Tuesday, February 4, 2014

PRK KAJANG -Maki Hamun Anwar Syarat Jaga Hati Ahli PAS Dan Dewan Ulama


Ramai di kalangan penyokong dan pemimpin Umno yang dilihat begitu teruja dengan tindakan beberapa tokoh pimpinan Pas yang menyatakan pendirian seolah-olah tidak bersetuju dengan tindakan PKR.

Ia berhubung dengan isu pilihan raya kecil DUN Kajang dan desas-desus yang mengatakan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim akan menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Ada yang mengatakan Pas sudah mula ‘celik hati’ kerana berani untuk bangkit menempelak tindakan Anwar yang seolah-olah tidak menghiraukan pandangan dan kehadiran parti itu di dalam pakatan pembangkang.

Namun ada yang merasakan tindakan tersebut hanyalah merupakan satu lagi bentuk lakonan di dalam lakonan. Ini kerana Pas sedar, sejak parti itu memutuskan untuk ‘bertahaluf siyasi’ dengan PKR dan DAP, sokongan terhadap mereka sudah semakin berkurangan khususnya di kalangan masyarakat Melayu dan Islam di luar bandar.

Di tambah pula dengan beberapa isu yang melibatkan kepentingan Islam dan Melayu terpaksa diketepikan oleh parti itu demi untuk menjaga hubungan dan hati pimpinan rakan sekutu mereka. Malah ada ketikanya parti itu turut dilihat seperti akur dan tunduk dengan tekanan yang diberikan oleh DAP dan PKR.

Oleh yang demikian, bagi mengelakkan perkara itu terus dijadikan isu untuk melemahkan Pas, mereka perlu melakukan sesuatu bagi mengembalikan sokongan dan keyakinan rakyat. Maka jalan terbaik adalah mewujudkan ‘kumpulan kecil’ untuk membuat ‘sedikit’ tentangan terhadap mana-mana tindakan PKR dan DAP yang dilihat agak melampau.

Motifnya mudah, supaya masyarakat khususnya penyokong dan ahli parti itu dapat melihat Pas bukanlah merupakan kuda tunggangan atau boneka di dalam pakatan pembangkang seperti yang didakwa sebelum ini.

Hanya dengan cara itu sahaja, Pas dapat membuktikan dan meyakinkan penyokong dan ahli mereka, parti itu masih mempunyai maruah untuk bersuara lantang dan garang.

Sedangkan pada akhirnya, Pas tetap terpaksa bersetuju dan menerima segala keputusan yang telah dibuat oleh PKR dan DAP. Contoh paling mudah, Pemuda Pas Pusat sebelum ini begitu hebat mengkritik dan mengecam tindakan PKR yang menjadi ‘pelacur politik’.

Namun selang beberapa hari, nada dan suara mereka itu mula berubah sehingga akhirnya bersetuju dengan pendekatan yang dicorakkan oleh Anwar Ibrahim. Begitu juga Pemuda Pas Selangor yang sebelum ini menyatakan akan memboikot pilihanraya kecil sekiranya PKR gagal memberikan alasan yang munasabah secara bertulis.

Percayalah, sebaik sahaja SPR mengumumkan tarikh penamaan calon, tempoh berkempen dan pembuangan undi semua jentera parti itu akan berhempas pulas bagi memastikan kemenangan Anwar di Kajang. Semua ancaman, ugutan dan kritikan yang dilemparkan sebelum ini akan hilang begitu sahaja.

Begitu juga dengan kenyataan tegas yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Pas Selangor sebelum ini, kononnya Pas akan bertegas dalam soal perlantikan Menteri Besar yang baru sekiranya PKR ingin memecat Khalid.

Sama seperti drama yang dipentaskan sebelum in, akhirnya parti itu tetap akan akur dan tunduk dengan segala kehendak serta kemahuan Anwar Ibrahim. Dalam bahasa mudah, inilah yang dinamakan lakonan dalam lakonan.

Baik PKR mahupun Pas semuanya berlakon untuk menipu penyokong dan ahli sendiri.

Bak kata Awei, ini semua poyo…..

Petikan Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

SETUJU SANGAT... LAKONAN DALAM LAKONAN... dgn PENGGUNDI PUN TURUT DI TARIK UNTUK BERLAKON TANPA BAYARAN