Thursday, March 13, 2014

BILA ABANG SEKOLAHKAN ADIK




“Bila orang melawak dia mengambil perkara itu sebagai perkara yang serius.

“Cerita itu datang daripada seseorang yang menganggap dia (Khalid) sebagai seorang yang boleh berfikir di antara perkara yang main-main dan perkara yang serius

Dua MP adik beradik dari Pakatan Rakyat dan BN – Datuk Shahrir Samad (BN-Johor Bahru) dan Khalid Samad (PAS-Shah Alam) – mencuri perhatian dewan pada sesi perdebatan petang ini apabila rancak berdebat dan meningkah antara satu sama lain kira-kira 15 minit.

Drama tersebut bermula apabila Khalid dalam ucapan menjunjung titah YDP Agong menyindir Shahrir (abangnya) yang berucap selama hampir tiga jam semalam, sewaktu MP Pakatan tidak hadir kerana memprotes sidang Parlimen.

Beliau kemudian membidas kenyataan Shahrir yang melihat protes semalam sebagai tidak menghormati prinsip pemisahan kuasa yang didokong oleh mereka.

Tegas Khalid, MP Pakatan memboikot sidang semalam kerana melihat terdapat campur tangan pihak eksekutif dalam kehakiman dengan mempengaruhi keputusan Liwat II untuk menggagalkan ‘Langkah Kajang’.

Menurutnya, campur tangan sama turut wujud dalam kes sabitan kesalahan menghasut ke atas MP Gelugor, Karpal Singh.

“Saya nak beritahu kita tak hadir atas sebab kita membantah campur tangan pihak eksekutif dalam persoalan pihak kehakiman,” katanya yang sebelum itu berulang kali ‘mengundang’ Shahrir untuk mencelah ucapannya.

Jelas Shahrir, pertembungan ‘Langkah Kajang’ dengan tarikh keputusan kes Liwat II membabitkan Anwar tidak dirancang oleh anggota kerajaan.


“Kalau ada tarikh bertembung dengan ‘Kajang Move’, ia berlaku bukan kerajaan eksekutif yang tentukan tarikhnya.

“Kes bagi ketua pembangkang sudah ditangguhkan berapa kali?” tanya Shahrir (kiri).

“Saya juga berharap dapat bercakap selama tiga jam seperti Johor Bahru (Shahrir Samad) semalam,” kata Khalid (kanan), 57, lapan tahun lebih muda dari Shahrir.

Tindakan itu mengundang Shahrir untuk bangun dan membalas permintaan Khalid untuk berucap selama tiga jam.


“Bagi saya, tiga jam (Khalid nak berucap) tak layaklah. Kalau 10 minit lagi, mungkin OK,”

Khalid kemudian menimbulkan satu ‘cerita lama’ di rumah ‘seorang bapa saudara’ mereka tentang kenyataan bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam yang pernah menjadi bos kepada Shahrir.

Dakwa Khalid, Tun Musa (kanan) memberitahunya yang beliau tidak melawan Tun Mahathir kerana tidak mahu menerima nasib sama seperti Anwar.

“Bila orang melawak dia mengambil perkara itu sebagai perkara yang serius.

“Cerita itu datang daripada seseorang yang menganggap dia (Khalid) sebagai seorang yang boleh berfikir di antara perkara yang main-main dan perkara yang serius,” kata Shahrir menyanggah cerita adiknya.

Pertelingkahan kedua-dua adik beradik itu menyebabkan Timbalan Speaker Dewan, Datuk Ismail Mohamed Said melabelkan kedua-duanya sebagai “mereka yang sukar dikawal” sewaktu cuba menenangkan mereka.

Kenyataan itu mengundang ketawa dari sebilangan anggota parlimen.

Petikan Mykmu.net

4 comments:

Anonymous said...

Kembalilah kepada Islam sepenuhnya. Dah 56 tahun merdeka tapi tiada perubahan ke arah kebaikan. Yang berubah rasuah, bunuh, tipu, bodek, rogol, dadah , pendatang asing/x dikesan ..... makin bertambah. Sesungguhnya siksaan di akhirat amat pedih. Nasihat untuk aku dan engkau.

Anonymous said...

Anon 1203

Aku ingat hang ni buta hati perut la. Kalau Malaysia ni teruk tidak ada lah orang luar berebut2 nak datang cari akan di sini. Ko tengok berapa ramai pendatang sanggup gadai nyawa nak datang cari makan di sini.

Aku ingat kalau orang macam hang ni belah pi duduk di Indon kah Thailand kah Negara Afrika kah. Sana jauh lebih baik dari Malaysia ni. Sana tak ada rasuah, tak ada bunuh, tak ada tipu, tak ada rogol tak ada dadah dan sana juga mengamalkan 100% islam.

Hang pilih lah mana satu negara yang aku sebut tadi mudahan ada kebahgian buat hang di sana.

Lu memang Nang Bo Ti Nang Kui Bo Ti Kui.

Anonymous said...

anon 1203..yg patut berubah bukan saja kerajaan tapi puak2 ulamak pewaris nabi yg berada didlm PAs..puak2 ulamak ini sanggup memekak telinga dan membuta mata menyokong si peliwat yg sah dibuktikan salah semata2 kerana tak boleh dituduh di bawah hukum hudud..mereka bertegas tiada 4 saksi maka walau pun benar2 meliwat tetap tidak boleh di hukum..dan mereka dgn bangga nya menyokong peliwat ini..padan la bala ALLAH dah turun..doa mereka pun ALLAH dah tak makbul..tu pun masih dok salahkan gomen..salah sendiri lansong tak nampak..

Anonymous said...

Memang betul orang datang cari makan. Dia tau negara ni senang ceroboh. rakyatnya 48% harap BRIM aje. Malas keje.

Kalau kau boleh hidup 50tahun lagi. Aku rasa Thailand akan lebih depan dari Malaysia. Kalau x ubah perangai ler. Bhat dengan ringgit pu dah +- sama daaa...

Kembalilah kepada Islam wahai saudara. Aku hanya cuba menyampaikan dakwah kepada aku dan lain2.