Monday, March 3, 2014

GUAN ENG KEKAL NAK TUNJUK BODOH



GEORGE TOWN: Terowong dasar laut yang menghubungkan bahagian pulau dengan tanah besar Pulau Pinang masih diperlukan walaupun dengan pembukaan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, kata ketua menteri Lim Guan Eng.

Terowong di antara Persiaran Gurney dan Bagan Ajam yang bertindak sebagai akses ketiga itu akan menjadi sebagai pemangkin dan perubahan pembangunan bagi pertumbuhan ekonomi di utara Seberang Prai.

"Ia juga akan mengurangkan kesesakan lalu lintas di pulau itu," katanya dalam satu kenyataan media, Ahad.

Lim mengulas gesaan oleh pihak-pihak tertentu yang inginkan pautan ketiga yang dicadangkan itu dibatalkan.

"Terdapat hanya dua bantahan rapuh yang diberikan iaitu tidak ada keperluan untuk pautan ketiga kerana sekarang sudah terdapat dua jambatan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di negeri ini dan kebimbangan alam sekitar dengan membina terowong di bawah dasar laut.

"Mana-mana kajian asas pengangkutan akan bertanggungjawab terhadap sebuah pulau, lebih banyak rangkaian adalah lebih baik dari segi perhubungan dan mengurangkan kesesakan lalu lintas," katanya.

Lim berkata terowong itu akan membawa pembangunan di utara Seberang Prai kerana pusat Seberang Prai dapat menghubungkannya dengan Jambatan Pulau Pinang dan Seberang Prai selatan dengan jambatan baru.

Pada majlis yang lain, Lim berkata kerajaan Pulau Pinang menyokong keputusan Kerajaan Persekutuan dalam menamakan jambatan baru itu.

"Menamakan jambatan terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan kami menyokong pilihan yang telah dibuat," kata beliau pada sidang media selepas gotong royong di Taman Hijau, Batu Lanchang di sini, Ahad.

Lim turut ditanya mengenai kadar tol bagi jambatan baru tetapi beliau enggan mengulas kerana penetapan kadar adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

No comments: