Wednesday, March 26, 2014

ANWAR RASA DIA MASIH TPM MALAYSIA



Jika sesiapa yang mendengar kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, semalam dan pagi tadi, pasti mengetahui bahawa keputusan untuk mengisytiharkan pesawat MAS MH370 tersebut “berakhir di tengah lautan Hindi” adalah berdasarkan pandangan antarabangsa terutamanya bersandarkan kajian serta siasatan rapi pihak Cawangan Siasatan Udara United Kingdom (AAIB) dengan bantuan syarikat satelit terkemuka dunia Inmarsat.

Kata Najib, AAIB memaklumkan kepadanya syarikat pembekal data satelit, Inmarsat telah melakukan perkiraan terhadap semua data menggunakan analisis yang tidak pernah digunakan sebelum ini sehingga berjaya mengesan laluan terakhir pesawat.

“Berdasarkan analisis tersebut, Inmarsat dan AAIB merumuskan MH370 terbang di koridor selatan. Lokasi terakhirnya di tengah-tengah Lautan Hindi yang terpencil dan tidak mungkin mendarat. Dengan rasa sedih dan kesal saya perlu memaklumkan berdasarkan data itu, penerbangan pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi.

Justeru tersangatlah aneh dan luar biasa sekali apabila ada orang menyatakan ini semua sandiwara Barisan Nasional. Lebih mengelirukan ialah mereka ini meminta bukti untuk membolehkan Mohd Najib menjustifikasikan keputusan mengisytiharkan kesemua penumpang pesawat MH 370 tersebut meninggal dunia.

Jika datang daripada fanatik politik bawahan kita faham akan tahap emosi dan akal fikir mereka. Namun bila ia datang daripada mulut Ketua Pembangkang yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka ia sangat luar biasa dan menimbulkan kesangsian sama ada Anwar benar-benar sihat mental beliau.

Berlandaskan kononnya atas kepentingan keluarga, Anwar mempersoalkan apakah bukti dan maklumat yang kerajaan ada untuk mengisytiharkan MH370 berakhir di lautan Hindi.

Anwar sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri tentu faham bahawa keputusan-keputusan sebegini adalah keputusan kerajaan berasaskan maklumat yang ada dan telah disahkan. Adalah tidak masuk akal untuk kerajaan membawa segala pakar dan data-data untuk diterangkan kepada umum secara terpenrinci bagaimana kesimpulan tersebut dibuat dalam masa terdekat ini.

Keputusan ini bukan dibuat oleh Perdana Menteri seorang secara semberono dan sesuka hati. Perdana Menteti telah pun menyatakan kesimpulan dan keputusan tersebut dibuat berdasarkan nasihat dan pandangan pakar-pakar penerbangan antarabangsa dan data-data satelit yang paling maju. Ini bukannya keputusan berdasarkan ramalan Raja Bomoh Sedunia.

Anwar Ibrahim harus belajar membezakan antara kepentingan politik individu dengan kepentingan dan keutamaan negara. Kita tidak berapa peduli jika Anwar melalak menyatakan keputusan pilihan raya tidak adil. Kita tidak berapa marah bila Anwar mengatakan sistem keadilan negara boleh dijual beli. Kita tidak begitu marah bila beliau menunduh kerajaan ini korup. Walaupun semua itu dibuat tanpa sekelumit bukti, kita faham ini semua adalah kaedah politik Anwar semata.

Namun untuk Anwar memberi bayangan seolah-olah mempertikaikan keputusan kerajaan dalam tragedi MH370 ini ia sangat memalukan dan menimbulkan tanda tanya sama ada Ahli Parlimen Permatang Pauh ini sihat dari mental atau tidak.

Anwar Ibrahim perlu sedar bahawa beliau bukan lagi Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang semua orang perlu melaporkan kepada beliau.

10 comments:

Anonymous said...

Peliwat mana tau belajar.... dia tau nak liwattt jaa....

Anonymous said...

bawalah diri bertaubat sebelum dijemput pulang...

Anonymous said...

bawalah diri bertaubat sebelum dijemput pulang...

Anonymous said...

Dia memang perasan yang dia ni hebat sangat kerana tu pergi negara orang tak ikut peraturan. Dia ingat bumi ini BAPAK dia punya, dia boleh buat sesuka hati. Harap2 dia terima nasib yang sama seperti Atartuk yang dilaporkan pada akhir2 hidupnya merna kena azab Allah, belum lagi dimasukkkan dalam liang lahat.

Anonymous said...

Anwar orang barisan gak dulu. Tahulah dia bagaimana putar belit dalam barisan kerajaan. Kurang2nya dia berani berdepan dengan orang dan menjawab sebarang persoalan walaupun dihina.

Taklah macam pemimpin barisan sekarang. Waktu pengumuman dan lain2 sidang media nampak muka panik, kecut perut tak tahu nak digambarkan.

Dulu enjin kapal terbang hilang sampai oversea gak. Sekarang dengan kapal terbang/orang sekali hilang. Lepas ni apa pulak. Tak sedar lagi ke???

Anonymous said...

Abg non lupa ke? Nabi tak mengaku beliau umat baginda atas perbuatan terkutuk main belakang. Enjoy lah surga dunia nie, sebelum akhirat, yg tetap dan kekal. Jubur jangan tak menjubur abg non

Anonymous said...

..mengapa air mani aljuburi didapati dlm dubur saiful.. mengapa aljuburi tak berani bersumpah dlm court.. mengapa aljuburi tak saman dato eskay.. mengapa aljuburi menipu pasal 16sept.. mengapa aljuburi menipu pasal blackout & 40k bangla.. liwat tetap liwat..

Anonymous said...

Hgpa baru tau dia mental ka... Kami di penang tau lama dah. Kata pepatah org penang" Pulau rimau ayak meleleh, hati punya mau biaq dia rebeih" kalau rebeih elok xpa tp klau dh jadi mcm anwar memang teruk la.

Anonymous said...

Belum terlambat rasanya hendak ucap Tahniah kepada Anwar diatas kemenangan calon PKR di Kajang. Saya mahu beritahu Anwar, parti kamu menang bukan kerana undi melayu, parti kamu menang kerana undi bukan melayu, bukan melayu undi parti kamu bukan kerana mereka suka kepada kamu, tapi kerana mereka nampak hanya kamu saja yang dapat menggoncang Umno untuk memudahkan mereka mendapat laluan ke Putrajaya pada satu hari nanti.

Syabash dan Tahniah. Percaya lah Anwar Ibrahim kamu akan tetap mendapat sokongan daripada pengundi bukan melayu selagi mana kamu boleh menggugat kuasa politik melayu.

Pak Nujum

Anonymous said...

Dia mana belajar maths and science. ..jgn dilayan je mamat ni..biarkan dia merapu...cari jantan muda bagi kat dia senyaplah nanti