Saturday, March 1, 2014

ANWAR CREATE MUSUH DARI DALAM PAKATAN



Belum pun dua penggal pakatan pembangkang mentadbir Selangor, mereka telah berhadapan dengan begitu banyak masalah dalaman. Kejadian “tikam menikam” “pecat memecat” begitu ketara. Kita telah berulangkali memberitahu rakyat Selangor akan masalah besar yang berlaku di Selangor akibat dari ketidak wibawaan dan ketidak upayaan pembangkang mentadbir.

Namun disebabkan pengundi Selangor telah “termakan” racun pembangkang sehingga mereka tidak mampu membezakan antara hak dan bathil menyebabkan Selangor masih jatuh ke tangan pembangkang dalam PRU13 yang lepas. Namun natijah amat berat . Pergolakan dalaman yang berlaku dalam PKR dan Pakatan telah mempertaruhkan dan memperjudikan untung nasib rakyat Selangor.

Bala terpaksa ditanggung oleh rakyat apabila krisis air yang terburuk melanda Selangor akibat dari “kebodohan” dan “kesombongan” pembangkang. Kononnya bekalan air yang sedia ada di Selangor mampu menampung keperluan penduduk di Lembah Klang sehingga 2019 menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pada tahun 2010. Beliau turut mengecam kerajaan Barisan Nasional kononnya kerajaan persekutuan dianggap terlalu terburu-buru untuk melaksanakan projek penyaluran air mentah Pahang-Selangor (PPAMPS) walaupun anggaran kosnya telah meningkat dari RM2 bilion kepada RM8 bilion.

Pembangkang menuduh kononnya Barisan Nasional telah dikelirukan sehingga mempercayai bahawa krisis air akan berlaku pada 2014. Kononnya masa yang sesuai untuk projek PPAMPS dilaksanakan adalah pada 2015 atau 2016 dan jika ia dipercepatkan tanpa kajian, kos itu akan meningkatkan beban hutang kerajaan. Pakatan Selangor juga menyarankan kerajaan persekutuan memberi keutamaan kepada alternatif lain dan tidak terlalu mudah melaksanakan projek mahal menggunakan wang rakyat. Namun hakikat kebenarannya amat pahit buat pakatan pembangkang kerana rakyat yang terpaksa menanggung krisis air akibat dari kejahilan pakatan pembangkang.

Apabila pembangkang memegang kuasa di Selangor maka berlaku perebutan kuasa melampau kerana niat sebenar pembangkang bukannya untuk berkhidmat kepada rakyat tetapi demi kepentingan peribadi mereka sendiri. PRK Kajang yang bakal berlangsung tidak lama lagi bakal menyaksikan kemunculan musuh sebenar calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Anwar Ibrahim yang berada dalam PKR dan Pakatan Rakyat (PR) itu sendiri.

Lim Kit Siang yang merupakan Penasihat DAP turut menegaskan juga bahawa perebutan kuasa dan masalah dalaman di Selangor, negeri yang ditadbir pakatan bakal menjadi “Duri Dalam Daging” buat Anwar. Musuh sebenar di Kajang bukan daripada MCA atau Umno, tetapi daripada dalaman PKR dan Pakatan.

Barisan Nasional (BN) telah meletakkan calon dari MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun untuk menentang Anwar. Datuk Zaid Ibrahim turut menyatakan hasrat menentang Anwar di Kajang bagi mengelak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digantikan sebagai menteri besar Selangor.

PRK Kajang mungkin menjadi medan Anwar “ditelanjangkan” oleh pakatan pembangkang sendiri. Ini berikutan ketidak sehaluan mereka dan kesukaran mereka mencari titik persetujuan kerana terlalu banyak prinsip dan visi yang masing-masing terpaksa korbankan sehingga mereka tidak nampak kewajaran pengorbanan tersebut.

1 comment:

Anonymous said...

PRK kajang, pengundi kajang jadi penentu... jika mereka fikir mereka masih bodoh, mereka akan pilih si peliwat jahanam... jika mereka fikir mereka bijak, mereka akan pilih BN...