Thursday, March 6, 2014

MoU Air: Khalid Sah Yang Anwar Cakap Depan Lain, Belakang Lain



RANCANGAN temubual antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Menteri Datuk Dr. James Ongkili berhubung isu penstrukturan semula air di Selangor malam tadi, mendedahkan dalang yang cuba menghalang perkara tersebut dari dilaksanakan iaitu tak lain dan tak bukan si Anwar Ibrahim.

Walhal, sebelum ini bila ditanya media, Anwar bagi alasan bersetuju secara dasar, tapi ramai pelik kenapa jambu peliharaan Anwar, Rafizi Ramli galak serang Khalid berhubung dengan perjanjian tersebut?

Rupa-rupanya Anwar taklah setuju dengan perjanjian tersebut, sebab itu ada blanket cover kata “bersetuju secara dasar”.

Mengukuhkan lagi kenyataan tersebut, Majlis Presiden Pakatan Rakyat – organisasi yang tidak wujud secara rasmi, meminta Khalid menangguhkan dulu perjanjian tersebut atas alasan rakyat, walhal nak tengok berapa masing-masing punya bahagian dari harga RM 9 billion yang dipersetujui untuk pengambilahan Syabas dan sebagainya.

Kenyataan asal yang kata Anwar bersetuju itu sebenarnya nak tunjuk Anwar suci depan rakyat Selangor saja, taklah nanti nampak dia cuba membantah projek yang ada kepentingan rakyat dikala rakyat sedang dilanda kekurangan air di sana sini sehingga di catu.

Tapi inilah sebenarnya Anwar, pemimpin yang nampak hebat kononnya dalam membela rakyat, rupanya sering main wayang dibelakang rakyat.

Adakah ini jenis Perdana Menteri yang rakyat Malaysia mahukan, tidak ada pendirian, cakap belakang lain buat lain dan sebagainya? Belum sebut lagi mempolitikkan isu yang ada kepentingan langsung dengan hak asasi rakyat untuk mendapat bekalan air dengan sempurna.

Isu ini jelas dipolitikkan sebab Rafizi Ramli sebelum ini pernah sebut bahawa “Selangor hilang senjata utama untuk berunding dengan kerajaan persekutuan bila MoU itu ditandatangani” – lebih kurang itu maksud kenyataannya sebelum ini.

Dalam masa Anwar sibuk perjuang hak asasi manusia dari segi LGBT dan kebebasan beragama, hak dapat air bersih dipolitikkannya pulak. Nak politik pun kena ada carala, bukan semua benda pun jadi bahan politik.

Maka itu tanamlah dalam fikiran bahawa orang ini hanya pandai bercakap, kerjanya begitu kurang sekali, sebab itulah dia ditentukan tuhan tidak menjadi Perdana Menteri dalam PRU13 yang lepas. Motifnya sebagai seorang yang gila dan mabuk kuasa dah tak dapat ditahan-tahan lagi, semua mata boleh tengok sekarang.

Petikan Mykmu.net

No comments: