Wednesday, February 12, 2014

Zahid Semakin Hilang Taring??



Portal pro-pembangkang Malaysia Insider semalam melaporkan bahawa Taib Mahmud, ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Barisan Nasional (BN) Sarawak, telah menasihati sesiapa pun yang bakal menggantikannya harus memastikan politik rasis Umno tidak masuk ke negeri itu.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Hajah Nancy Syukri ketika dihubungi petang tadi menafikan sekeras-kerasnya laporan yang dikeluarkan oleh portal tersebut. Beliau yang turut hadir di dalam perjumpaan tersebut berkata, Ketua Menteri langsung tidak pernah berkata seperti yang laporan tersebut.

“Mana ada CM (Ketua Menteri) berkata macam itu. Beliau tidak pernah bercakap sedemikian malah amat menghargai hubungan dan kerjasama baik yang terjalin antara persekutuan dan kerajaan negeri”, katanya.

Menurutnya lagi, artikel yang dikeluarkan itu jelas mempunyai niat jahat yang sengaja ingin mewujudkan persepsi negatif di kalangan rakyat.

Mungkin atas alasan tersebut, Jabatan Penerangan Sarawak semalam telah mengeluarkan makluman kepada semua pihak media agar tidak membuat liputan terhadap mana-mana program yang melibatkan Ketua Menteri.

Ia mungkin bertujuan bagi mengelakkan sebarang percubaan pihak-pihak tertentu yang sengaja ingin mengambil kesempatan dengan mencetuskan rasa kurang senang di kalangan masyarakat.

“Sukacita dimaklumkan bahawa jabatan ini diarah oleh Pejabat Ketua Menteri untuk memohon kerjasama supaya tidak menghantar wartawan, jurufoto dan jurukamera pada sebarang masa untuk membuat liputan ke atas ketua menteri tanpa sebarang makluman,” katanya menerusi kenyataan kepada semua media, hari ini (semalam).

Sebelum ini MYKMU telah menggesa Menteri Dalam Negeri mengambil tindakan ke atas Malaysia Insider berikutan laporannya portal itu yang boleh menimbulkan persengketaan antara Islam dan Kristian dalam dua ulasan sebelum ini:

Portal Malaysia Insider Kata Bukan Islam Boleh Derhaka Kepada Agong; Apa Macam Peguam Negara?

Portal pro- Pakatan Rakyat, Malaysian Insider hari ini menyarankan orang bukan Islam boleh menderhaka dan ingkar titah perintah Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan …
Malaysia Insider Terus Serang Islam, Zahid Jangan Tidur

Selepas menyatakan orang bukan Islam tidak perlu akur kepada titah perintah DYMM Tuanku Yang Di Pertuan Agong pagi tadi, Malaysia Insider muncul lagi petang ini …

Namun Zahid enggan mengulas isu ini bila diasak oleh pemberita beberapa hari selepas itu.

Kes Malaysia Insider: Zahid Serah Kepada Peguam Negara dan Polis

Putrajaya — Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebentar tadi memaklumkan bahawa isu tindak-tanduk Malaysia Insider menghina Yang Di Pertuan Agong dan Islam …


Persoalannya, sampai bila Malaysia Insider dibenarkan bersikap adu domba antara kaum dan agama di negara ini?

Petikan Mykmu.net

2 comments:

Anonymous said...

Zahid......where is ur BALLS......

Anonymous said...

Ada ke pemimpin UMNO atau BN yang berani saman? Ptuih! Dah kena hina masih takut!