Thursday, February 6, 2014

PRK Kajang: Kena Kat Kamu, Resign, Kena Kat Aku, Dicalonkan!!



BAGI memelihara integriti parti dan kerajaan di mata rakyat, mana-mana pemimpin BN/UMNO yang dikaitkan dengan kes salah laku jenayah dan moral, mereka perlulah meletakkan jawatan kerajaan yang dipegang dan menyelesaikan kes masing-masing di Mahkamah terlebih dahulu.

Tujuannya bagi memelihara imej parti dan kerajaan dari dikaitkan dengan salah laku tersebut sepanjang perbicaraan berjalan.

Jawatan sebagai wakil rakyat itu lain, kerana tidak ada peruntukkan undang-undang yang mewajibkan wakil rakyat yang di dakwa di Mahkamah untuk meletakkan jawatan, melainkan telah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara melebihi tempoh satu tahun atau denda melebih RM 2,000.

Inilah amalan UMNO/BN sejak zaman berzaman, melihat kepada beberapa kes antaranya melibatkan bekas Menteri Besar Selangor (kes bawa wang keluar), bekas Ketua Menteri Melaka (dakwaan rogol) dan beberapa orang lagi. Kesemua mereka meletakkan jawatan untuk menghadapi kes mereka di Mahkamah.

Malah ada juga Menteri Kabinet yang terpaksa meletakkan jawatan berikutan suaminya menghadapi pertuduhan menyeleweng pinjaman mudah yang diberikan kerajaan berhubung satu projek penternakan lembu. Macam itu sekali UMNO/BN memelihara intergriti parti dan kerajaan dari salah laku yang mungkin dilakukan pemimpinnya, termasuk ahli keluarga mereka.

Pembangkang bila tahu konsep yang macam itu diamalkan BN, mereka melebih-lebih pulak. Baru dengar dakwaan hearsay sana sini, dah disuruhnya pemimpin kerajaan yang berkenaan meletakkan jawatan, walhal tidak ada pertuduhan di Mahkamah pun sampai sudah.

Sedangkan dalam masa yang sama, bila perkara serupa berlaku dalam parti mereka, lagi orang itu dihadapkan ke Mahkamah (apatah lagi disabitkan dengan kesalahan), lagilah hebatlah orang itu diarak menjadi pemimpin sehingga ke tahap jadi Perdana Menteri. Kononnya semua dakwaan dan tuduhan tersebut adalah fitnah walaupun beberapa mahkamah dah sahkan yang perkara itu memang berlaku.

Dalam kes Anwar Ibrahim, dia sekarang sedang menghadapi proses rayuan oleh pendakwaraya di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi membebaskannya dari dakwaan kes liwat pada Januari 2012, yang mana kalau didapati bersalah, dia akan dijatuhkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan jawatannya sebagai wakli rakyat akan gugur secara automatik.

Sebelum ini, 10 Mahkamah mengesahkan pembabitan Anwar dalam hubungan seksual termasuk Mahkamah Persekutuan yang membebaskannya dari dakwaan tersebut (teknikal) pada 2004.

Tapi dengan semua kemungkinan macam itu, pun dia masih ligat mengejar jawatan. Tak cukup jadi Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang, dia nak jadi ADUN dan Menteri Besar Selangor pulak dah. Pelik tu, ramai jugak yang menyokong, sungguh penulis tak faham politik apa yang macam ini.

Masa inilah rakyat perlu menilai perbezaan antara 2 pihak ini, BN dan pembangkang. Pemimpin BN, kita tidak mabuk kuasa, malah kuasa yang ada diagihkan sama rata biar semua merasa. Pembangkang, cerita lain, semua orang bodoh, melainkan Anwar Ibrahim, sampaikan nak jadi Menteri Besar Selangor pun kena import juga orang dari Cheruk Tok Kun sana.

Kalau bersih macam kain putih takpe juga, ini kusut masai macam kain lap pinggan (banyak kes Mahkamah dan salah laku moral).

Petikan Mykmu.net

No comments: