Sunday, March 30, 2014

MENANG DI KAJANG CATUAN AIR DISAMBUNG LAGI SEBULAN



KUALA LUMPUR: Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga masih diteruskan sehingga ke satu tarikh yang akan diputuskan oleh kerajaan negeri Selangor.

Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Priscilla Alfred berkata catuan air itu kerana fenomena cuaca panas dan ketiadaan hujan sejak beberapa hari lepas menyebabkan aliran air sungai kembali ke paras yang rendah di Sungai Selangor.

"Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama masih aktif kerana Loji Rawatan Air (LRA) di Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi masih ditutup berikutan paras kandungan ammonia yang tinggi di Sungai Langat," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Alfred berkata bagi pengguna di Wilayah Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang yang memperoleh bekalan air menerusi kedua-dua LRA berkenaan akan menghadapi catuan bekalan air seperti yang dijadualkan dalam Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama.

Bagi Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ketiga yang melibatkan beberapa kawasan di Wilayah Gombak, Petaling, Kuala Lumpur, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Klang/Shah Alam, ia masih diaktifkan juga.

"Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash) dan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd masih meneruskan pengawalan dan pengurangan pelepasan air mentah dari empangan Sungai Selangor dan empangan Klang Gates.

"Kedua-dua pelan catuan bekalan air tersebut berjalan lancar seperti yang dirancang," katanya.

4 comments:

Anonymous said...

PEDULI APA? PKR MASIH MENJADI PILIHAN RAKYAT SELANGOR....CATU PUN CATULAH.....KITA "SOKONG" PKR...KAN BEGITU RAKYAT SELANGOR? BODOOOOHNYA PENYOKONG PKR DAN PR. KETASUBAN PENYOKONG PR (PKR) SUDAH SAMPAI KE TAHAP KRITIKAL SAMA SEPERTI TAHAP KRITIKAL AIR DIAMPANGAN SELANGOR. PEMIMPIN PR KATA......AH.... MAJORITI RAKYAT SOKONG KITA...PEDULI APA. KESIAN PENYOKONG PR DIPERBODOHKAN...RAKYAT SELANGOR DI "PERMAINKAN" DARI "BELAKANG" - U SEBUT I SAMAN (CALON PRESIDENT LAKI BINI) YANG MENCIPTA SEJARAH POLITIK DUNIA.

Anonymous said...

rakyat selangor kan bijak, undi PR. skrg rasakan..sy ni bkn apa..geram pun ada, sedih pun ada..

Anonymous said...

Aku tak kisah pun, sebab puak PR kata dulu, air lombong dan air kumbahan banyak kat Selangor.... Setakat nak bertahan setahun puak ni tak kesah pun... sebab tu majoriti orang Kajang lebih suka puak PR ni perintah.. kita tunggu puak ni berak calit pakai kertas cuci punggong... kah kah kah....

Anonymous said...

Dapat air percuma lagi sebulan ,tahniah *?*?*?, besar dah lengan sebelah kanan aku