Saturday, February 22, 2014

TIBA TIBA PENCACAI PAKATAN JADI ULTRA MALAY- PUIH!!



Apabila Datin Paduka Chew Mei Fun diumumkan sebagai calon BN di PRK DUN Kajang mewakili MCA, para penyokong Pakatan Rakyat bukan main lagi melompat. Kata mereka, UMNO yang giat dan sentiasa tampil sebagai wira ketuanan Melayu, hilang telur, hilang keberanian dan tidak mampu angkat kepala di hadapan MCA. Kata mereka lagi, kerusi DUN Kajang yang bermajoritikan Melayu, sepatutnya ditandingi oleh UMNO bukannya MCA yang asyik kalah.

Keinginan Pakatan Rakyat, khususnya PKR untuk melihat dan bertanding dengan UMNO begitu membara. Pakatan tidak melihat MCA sebagai saingan mereka, memandangkan ketika MCA berada di bawah kepimpinan Chua Soi Lek, parti tersebut seolah-olah mempunyai ‘perjanjian rahsia’ dengan Lim Guan Eng dan DAP sehinggakan keputusan PRU-13 menjadi penunjuk aras yang MCA tidak berfungsi langsung semenjak dari tahun 2008.

Chew Mei Fun mempunyai sejarah yang tersendiri dalam politik MCA. Bekas Ketua Wanita MCA itu, pernah meletak semua jawatan dalam parti dan ‘memboikot’ pilihanraya membabitkan MCA semata-mata kerana malu dengan perangai lucah Presiden partinya.

Para penyokong Pakatan Rakyat sudah mula menaikkan isu MELAYU-CINA dan memperlekehkan UMNO yang kononnya enggan mengambilalih kerusi DUN Kajang yang sudah ditandingi oleh MCA semenjak puluhan tahun lampau. Mereka membangga-banggakan Anwar Ibrahim, kononnya Anwar Ibrahim adalah Melayu. Namun pada masa yang sama mereka juga bermain-main dengan isu MAMAK, KERALA dan sebagainya, yang mereka kaitkan dengan Tun Dr. Mahathir, UMNO Pulau Pinang dan sebagainya.

Turut dipertikaikan juga adalah UMNO yang ada sekarang menurut mereka adalah UMNO ciplakan memandangkan UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946 telah diharamkan oleh Mahkamah Tinggi pada tahun 1987. UMNO (Baru) yang ditubuhkan oleh Tun Dr. Mahathir bersama-sama Ahli MKT dan Naib-Naib Presiden serta dianggotai oleh hampir 80% ahli-ahli UMNO sebelum UMNO diharamkan pada 1987, menurut akal singkat mereka, adalah sebuah parti baru, bukan parti yang diperbaharui pendaftarannya.
chew mei fun4
Apabila Anwar Ibrahim digambarkan sebagai Melayu tulen, sememangnya ada perkara yang tidak kena sedang berlaku di kalangan para penyokong Pakatan Rakyat. Manakan tidak, semua orang tahu, bapa Anwar Ibrahim merupakan anak lelaki India yang masuk Islam semata-mata untuk berkahwin. Perbandingan antara Tun Dr. Mahathir dengan Anwar Ibrahim ialah, Tun Dr. Mahathir berketurunan Melayu-Kerala yang asalnya beragama Islam, manakala Anwar Ibrahim pula adalah berketurunan India-Tamil Nadu yang memeluk Islam untuk berkahwin.

Pengiktirafan Melayu kepada Anwar Ibrahim dan memamakkan mana-mana pemimpin UMNO yang berketurunan dari Asia Selatan yang dilakukan oleh para penyokong Pakatan Rakyat, menunjukkan secara jelas, mereka sebenarnya bukan tidak faham bagaimana Melayu terbentuk tetapi juga cubaan untuk melakukan penipuan dan menghilangkan fakta sebenar untuk digantikan dengan fakta-fakta yang mereka ciptakan. Hati mereka karat dengan RASIS tetapi mereka seringkali memindahkan kejahatan tersebut kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Di sebalik dakwaan bahawa mereka tidak rasis, kebencian mereka terhadap golongan MAMAK amat ketara. Mereka sentiasa menyalahkan MAMAK sebagai golongan yang tamak kononnya sedangkan di Pulau Pinang, golongan mamak yang bertukar menjadi Melayu itulah yang paling banyak mewakafkan tanah untuk kebajikan umat Islam, dan tanah-tanah wakaf tersebut sedang cuba dirampas oleh Lim Guan Eng menerusi agensi rompakan yang diwujudkan atas nama undang-undang.
chew mei fun5
Kini PRK DUN Kajang adalah buktinya bagaimana para penyokong Pakatan Rakyat sebenarnya tidak pernah bercakap serupa bikin. Mereka hanyalah burung kakatua yang hanya pandai mengajuk tetapi otak mereka kosong sekosong-kosongnya. Tiada sebarang kebaikan dalam hati dan fikiran mereka, melainkan mereka terus menyemai benih kebencian tetapi kebijaksanaan mereka telah membolehkan mereka sentiasa menuding jari dan menyalahkan pihak UMNO-BN.

Kita boleh lihat sekarang, mereka yang sebelum ini memperjuangkan KESAMARATAAN dan anti-rasis, tiba-tiba sahaja mempopularkan cerita UMNO penakut kerana biarkan MCA bertanding di DUN Kajang. Hilang sudah segala perjuangan dan cakap-cakap besar mereka sebelum ini. Sukar sebenarnya untuk mereka melihat realiti bahawa UMNO sebenarnya lebih terbuka dan komponen dalam Barisan Nasional bekerja sebagai satu komuniti Malaysia, bukannya bertuhankan seorang individu seperti PKR!

Petikan Mykmu.net

No comments: