Sunday, February 9, 2014

TAHNIAH- PAS TERIMA KONSENSUS BARISAN NASIONAL



PETALING JAYA: PAS akhirnya menyambut baik cadangan "Konsensus Nasional" oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan itu dibuat menerusi perbincangan di kalangan pimpinan PAS Pusat untuk meneliti berbagai aspek dalam mendalami persoalan konsesus itu.

"Sehubungan itu, PAS menyambut baik cadangan tersebut sebagai usaha merungkai serta menyelesaikan kemelut dalam negara kita ini.

"PAS ingin menegaskan bahawa sebarang tujuan murni ke arah keharmonian dalam masyarakat adalah wajar diperkukuhkan, sebagaimana yang pernah disumbangkan oleh PAS menerusi pelbagai jawatankuasa dan majlis perundingan negara," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Najib dilaporkan pada 29 Januari lalu berkata, pelan perdamaian nasional yang diusahakan kerajaan berasaskan empat teras iaitu sosial, politik, kerajaan dan hubungan antarabangsa.

Cadangan yang dibuat dalam mesyuarat Kabinet itu meneliti satu pelan untuk membangunkan dan menggalakkan persekitaran kondusif untuk dan dapat membantu menggalakkan perdamaian nasional menerusi perpaduan dan konsensus di dalam negara.

Abdul Hadi berkata, konsesus itu juga selari dengan keperluan muzakarah yang disebutkan beliau dalam ucapan penggulungan Muktamar PAS ke-59 lalu.

"Oleh itu, PAS berharap agar pihak kerajaan dapat menyatakan terma-terma dan proses Konsensus Nasional ini sebagai langkah untuk bergerak ke hadapan," katanya.

Najib sebelum ini berkata, beliau mengilhamkan idea perdamaian nasional selepas pilihan raya umum lepas, namun beberapa pihak tidak responsif terhadap rayuannya untuk bekerjasama.

"Kesahihan pilihan raya malah dipersoalkan oleh mereka dan ia terbukti tidak berasas. Saya kini menjadi lebih bersemangat apabila melihat Pembangkang menggesa bagi satu konsensus dan saya percaya mereka akan mengalu-alukan perkembangan baharu ini," katanya.

4 comments:

Anonymous said...

Dari Anas r.a. Bahwasanya Rasulullah saw bersabda, ‘Celakalah umatku disebabkan ulama yang buruk.’ (HR. Al-Hakim). Akan datang diakhir zaman ini seburuk-buruk manusia dikalangan kamu adalah ulama...iaitu orang yang suka mengaku ulama tapi akidah dan akhlak seperti yahudi dan majusi...

Anonymous said...

HADI AWANG BUKAN TAHU APA PUN PASAL CONCENSUS NASIONAL. DIA JENIS BANGANG PEKAT. TENGOK LA LEPAS NI DIA AKAN BUAT U-TURN BILA WARTAWAN TANYA BANYAK KALI MENGENAI PERKARA YANG SAMA. HARAP HADI AWANG BAGI KOMEN SIKIT MENGENAI VIDEO TERESA COCK.

Anonymous said...

aku setuju dgn anon kat atas ni. actually bukan hj hadi je kebanyakan lebai dan ulama dlm PAS mmg tak reti apa pun. terkebil sana terkebil sini. sebab tu apa2 isu national PAS paling tak reti nak cakap apa. isu lahad datu .... tak pernah dgr PAS bersuara....

Anonymous said...

Kepada Anon 8:22 PM, terima kasih atas petikan sabda Rasulullah yang anda berikan. Kebenaran Rasulullah tidak boleh dinafikan. Sabda Rasulullah adalah benar di sisi Allah. Apa saja sabda Baginda Rasul akan ditunjukkan bukti kebenarannya oleh Allah SWT. Senang cakap tiap-tiap sabda Rasulullah itu ada buktinya yang nyata, yang boleh kita lihat dengan mata dan boleh kita dengar dengan telinga.