Wednesday, March 12, 2014

Ketua Pengarah DCA Patut Ditukar, Memalukan Negara



PENULIS tidak pasti bagaimana Datuk Azharuddin Abd Rahman ini boleh dipilih mengetuai agensi terpenting seperti Jabatan Penerbangan Awam (DCA). Adakah kerana dia ini layak atau kerana pandai berpura-pura macam layak, penulis tidak begitu peduli dan mahu ambil tahu.

Yang penting sekarang, tindakan dan kenyataan Azharuddin setelah dilantik menjadi Pengarah Operasi Menyelamat penerbangan MH370 yang berlaku sekarang, diakui ramai telah banyak menjejaskan imej negara di peringkat antarabangsa.

Prestasi Azharuddin dilihat begitu lemah sekali, seolah-olah tidak ada orang lain yang lebih layak untuk mengetuai DCA dan usaha menyelamat semasa krisis ini selain dia.

Antara lain, Azharuddin didapati gagal berkomunikasi dengan baik, tahap penguasaan bahasa Englishnya begitu lemah sekali untuk orang berjawatan tinggi dalam sektor sensitif seperti DCA dan sering kali dilihat kelam kabut dalam mengendalikan situasi sukar seperti sekarang.

Malah Azharuddin juga didapati memberikan beberapa kenyataan bercanggah seperti dakwaan kononnya 2 penumpang yang menggunakan pasport palsu itu bukan dari kalangan orang Asia tapi Eropah dan terdapat 5 penumpang yang sudah daftar masuk tapi tidak menaiki pesawat malang tersebut.

Dalam kes penumpang yang dikatakan mirip orang Eropah itu, Azharuddin pergi lebih spesifik apabila mengatakan salah seorang dari mereka kelihatan seperti pemain bolasepak AC Milan – Mario Barwuah Balotelli!!!

Walhal dari fotofit yang diedarkan polis petang tadi, kedua-duanya tidak langsung kelihatan seperti Mario malah dikenalpasti pula sebagai warga Iran yang cuba mencari kehidupan lebih baik di Jerman dengan cara yang salah (guna pasport curi).

Anehnya, dalam masa yang sama Azharuddin kerap meminta rakyat dan media agar tidak mempercayai laporan dalam Internet kerana kononnya tidak disahkan terlebih dahulu, apa yang dia sebagai Pengarah Operasi pun bagi maklumat yang salah juga!!

Jadi bagi mengelakkan lebih banyak kelam kabut dalam menguruskan situasi ini, kerajaan seharusnya segera menukarkan Azharuddin dengan orang lain yang lebih berkelayakkan dari semua sudut. Lebih lama Azharuddin dibenarkan di posisinya sekarang, lebih teruklah imej negara kita pada pandangan antarabangsa.

Kalau memecatnya dilihat terlalu drastik, bagilah apa alasan lain yang kelihatan munasabah, antaranya alasan kesihatan dan sebagainya.

Petikan Mykmu.net

17 comments:

Anonymous said...

Saudara Tuan Punya blog,

Saya teramat tidak bersetuju dengan tulisan Tuan.

DG DCA telah melakukan yang terbaik untuk Negara Malaysia dengan keadaan yang tertekan, dengan maklumat yang terhad, dengan kurang tidur dan sebaginya.

Kita telah melihat dunia luar dan orang Malaysia sendiri telah menghentam Malaysia.

Adakah saudara cuba mencurahkan garam keatas luka yang masih berdarah.

SAYA SUPPORT DG DCA.

Thanks

Jimmy Hillhead
Johor Bahru

Anonymous said...

Itu sebabnya sekarang saya dah tak mahu tengok PD mereka lagi,memalukan, kelamkabut dan kadang-kadang kelihatan tidak serious.

Tapi nak buat macama mana,sudah hakikatnya memang mejoriti pegawai Melayu agak lemah dalam banyak hal ,itu sebabnya saya rasa kalau Malaysia di perentah oleh DAP,semua pegwai Melayu hanya boleh sampai ke pringkat pertengahan saja paling tinggi,kecuali bebrapa org yg sangat di perlukan utk melaksankan kerja perhubungan awam,atau kroni org tertentu spt Mat Sapu yg kamcin dgn DAP.

Anonymous said...

Memang betul pun memalukan negara macam tak serius mengendalikan kes ini org semua bersedih dia nampak relak saja.

Anonymous said...

Beliau nak maksudkan nama tak menggambarkan rupa dan kerakyatan. Dengar nama Mario balotelli bayang muka org putih warga Itali. Tgk muka balotelli mcm orang dr benua Afrika.

Anonymous said...

najib tengah bikin apa? beli ayam pakai kasut RM1 ke?

Anonymous said...

BARU SEDAR KER? BANYAK LAGI PEGAWAI NAIK PANGKAT MELALUI POLITIK PENGAMPU BEE END!!!!!!!!!!! YANG LAYAK TAK DIPILIH. KESIAN SAMA LU BARU NAK SEDAR...

Anonymous said...

DAJAL betullah si DALANG-DUA-MUKA plg. MERBAHAYA, iaitu CIA (yg. sebenarnya diKUASAI ZIONIS/ISRAEL) – begitu galak MENUDUH juruterbang Islam/Melayu kita kononnya mungkin bunuh diri! Kem. Luar patut BANTAH tuduhan si KAPIR DAJAL ni – lihat di http://www.dailymail.co.uk/news/article-2578020/Why-cellphones-missing-Malaysian-Airlines-passengers-ringing-Family-members-claim-loved-ones-smartphones-active.html:

Did pilot commit SUICIDE? CIA boss says it is one theory agency is looking at as Malaysian police say they are carrying out psychological profiles of everyone on plane

By James Nye and Amanda Williams and Richard Shears

11 March 2014

Authorities are investigating the possibility that the pilot of the missing Malaysian Airlines flight MH 370 committed suicide, the director of the CIA has revealed.
John Brennan, head of the US Central Intelligence Agency (CIA), said: 'I think you cannot discount any theory', when asked if it was possible the pilot deliberately crashed the Boeing 777………

Tapi TAK pula si DAJAL CIA ni nak tuduh bekas tentera dr. New Zealand ni, yg. berikan cincin kahwin dan jam tangan pd. isterinya sebelum penerbangan – saya syak dia direkrut jadi ejen CIA-Mossad setelah rumahnya musnah dlm. kejadian gempabumi di Christchurch; dan mungkin dia sempat parachute keluar dari MAS tersebut, selepas menjlnkan misinya (disyaki misi DAJAL bagi bagi pihak CIA-Mossad). Sebab gaya dia seolah nak bunuh diri atau mulakan hidup dgn. ID baru – kan ejen CIA-Mossad (barat-Zionis) boleh buat apa saja! Lihat di
http://www.dailymail.co.uk/news/article-2578358/Husband-gave-wedding-ring-watch-wife-boarding-missing-flight-MH370-case-happen-him.html:

Agony of the wife whose husband gave her his wedding ring and watch before boarding missing flight MH370 'in case something should happen to him'

• Paul Weeks was on the missing flight as he made his way to new job
• Before leaving he had taken 'lots of photos' of his family, his wife has said
• She said he left her his wedding ring and watch in case something happened
• She has said she 'can't give up hope... I would love him to walk through that door'

By James Rush

11 March 2014

Mechanical engineer Paul Weeks, 39, of Perth, Australia, was on the flight as he made his way to his first shift in a fly-in fly-out job.

His wife Danica has revealed how he left the objects with her to give to their two boys if something was to happen to him……

She told 9News National in Perth: '(He said) "If something should happen to me then the wedding ring should go to the first son that gets married and then the watch to the second".'

The former soldier, who was born in New Zealand, moved his young family to Perth after their home in Christchurch was devastated by earthquakes…..

Makcik Sambal Belacan.

Anonymous said...

Ini satu lagi berita yg. harus diTELITI! Saya syaki ini salah satu sebab utama penerbangan MAS ini disasarkan kerana kehadiran sekaligus, 12 jurutera/pakar dari Malaysia dan 8 dr. China, yg. sgt. penting dlm industri microchip, dr. syarikat Freescale Semiconductor, dlm penerbangan tersebut! Disyaki Mossad-CIA tidak akan berdiam diri dgn. pakar Bukan Barat, terutamanya yg. Islam dan dr. China dlm industri ini (lihatlah bagaimana Mossad telah membunuh ramai saintis nuklear Islam dr. Iran - di http://www.businessinsider.com/mossad-in-iranian-scientist-murders-2011-8, Mossad Suspected In Murder Of Iranian Nuclear Scientists, Vincent Trivett, Aug. 5, 2011).

Lihat di http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2014/03/10/Loss-Of-Employees-On-Malaysia-Flight-A-Blow-US-Chipmaker-Says/:

Loss of employees on MAS flight a blow, US chipmaker says

March 10, 2014

SAN FRANCISCO: Employees of Freescale Semiconductor who were on a Malaysia Airlines flight presumed to have crashed were doing sophisticated work at the U.S. chipmaker, a company spokesman said on Sunday.

The 20 Freescale employees, among 239 people on flight MH370, were mostly engineers and other experts working to make the company's chip facilities in Tianjin, China, and Kuala Lumpur more efficient, said Mitch Haws, vice president, global communications and investor relations.

"These were people with a lot of experience and technical background and they were very important people," Haws said. "It's definitely a loss for the company."

None of Austin, Texas-based Freescale's most senior executives were on board the Boeing Co 777-200ER airliner that vanished from radar screens about an hour after it took off from Kuala Lumpur for Beijing on Saturday.

The employees who were on board, 12 from Malaysia and eight from China, came from a range of disciplines and they were part of a broad push by Chief Executive Officer Gregg Lowe to make Freescale more efficient and cost effective, Haws said.

Top-quality engineers are hard to come by for chipmakers and other technology companies, and losing them can have a major impact on business, regardless of their seniority.

While the employees on the flight account for less than 1 percent of Freescale's global workforce of 16,800 people, they were working toward the same goals and their loss will reverberate throughout Freescale, Haws said.

They had been streamlining facilities in Tianjin and Kuala Lumpur that Freescale uses for testing and packaging microchips used in automobiles, consumer products, telecommunications infrastructure and industrial equipment.

On Sunday, Freescale was organizing transportation and accommodation for the 20 staff members' families, as well as providing grief counseling, Haws said.

One of the chipmaker's long-time competitors, Texas Instruments, tweeted on Saturday: "We extend our condolences to the families and coworkers of the @Freescale employees aboard Malaysia Airlines flight MH370."- Reuters

Makcik Sambal Belacan.

Anonymous said...

Dia ni memang kelam kabut, xleh kawal pressure. Dok tepi je, bg KPN cakap..

Anonymous said...

Bukan lah nak kata kita ni pandai sangat. Tapi dari apa yang saya lihat dari awal lagi, memang dia ni tak layak jadi jurucakap kes MH370 ni. Bahasa English dia pun memang jelas lemah dan kelam kabut. Aku dengar pun naik menyampah dan sakit hati. Bagi lah pada orang lain yang lebih baik sedikit.

Anonymous said...

Keris Putra

Saya nak tanya awak. Adakah dengan ambil tindakan memecat Ketua Pengarah DCA ini maka pesawat yang hilang itu akan dapat ditemui semula. Adakah awak fikir dia yang menyembunyikan pesawat itu.

Please bear in mind. Our mission now is to search the missing plane. Cari pesawat sampai jumpa dulu. Bila dah jumpa buat analisa maklumat dalam kotak hitam. Lepas itu baru lah nak fikir pasal pecat memecat.

Tolong siarkan posting saya.

Prof Setengah Masak.

Anonymous said...

satu lagi kelemahan mamat ni.. dia tak yakin pada dirinya.. tengok gaya dia bercakap mcm sedang menari-nari ja.. susunan ayat pun tak menggambarkan dia sorang yg boleh memimpin (caca marba je).. apa punya KP mcm ni??

Anonymous said...

memang memalukan..ketua pengarah yang nak cakap bahasa inggeris pun terkial-kial..

Anonymous said...

Keris Putra

Saya nonton berita jam 8 di TV3 tadi malam. Meluat sangat saya bila sesama pegawai tinggi SAR bertelagah. Panglima TUDM kata radar mereka mengesan MH370 di laut Selat Melaka, KP DCA pula kata tak ada lah sebab radar tak boleh detect kalau pesawat terbang terlalu rendah.

Saya nak tanya satu soalan cepu mas " mereka nak cari pesawat atau nak cari nama ? ".

As malaysian citizen I am sick seeing and hearing official disagree amongst themselve during crucial moment like this.

Where is the pesawat MH370. Jawab ini soalan dulu lu sebelum lu orang mahu cari lain2 jawapan. Haiya betul2 memalukan negara la.

Prof Setengah Masak

Anonymous said...

saja jer nak cari pasal,

apa2 pun doakan semoga penumpang dan crew MH370 ditemui selamat... bab 'kelayakan' pimpinan tertinggi tu di bawah tanggung jawab JPA, SPA dan semua yang melantik mereka.... kalau dah sah pun takat caca marba... maka caca marba lah juga 'markah' dorang ...

Anonymous said...

siapa kita utk menilai sama ada dia layak atau x.kita x kenal pun siapa dia ni.Msti sblm dlntik ada penilaian yg dibuat.adalah tu kualiti dia yg kita x tau.dr segi komunikasi dia ada kekurangan, tp mgkn dia bagus dlm membuat kerja & kptsn.kita ni KALAU TAK BOLEH MEMBANTU, JANGAN LA NAK MEMBUNTU.

Anonymous said...

If u want to ask more details,u write a letter to us.....d most stupid statement dr DCA waktu press conference,kalau camtu baik ajak dtg umah sambil borak2.perasan tak setiap kali bukak mulut,pasti Datuk Hishamuddin backup/sampuk,bimbang latah DCA melalut.rasanya lebih baik dia diam dari bercakap!!!!!