Sunday, February 16, 2014

Sokong Anwar = Sokong Comango


Semua umat Islam di Malaysia diseru agar berjihad menentang COMANGO. Hakikat COMANGO yang seolah-olah didokong sepenuhnya oleh Pakatan Rakyat telah bertindak melampau dengan hala tuju yang cukup jelas iaitu untuk menghancurkan agama Islam dan bangsa Melayu di Malaysia.

Keberanian melampau mereka menuntut PBB campurtangan dalam Perlembagaan Negara yang telah termaktub Islam sebagai agama rasmi negara jelas menunjukkan kebiadapan COMANGO yang dilihat amat disokong oleh pembangkang. Setelah mereka merosakkan negara secara bersiri dengan Demo bersih yang menuntut kebebasan Lesbian, Biseksual, Gay dan Transgender , kini mereka membawa usul ini dibawah seliaan COMANGO bersama pakatan. Secara kasarnya COMANGO bersama pakatan pembangkang ini wajib ditolak atas sebab yang cukup jelas iaitu
1. COMANGO tidak menghormati kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan.
2. COMANGO telah meletakkan Malaysia termasuk institusi agama Islam di bawah pantauan PBB.

3. COMANGO mencampuri urusan agama dan mencabar kemuliaan ummat Islam apabila mereka mendesak supaya membenarkan amalan hidup songsang seperti LGBT.

COMANGO (Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process) atau Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia kononnya merupakan sebuah gabungan NGO yang telah mengemukakan kononnya laporan hak asasi manusia ke proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 24 Oktober 2013. Hanya 12 daripada kesemua 54 NGO dalam gabungan Comango yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. Oleh itu Comango adalah sebuah gabungan pertubuhan yang tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).

Rakyat Malaysia yang beragama Islam wajib tahu isi kandungan sebenar tuntutan COMANGO yang cukup kurang ajar dan biadap. Kita harus sentiasa ingat bahawa kebiadapan COMANGO ini seolah-olah atas sokongan padu dan jitu PKR dan PAS. Mereka menuntut

1. Malaysia digesa untuk menandatangani International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR). Dalam Artikel 18 ICCPR mengandungi the rights of religious freedom (kebebasan beragama). Kebebasan untuk memilih agama atau kepercayaan termasuk hak seseorang untuk menukar agama yang dianuti.

2. Malaysia digesa untuk menandatangani International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD). Implikasi perkara ini akan mengheret kepada isu perkauman dan mencabar status quo yang melibatkan kedudukan orang Melayu dan Islam di Malaysia sepertimana yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia dan semangat kontrak sosial.

3. Malaysia digesa untuk mengiktiraf hak-hak Sexual Orientation and Gender Identity (SOGI) terutamanya hak-hak lesbian, gay, biseksual dan transgender. Ianya turut merangkumi kepada amalan kebebasan orientasi seksual songsang dengan hukum alam termasuk memberi kebenaran untuk mengiktiraf perkahwinan sesama jenis.

Tuntutan COMANGO ini jelas bertentangan dengan syariat Islam. Oleh itu umat Islam wajib tolak tanpa kompromi bersama pencetus COMANGO iaitu pakatan pembangkang. Kerajaan digesa untuk bertindak tegas terhadap Comango yang dilihat satu gerakan yang cuba menghancurkan kedaulatan Islam di negara ini. Jawatankuasa fatwa menentang tuntutan itu kerana ianya bercanggah dengan syariat Islam dan bertentangan dengan undang-undang dan Perlembagaan negara serta norma-norma antarabangsa.

Perpaduan umat Islam dalam isu COMANGO ini sedang diuji. Kekuatan umat Islam lah bakal menentukan tindakan jahat COMANGO bersama pakatan pembangkang dapat dihalang. Isu mempertahankan kesucian agama Islam ini merupakan jihad sebenar kita. Oleh itu umat Islam yang terlibat dalam pertubuhan itu wajib kembali kepada ajaran Islam sebenar supaya mereka tidak terperangkap dalam kesesatan yang boleh membawa kepada jatuh murtad tanpa disedari.

Maka resolusi ini perlu dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong, dan pihak yang berkuasa. Kerajaan perlu mengharamkan Comango dan menolak segala tuntutan-tuntutan Comango yang amat jelas bertentangan dengan hukum syarak.. Umat Islam perlu sedar bahawa tuntutan COMANGO mampu merosakkan akidah dan menjatuhkan cara hidup Islam keseluruhannya.
Petikan Mykmu.net

No comments: