Monday, March 10, 2014

#MH370: Fokus Kedua Siasatan Perlu Dilakukan Pada Juruterbang Pesawat



PENULIS faham bahawa semua pihak berkuasa negara sekarang sedang memfokuskan usaha kepada mencari lokasi pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas.

Bagaimanapun, kalau dibenar untuk memberikan cadangan, penulis suka nak mengsyorkan agar pihak-pihak berkuasa terbabit perlu mula memfokuskan siasatan kepada juruterbang pesawat berkenaan, Kapten Zaharie Ahmad Shah.

Ini setelah penulis meneliti pandangan beberapa pakar penerbangan yang merumuskan bahawa, hanya ada 2 cara saja transponder (alat untuk mengesan pesawat) 777-200 itu gagal berfungsi sehingga sukar dikesan, pertama, alat tersebut musnah dalam letupan atau ia dimatikan secara sengaja oleh kapten pesawat.

Tanpa mana-mana satu diatas, transponder berkenaan sudah pasti berfungsi dan kebarangkalian pesawat itu boleh dikesan adalah tinggi kerana Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Pentagon tidak mengesan sebarang letupan di udara di kawasan itu pada hari kejadian.

Sekarang ini penulis melihat banyak pihak sedang fokus kepada 2 orang penumpang pesawat itu yang dikesan menggunakan pasport palsu. Walaupun maklumat itu sudah disahkan benar, tapi belum ada apa-apa petunjuk yang mengaitkan kedua penumpang tersebut sebagai punca kehilangan pesawat.

Padahal dalam masa yang sama, Kapten Zaharie ini dikatakan mempunyai ketaksuban yang melampau sehingga mempunyai alat simulasi penerbangan yang menyerupai instrumen sama dalam kokpit pesawat 777-200 dirumahnya!!

Sedangkan simulator penerbangan 777-200 di MAS pun rasa penulis 100 kali lebih canggih dari apa yang ada di rumah Kapten Zaharie ini.



Persoalan kenapa dia perlu mempunyai simulator sendiri di rumah sedangkan dia boleh sahaja menggunakan simulator di pusat latihan MAS, perlu disiasat. Adakah ada corak-corak penerbangan tertentu yang dia tidak mahu orang lain tahu? Maklum sajalah, kalau berlatih menggunakan simulator MAS, segala pergerakan akan direkodkan dan disimpan untuk rujukan.

Jangan silap, penulis bukan cuba nak membuat teori yang bukan-bukan mengenai juruterbang berkenaan, tapi faktor manusia memang diketahui menjadi punca utama kebanyakkan kemalangan kapal terbang sebelum ini.

Tak salah rasanya kalau kita mencadangkan pihak-pihak berkenaan menjadikan faktor juruterbang ini sebagai fokus kedua siasatan sementara tidak ada petunjuk mengenai keberadaan pesawat berkenaan (setakat artikel ini ditulis).

Cadangan ini juga tidak ada kena mengenai dengan beberapa laporan oleh blog-blog tertentu yang menunjukkan Kapten pesawat ini adalah pengikut tegar PKR yang mana penasihat umumnya dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun pada Jumaat lepas – beberapa jam sebelum pesawat ini dilaporkan hilang.

Petikan Mykmu.net

6 comments:

Anonymous said...

Dari satu sudut pandangan yang boleh disiasat MAS

Anonymous said...

Dari satu sudut pandangan yang boleh disiasat MAS

Anonymous said...

memang terasa pelik dengan kehilangan MH370 ni...jika mengikut masa penerbangan dari waktu berlepas dan kehilangan pesawat ini adalah dua jam(1241 waktu berlepas..0240 waktu kehilangan) tapi jika kita teliti sepenuhnya sepatut 2 jam penerbangan pesawat tersebut dah sampai bandar Ho Chi Minh(ikut jadual MAS) jadi bagaimana selepas terbang 2 jam pesawat tersebut masih berada di perairan Malaysia....

Anonymous said...

2 jam terbang, minyak bnyk lg tu. Terbang rendah, very xperience pilot, simulator dlm rumah, among safest plane, among best company in term of flight incident record, tiba tiba hilang tanpa kesan, hai, mcm mcm boleh speculate.

Anonymous said...

radar tudm juga mengesan pergerakan pesawat berpatah balik menghala ke barat. sebaik radar dca hilang cerapan ke atas pesawat, ada komunikasi berlaku antara pesawat tersebut dengan sebuah lagi boeing 777 ke narita. tiada isyarat mh370 dalam kecemasan, hanya keadaan hingar/bising sebelum terputus. adakah ini memang dirancang oleh satu entiti besar dari luar kerana anwar masuk ke dalam?

Jamal said...

Pray4MH370.