Monday, February 10, 2014

PRK Kajang: Rancak Menari “Ballet”, Rafizi Ramli Tidak Sedar Seluarnya Terkoyak!



Modus operandi yang cukup mudah; salahkan semuanya ke atas UMNO dan Barisan Nasional.

Selaku Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli cuba menjadi hero kononnya dialah “mastermind” dalam pembubaran DUN Kajang dan meletakkan Anwar Ibrahim sebagai calon terbaik untuk “kestabilan” politik PKR di Selangor.

Telahan politiknya menjadikan UMNO dan Barisan Nasional punca kepada tindakan drastik tersebut. Rafizi mendakwa bahawa UMNO akan menggunakan taktik kotor untuk merampas semula negeri Selangor. Inilah alasan yang melucukan dari seorang Pengarah Strategik, dengan meminggir fakta bahawa Pakatan mempunyai lebih dari dua pertiga majoriti DUN Selangor!

Lebih lucu apabila Khalid Samad mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar perlu bertanding di Kajang kerana ancaman UMNO Selangor yang kuat. Dari 20 lebih kerusi DUN menjelang PRU13 turun ke 12 kerusi, apakah signifikan kekuatan UMNO Selangor pada ketika ini? Gerak kerja UMNO Selangor pun masih dalam penyusunan setelah karam pada PRU13 tempoh hari.

Ceritakan bagaimana boleh mereka hilang negeri dengan sebahagian besar kerusi DUN adalah milik mereka?

Tersepit dengan alasan yang tidak boleh digunapakai, Rafizi kemudiaannya mengatakan bahawa darurat akan berlaku atas konspirasi UMNO dan BN untuk merampas kuasa. Walhal, kita semua tahu, siapa yang sering menghuru-harakan negara dengan keganasan jalanan dan merosakkan harta benda awam.

Masih lagi salah UMNO dan BN? Bukankah selama ini, masyarakat majmuk terpupuk dari hasil pentadbiran Barisan Nasional?

Terdesak untuk terus meletakkan kesalahan ke atas UMNO, akhirnya memakan diri apabila satu laporan polis telah dibuat oleh Pergerakan Pemuda UMNO Hulu Langat atas kenyataan Rafizi Ramli bahawa UMNO adalah dalang yang merancang dan melakukan perbuatan melontar “molokov cocktail” ke dalam gereja-gereja.

Betapa terdesaknya “move” yang dibuat oleh Rafizi sudah menunjukkan bahawa dari mula dia membuka mulut tentang PRK Kajang, semuanya adalah dusta dan fitnah semata. Matlamatnya tetap satu, iaitu meletakkan kesalahan pembubaran DUN Kajang ke atas UMNO dan Barisan Nasional!

Terdesaknya PKR juga membuktikan secara tidak langsung, mengapa DAP dan PAS tidak dibawa ke meja tahaluf siyasi untuk keputusan sebesar ini dibuat. Ia ibarat rahsia berpoligami iaitu “Minta maaf lebih mudah dari minta izin”. Benda sudah terlanjur, apa yang DAP dan PAS mampu buat?

Jika Rafizi ikhlas dengan percaturan Anwar bertanding di Kajang demi rakyat, ketahuilah sesungguhnya Rafizi juga perlu memberi cadangan pembubaran DUN Selangor, dan serahkan kepada rakyat Selangor bagi menentukan masa depan mereka.

Berani?

Semesti tidak, kerana PRK Kajang adalah “jalan pembuka laluan” untuk Anwar Ibrahim sebagai “contingency plan” untuk kes liwatnya terhadap Saiful Bukhari yang bakal diperdengarkan di mahkamah sedikit masa lagi. Sebagai bonus, jawatan Menteri Besar menjadi idaman Anwar Ibrahim; si gila kuasa.

Anwar Ibrahim dan PKR tidak gila kuasa? Cuba cadangkan kepada mereka agar PAS atau DAP diberi peluang untuk bertanding di Kajang.

Berani?

Mungkin ramai yang meluat kerana sekali lagi skandal seks Anwar Ibrahim dilabel sebagai modal kepada Barisan Nasional, tetapi ketahuilah bahawa cerita-cerita berkaitan skandal seks orang politik akan senyap – hanya jika ianya tidak berlaku.

“Udah kamu yang buat, dah tentu orang dok bercerita”.

Petikan Mykmu.net

3 comments:

Anonymous said...

budak rafizi ni patut di sedarkan, kamu kata anwar baguih, anwar baik, anwar tak salah, anwar macam macam lah, tapi kalau kamu benar tentu kawan kawan anwar sokong dia, tapi malangnya semua dah mula menjauhi dia..kawan lawyer dia pun dah lama tinggalkan dia sebab tak mau subahat, dari prof university, sampai tukang buat air anwar dah tinggalkan dia, jadi apa lagi kamu nak buat lawak... jangan lah sampai tak sempat nak bertaubat dan berjuang untuk bangsa kamu yang sebenarnya...apalah rafizi jika di bandingkan dengan kawan kawan anwar yang lebih hebat...think rafizi...don't let youself be a fool and a tool to this pelawak, penipu, kaki belit... sure you want your life to be in keredoan allah..and clean..

Anonymous said...

budak rafizi ni patut di sedarkan, kamu kata anwar baguih, anwar baik, anwar tak salah, anwar macam macam lah, tapi kalau kamu benar tentu kawan kawan anwar sokong dia, tapi malangnya semua dah mula menjauhi dia..kawan lawyer dia pun dah lama tinggalkan dia sebab tak mau subahat, dari prof university, sampai tukang buat air anwar dah tinggalkan dia, jadi apa lagi kamu nak buat lawak... jangan lah sampai tak sempat nak bertaubat dan berjuang untuk bangsa kamu yang sebenarnya...apalah rafizi jika di bandingkan dengan kawan kawan anwar yang lebih hebat...think rafizi...don't let youself be a fool and a tool to this pelawak, penipu, kaki belit... sure you want your life to be in keredoan allah..and clean..

Anonymous said...

ini jelir lidah ni mesti belajar dari boss dia, mula dengan jelir, dah ada response, masuk giar dua sebelum boleh masuk giar laju...bila ada yang terpikat...tau dah trick tuu..