Tuesday, March 25, 2014

PRK Kajang: “Kajang Move” Tidak Ada Kesan


BAGI penulis sendiri, tidak ada apa yang mengejutkan dengan keputusan PRK Kajang semalam. Awal-awal lagi penulis dah katakan bahawa Wan Azizah akan menang, bukan sebab dia ni hebat atau Pakatan hebat, tapi sebab sikap masyarakat yang masih tidak berubah sejak PRU13.

Kes Anwar ka, kes MB ka, apa kes sekalipun tapi sebab sikap pengundi masih tak berubah, keputusannya macam yang sudah dijangkakanlah. Bukan nak menyalahkan mana-mana kaum tapi dah memang itu masalahnya, terima sajalah hakikat.

8 bulan mungkin belum cukup nak mengubah persepsi sebilangan besar masyarakat terhadap BN, ditambah dengan beberapa perkembangan semasa seperti Anwar dijatuhkan hukuman penjara dan sebagainya.

Tak apalah, sebab sandiwara Kajang ini kesnya bukan sangat nak bagi Azizah jadi ADUN, tapi sebab nak buka laluan Anwar jadi Menteri Besar Selangor yang baru, tapi terhalang sebab takdir Tuhan menentukan Anwar dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun kerana meliwat Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Walaupun selepas itu semua perkara berubah, muka Anwar tukar muka Azizah, dari mata lebam tukar kepada air mata (mata juga) dan sebagainya, hujung-hujung masih sama, bini Anwar jugakan, so apa nak hairan?

Yang penting di Kajang ini ialah, gerakan Kajang atau ‘Kajang Move’ yang dilancarkan PKR disini langsung tak memberi apa-apa kesan selain menurunkan majoriti PKR sebanyak 1,445 undi dan peratusan keluar mengundi juga merosot kepada 72% berbanding 88% dalam PRU13.

Kemerosotan ini boleh dikaitkan dengan undi protes dari pengundi yang memangkah PKR Mei tahun lepas kerana peti undi Sungai Chua yang jadi kubu kuat PKR dalam PRU dulu, kehilangan 1,500 undi (tak keluar mengundi atau mengundi BN).

Sampaikan jentera bergerak PKR sampai petang terpaksa merayu pengundi disini keluar mengundi.

Nampak sangat ‘Kajang Move’ yang sepatutnya mengembalikan tahap sokongan kepada PKR seperti mana pada 1998 ketika Anwar mula dipenjarakan, telah gagal. Pelancaran Gerakan Reformasi 2.0 di Stadium Kajang pun tidak memberi apa-apa signifikasi bermakna.

Silap-silap selepas ini, tidak akan ada siapa yang sebut pasal “Kajang Move” lagi dah. ”Kajang Move” tu pun silap-silap orang tak tahu apa bendanya.

Petikan Mykmu.net

No comments: