Thursday, February 6, 2014

SPR MANGSA KESIALAN PEMBANGKANG


Pada PRU13 yang lalu pembangkang mendakwa terdapat insiden lampu padam di beberapa kawasan pengiraan undi sehingga menyebabkan mereka gagal menawan Putrajaya. Maka siri perhimpunan “Blackout 505″ telah diadakan oleh pemimpin pembangkang kononnya bagi menuntut keadilan daripada pihak SPR. Rakyat perlu tahu bahawa dalam Pilihanraya Umum ke 13 yang lepas, Suruhanjaya Pilihanraya telah menjadi mangsa fitnah jahat pembangkang.

Mereka telah ditohmah difitnah dengan bermacam-macam tuduhan demi untuk menutup malu pembangkang atas kekalahan mereka. Hakikat bahawa pembangkang memfitnah dengan bermacam-macam pembohongan ini sepatutnya “membuka” mata rakyat bahawa pembangkang tidak lebih dari sebuah pakatan jahat yang berfungsi untuk menghancurkan keamanan dan kestabilan Negara.

Pembangkang cuba mencetuskan fitnah dengan sekeping gambar yang telah dimuatkan di internet yang menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam semasa pengiraan undi pada PRU13 bertarikh 5 Mei. Mereka telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ianya merupakan fitnah jahat pembangkang.

Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR. Bukti yang paling nyata apabila gambar tersebut menunjukkan terdapat ramai pemberita dan jurugambar berada di dalam tempat pengiraan undi sedangkan hakikatnya tidak ada sesiapa yang boleh berada di tempat tersebut melainkan petugas SPR dan ejen calon. Ianya jelas bertentangan dengan prosedur Operasi Standard (SOP) dan tatacara kerja.Penipuan pembangkang ini jelas menjerat diri mereka sendiri. Malahan dulang yang digunakan untuk meletak kertas undi juga bukan merupakan dulang SPR berdasarkan kepada bahan dan saiznya berbeza.

Namun begitu Suruhanjaya Pilihan Raya tetap mengambil pelbagai langkah persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk insiden lampu padam. Ini demi memastikan PRK Dun Kajang berlangsung dengan baik.SPR telah berbincang dengan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk bersiap sedia dengan generator. Cuma kita perlu ingat bahawa jika berlaku perkara yang diluar kawalan seperti bencana alam atau sebagainya maka pembangkang tidak boleh menyalahkan SPR seperti kebiasaan mereka.

SPR telah mengumumkan 23 Mac depan sebagai tarikh PRK Dun Kajang. Tarikh penamaan calon akan bermula pada 11 Mac ini, manakala tarikh pengundi awal pada 19 Mac. Ini berikutan dengan perletakan jawatan oleh bekas Adun Kajang, Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu, yang disahkan oleh Speker Dun Selangor, Hannah Yeoh. Pembangkang telah mengumumkan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim sebagai calon untuk bertanding pada PRK Dun Kajang. Namun begitu BN masih belum memutuskan mana-mana calon untuk diletakkan di kawasan tersebut. PRK Dun Kajang akan melibatkan 39,278 pengundi yang berdaftar. SPR juga akan memperuntukkan sebanyak RM1.6 juta pada PRK Dun Kajang dan melibatkan 673 orang petugas di 18 pusat pengundian.

Isu dakwat kekal yang telah dipolitikkan oleh pembangkang juga akan diberikan perhatian yang khusus. SPR akan menggunakan dakwat kekal yang baharu daripada pembekal luar negara pada PRK Dun Kajang. Ini bagi menjamin kualiti dan ketahanan dakwat untuk tujuan PRK itu. Ianya akan di import semula daripada pembekal luar negara. Dakwat kekal akan terus diaplikasikan dalam pilihan raya kerana ia telah ditetapkan dalam proses pengundian.

Kesungguhan SPR dalam memastikan sistem pilihanraya kita berjalan dengan adil dan lancar memang harus dipuji. Namun isu yang cukup “panas” di sini adalah kewajaran PRK Kajang. Tindakan pembangkang yang mendesak sehingga tercetusnya PRK Kajang mengakibatkan berlaku pembaziran duit rakyat secara tidak berhemah sememangnya amat tidak wajar. Oleh itu rakyat harus menolak pembangkang dalam PRK Kajang ini bagi menyatakan bantahan terhadap pembaziran duit rakyat akibat angkara agenda peribadi Anwar Ibrahim dan pembangkang.

Petikan Mykmu.net

No comments: