tidak, Rakyat Selangor Sah Dibodohkan!!



DIBACA dari sudut mana pun, satu yang pasti dan semua orang patut sedar ialah, Khalid Ibrahim bukanlah seorang Menteri Besar yang baik. Prestasi Khalid sebagai Menteri Besar terlalu buruk sehingga Anwar Ibrahim dibawa khas dari Pulau Pinang, kerusi DUN Kajang dikosongkan dnegan sengaja, hanya untuk memastikan Khalid diganti.

Gelaran pakar ekonomi dan pengalaman bertahun-tahun menguruskan syarikat korporat bukanlah satu testimoni yang melayakkan Khalid jadi Menteri Besar – hakikat yang rakyat Selangor baru tahu setelah hampir 6 tahun bermenteri besarkan orang ini.

Rupa-rupanya selama 6 tahun ini Anwar hantar satu orang yang tidak lengkap sebagai ketua kerajaan negeri Selangor, dan kini dia cuba ‘menebus’ semula kesilapan itu dengan meletakkan dirinya pada satu posisi dimana dia boleh jadi menggantikan jawatan tersebut.

Ironinya, yang dedah Khalid ini bukan orang yang layak untuk memimpin Selangor bukan BN pun, tapi Anwar sendiri.

Tapi kalau so called pakar ekonomi tak boleh memimpin Selangor dengan baik, bagaimana pulak yang bukan pakar ekonomi macam Anwar boleh? Ya, Anwar Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dulu, tapi itu bukan ukuran mengatakan dia layak menguruskan sebuah negeri.

Sebab zaman itu berbeza, Anwar adalah orang nombor dua kepada seorang yang bertaraf lagenda seperti Tun Dr. Mahathir. Lagipun, Anwar pernah diuji dengan krisis kewangan 1997 dan dia gagal membawa negara keluar dari kemelut tersebut sehinggalah Mahathir mengambil alih dari dia – baru semua masalah selesai.

Berbanding dengan sekarang bila Anwar menjadi nombor satu – sekurang-kurangnya di Selangor. Dan memandangkan Pakatan Rakyat ini hanya ada pada nama tidak berdaftar secara rasmi, Anwar bakal menentukan sepenuhnya cara Selangor diuruskan tanpa terikat dengan orang lain di luar dari negeri tersebut.

Tak seperti Menteri Besar kerajaan BN yang masih terikat dengan Perdana Menteri di peringkat persekutuan. Pendek kata, Anwar berkuasa penuhlah dalam nak menentukan hala tuju ekonomi negeri Selangor ini.

Agaknya beranikah rakyat Selangor, terutama orang cina, nak memperjudikan nasib mereka di tangan orang macam Anwar? Orang Melayu tak usah personal sebab kita ada pepatah “ulat dalam batu pun boleh hidup”. Pepatah itu saja boleh selamatkan orang Melayu dari segala ancaman ekonomi yang mungkin berlaku.

Lain dengan orang cina, siang malam dia kira untung atau rugi saja. Matematiknya pulak tu mudah, kalau untung hidup, kalau rugi mati.

Penulis kata beginilah, kalau rakyat Selangor (terutama pengundi Kajang) ada masa yang paling baik untuk berfikir lebih panjang dari biasa, inilah masanya.

Petikan Mykmu.net

No comments: