Friday, March 28, 2014

PEROSAK SEBENAR PERPADUAN MALAYSIA IALAH SEKOLAH VERNAKULAR



Satu-satunya negara di dunia ini yang membenarkan, menyokong dan memberikan peruntukan kepada sekolah vernakular yang bertentangan dengan aspirasi Dasar Pelajaran Kebangsaan, adalah Malaysia. Di Malaysia, sekolah-sekolah vernakular ada di mana-mana, terutama sekali sekolah yang beraliran Cina.

Ketika kewujudannya, sekolah-sekolah aliran ini dikatakan sebagai menyediakan pendidikan dan pelajaran kepada kaum Cina agar tidak hilang budaya dan identiti mereka di negara asing, tetapi kemudian, pada penghujungnya, sekolah tersebut dipublisitikan sebagai lebih baik dari sekolah kebangsaan dan mutu pelajaran serta pendidikannya jauh lebih tinggi. Justeru, penyokong-penyokongnya yang terdiri daripada ahli-ahli politik menggesa agar kerajaan memberikan ruang yang lebih besar dan luas kepada sekolah vernakular Cina dengan mengiktiraf sijilnya dan dijadikan sebahagian daripada dasar pelajaran negara.

Kelihatan baik dan murni tetapi hakikatnya, ia merupakan penaklukan dan penjajahan selain mewujudkan Malaysia sebagai sebuah negara taklukan Sino-Cina yang terbuang dari tanah besar mereka sendiri.

Berulang-ulang kali para pemimpin DAP cuba menafikan bahawa sekolah vernakular khususnya beraliran Cina merupakan penyebab kepada keadaan tidak stabil dari segi keharmonian kaum. Sebaliknya mereka menyalahkan kerajaan kerana tidak menyediakan sekolah-sekolah dan dasar pendidikan tahap tinggi seperti yang didakwa diamalkan oleh sekolah-sekolah Cina. Menariknya, ramai yang menerima dakwaan tersebut dan menganggap sekolah-sekolah kebangsaan jauh tidak bermutu berbanding sekolah-sekolah vernakular.

Sedangkan hakikatnya, lebih ramai anak-anak muda Cina, khususnya yang datang dari aliran vernakular, tidak boleh berbahasa kebangsaan, tidak boleh memahami arahan bahkan terlalu ramai yang tidak tahu apa itu Rukunegara dan lagu Negaraku. Keadaan ini amat ganjil memandangkan Malaysia sudah merdeka lebih dari setengah abad. Lebih ganjil lagi, generasi pertama dan kedua masyarakat Cina yang berhijrah dari Tanah Besar ke Semenanjung, Sabah dan Sarawak, juga sudah pupus dan sekarang merupakan generasi ketiga dan keempat mendominasi masyarakat Cina Malaysia.

Seharusnya identiti mereka sebagai pendatang telah lama pupus dan mereka sepatutnya sudah berasimilasi dengan penduduk tempatan sepertimana yang berlaku di Thailand, Filipina dan Indonesia, bahkan di Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan Britain.

Dalam tempoh dari tarikh kemerdekaan sehingga kini, kita tidak melihat sikap patriotisme masyarakat tersebut kepada negara ini. Walaupun segelintir daripada mereka lebih Melayu dari orang Melayu dan lebih lantang mempertahankan Malaysia daripada anasir-anasir asing, jumlah mereka terlalu sedikit. Bilangan seperti Lim Guan Eng dan Teresa Kok, jauh lebih ramai dan lebih diminati oleh masyarakat muda Cina.

Pada ketika orang Melayu-Bumiputera terpaksa mengorbankan banyak kepentingan mereka semata-mata untuk mewujudkan Malaysia yang lebih baik, golongan aliran vernakular Cina pula menuntut agar mereka diberikan lebih banyak hak dan keistimewaan. Mereka sangat cenderung untuk mengutuk apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu, Bumiputera dan Islam tetapi setiap kali kecaman dibuat terhadap perkauman yang ditimbulkan oleh masyarakat aliran vernakular, mereka segera mengecopnya sebagai RASIS.

Krisis MH370 sebenarnya turut menghidangkan hikmahnya yang tersendiri. Keadaan telah menelanjangkan wibawa vernakular Cina yang sebenar-benarnya. Pendidikan vernakular Cina telah menghasilkan golongan yang amat memusuhi negara ini dan sentiasa mencari jalan untuk menggulingkan kerajaan dan mencinakan keseluruhan Malaysia. Tulisan-tulisan berunsur subversif amat mudah dilihat dan dikesan menerusi forum-forum dan media-media yang menggunakan Bahasa Cina atau Bahasa Inggeris rojak. Golongan tersebut tidak akan sama sekali menggunakan Bahasa Kebangsaan Malaysia kerana penggunaan Bahasa Kebangsaan merupakan satu penghinaan kepada Cina-Cina vernakular yang menganut fahaman DAP. Justeru, biarpun mereka kelihatan seperti badut apabila bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris, itulah yang mereka akan lakukan.

Mereka tidak malu kerana dikenali sebagai pengguna Bahasa Inggeris yang teruk tetapi mereka akan rasa terhina, maruah mereka tercalar dan nenek moyang yang sudah mati beratus-ratus tahun akan melaknat mereka sekiranya mereka fasih dalam penulisan dan pertuturan Bahasa Kebangsaan Malaysia iaitu Bahasa Melayu.

Dan kerana Bahasa Cina dan keangkuhan sebagai Cina itulah, mereka menjadi batu api dan amat seronok apabila Malaysia dihina di persada antarabangsa, khususnya di China sendiri!

Sepatutnya kerajaan memperkenalkan dan memperkemaskan pembelajaran Bahasa Mandarin di sekolah-sekolah kebangsaan serta menghapuskan terus sekolah-sekolah vernakular. Atau paling tidak pun, menghentikan semua bentuk peruntukan dan bantuan kepada sekolah-sekolah yang melahirkan anasir-anasir subversif yang pemikiran mereka adalah Cina sepenuhnya.

Petikan Mykmu.net

No comments: