Wednesday, March 5, 2014

The Malaysian Insider – Mahathir Umpama Firaun, Anwar Bagai Nabi Musa



Themalaysianinsider.com hari ini mengulang semula cercaan ke atas Tun Mahathir sebagai Mahafiraun dan Mahazalim pada zaman reformasi 1999 apabila menyiarkan berita yang menyamakan Tun Dr. Mahathir Mohamad seumpama Firaum dan Datuk Seri Anwar Ibrahim semacam nabi Musa a.s.

Portal itu memetik pandangan bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Dr Razali Nawawi, yang menyatakan penderitaan yang dialami oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim akibat kekejaman Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) tidak ubah seperti Nabi Musa yang dibesarkan Firaun dan kemudian disingkirkan daripada istana, kata

Bagaimanapun pandangan Dr Razali ini sangat lucu dan sesat kerana ketika Nabi Musa a.s. menentang Firaun kerana ingkar suruhan Allah, Anwar Ibrahim menentang Mahathir kerana mahu menjadi Perdana Menteri.


Jika dikaji lebih panjang, apakah moral dan pegangan agama bekas Presiden ABIM ini apabila menyamakan Tun Dr, Mahathir yang telah berulang kali mengerjakan Haji setaraf dengan Firaun yang menganggap dirinya Tuhan?

Betapa hina pula martabat nabi Musa apabila bekas Presiden Abim ini menyamakan perjuangan suci Musa dengan perjuangan penuh skandal dan kebobrokan.

Ketika Musa menyeru ke jalan Allah, menyeru kepada amal makruh nahi mungkar, Anwar sedang menyeru orang ramai menyokong beliau untuk menjadi Menteri Besar dan Perdana Menteri. Ketika Nabi Musa memusnahkan patung-patung berhala dan ajaran yang karut marut, Anwar mengunjungi gereja dan meredhakan kalimah Allah digunakan sebagai alat politik.

Lebih memalukan, bagaimanakah manusia yang bernama Anwar Ibrahim yang takut bersumpah atas nama Allah bahawa beliau tidak meliwat Saiful Bukhari bboleh disamakan dengan Musa yang sentiasa sahaja memperjuangkan kekuasaan Allah? bagaimanakan Anwar yang sampai hari ini tidak bersumpah menafikan bahawa beliau bukan lelaki dalam video skandal seks dengan pelacur Cina yang tersebar luar sejak dua tahun lalu.

Layakkan orang seperti ini disamakan dengan perjuangan Musa a.s.?

Bekas presiden Abim yang pertama itu berkata, angkara fitnah yang dilemparkan Firaun ke atas Nabi Musa, memaksanya lari meninggalkan istana menuju ke Iraq.

“Saya kata (perumpamaan) mereka ini seperti Firaun dengan Musa. Nabi Musa anak angkat kepada Firaun duduk dalam istananya tetapi apabila dilihat nabi ini membahayakan, dia membuat fitnah dan Nabi Musa terpaksa membawa diri sampai ke Iraq.

“Beginilah Anwar. Apabila Dr Mahathir nampak Anwar ini bahaya, macam-macam dia berbuat fitnah. Fitnah yang tidak pernah dilakukan orang lain sebelumnya,” katanya sewaktu berkempen di Taman Puncak Saujana, Kajang malam tadi.

Anwar pada 1998 dipecat sebagai timbalan perdana menteri selepas dikatakan terlibat dalam kes liwat membabitkan Azizan Abu Bakar, Sukma Darmawan dan beberapa individu lain.

Pada 2008, Saiful Bukhari Azlan, bekas kakitangan Anwar mendakwa diliwat oleh bekas timbalan perdana menteri itu dan pada 7 Ogos tahun sama, Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, bagaimanapun pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat ketetapan bahawa Anwar tidak bersalah dalam kes tersebut.

Dr Razali berkata berulang kali mengingatkan kepada Anwar agar berhati-hati dengan permainan politik Dr Mahathir dan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin.

“Saya kenal dia sejak 1969 dan sejak itu kami berkawan di dalam Abim. Saya presiden dan dia setiausaha agung.

“Saya ingatkan kepada Anwar berhati-hati dengan Dr Mahathir dan Daim ini tetapi dia kata dia boleh uruskannya,” katanya.

Dr Razali berkata banyak pemimpin dunia hari ini mengalu-alukan kepimpinan Anwar dan berasa senang untuk berunding dengan ketua umum PKR itu.

“Saya pernah bertemu dengan timbalan presiden Sudan dan beliau berkata selagi Dr Mahathir hidup, Anwar akan susah,” katanya yang selesa berjubah dan berkain serban putih di kepala. – 4 Mac, 2014.

No comments: