Tuesday, March 25, 2014

UMNO/BN Salah Taktikal Di Kajang



Ramai yang beranggapan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, akan menang besar dalam pilihan raya kecil DUN Kajang semalam bersandarkan undi simpati terhadap nasib Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beberapa pemerhati politik bebas dan pengatur strategi Pakatan Rakyat percaya orang ramai akan memberi undi protes dan simpati kepada Wan Azizah berikutan keputusan Mahkamah Rayuan, beberapa minggu sebelum pilihan raya, yang mendapati Anwar Ibrahim bersalah atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan.

Kempen-kempen PKR jelas ke arah memainkan emosi rakyat terutamanya orang Melayu bahawa Anwar teraniaya dan didapati bersalah kerana politik, kerana BN mahu menghalang Anwar menjadi Menteri Besar Selangor. Wan Azizah diprojekkan sekali lagi sebagai isteri dan ibu yang teraniaya berhadapan sengsara kejahatan politik Barisan Nasional.

Barisan Nasional juga digambarkan sebagai parti yang korup dan penuh rasuah. Anwar cuba menimbulkan cerita lawak lama beliau bahawa Tun daim zainuddin melarikan wang tunai sebanyak RM 2 bilion semasa krisis kewangan 1998.

Namun apabila keputusan diumumkan semalam, – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang selepas calonnya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memperoleh undi 16,741 manakala calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun mendapat 11,362 undi.

Jumlah majoriti yang diperoleh PKR merosot apabila mendapat 5,379 undi berbanding 6,824 undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 Mei tahun lalu.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, hanya 72 peratus atau 28,314 pengundi menunaikan tanggungjawab mereka berbanding jumlah pengundi berdaftar di kawasan itu sebanyak 39,278 orang.

“Jumlah itu menurun sebanyak 16 peratus berbanding 88 peratus pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan perkembangan itu agak mengejutkan kerana SPR menjangkakan peratusan keluar mengundi adalah 80 peratus memandangkan cuaca yang baik selain hari pengundian berlangsung pada hari cuti” katanya di sini hari ini.

Sungguhpun terdapat pengurangan jumlah keluar mengundi berbanding pilihan raya umum lalu, namun fakta bahawa majoriti PKR berkurangan dalam pilihan raya kali ini jelas menunjukkan isu liwat Anwar Ibrahim tiada tempat di kalangan pengundi atas pagar atau bukan Pakatan Rakyat.

Selebihnya, Barisan Nasional sendiri harus muhasabah diri dan sedar bahawa mereka terlalu fokus untuk menjelaskan isu Anwar Ibrahim sedangkan ia tidak dipedulikan oleh pengundi biasa.

Justeru jika Barisan Nasional mahu memenangi pilihan raya akan datang dengan keputusan yang lebih besar, mereka harus sedar bahawa isu-isu yang dibawa oleh Pakatan Rakyat belum tentu merupakan isu rakyat.

Rakyat membuat keputusan menolak BN bukan kerana isu yang dibawa oleh Pakatan tetapi kerana mereka tidak berpuas hati dengan banyak hal dengan pentadbiran Barisan Nasional terutamanya isu kos sara hidup.

Bagi pengundi muda Cina pula jelas mereka membuat keputusan untuk mengundi Pakatan bagi menjatuhkan BN dan UMNO biar pun rekod pentadbiran Pakatan di Selangor sendiri jauh lebih buruk daripada BN dahulu.

Kesilapan Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil kali ini pula ialah kita terlalu “mengangkat” Khalid Ibrahim sehinggakan lupa bahawa dalam keadaan tersebut kita sebenarnya mengangkat pentadbiran Pakatan sendiri.

Hakikatnya banyak kelemahan Khalid dari pentadbiran pihak berkuasa tempatan, penyelewengan hasil pasir, kemerosotan prestasi anak-anak syarikat kerajaan negeri, kekurangan rumah kos rendah, masalah air dan penyelenggaraan prasarana tidak dibangkitkan oleh BN.

BN kelihatan kehilangan arah apabila memuji Khalid dan mengutuk Anwar Ibrahim sedangkan mereka dari parti yang sama dan Wan Azizah yang bertanding bukannya Anwar Ibrahim.

Namun sesuatu yang boleh dipuji kali ini ialah tindakan BN tidak berhabis-habisan berkempen dan menurunkan pelbagai peruntukan. Ini memberi pengajaran kepada kumpulan-kumpulan yang selalu mengugut ketika pilihan raya kecil untuk mendapat pelbagai bantuan dan peruntukan.

Petikan Mykmu.net

2 comments:

Anonymous said...

mmg kalahnya sb cina tarak sokong maa...naik 7% riuh mcm naik 70%...jgn mmpi nk mng lh slagi cina tarak sokong maaaa...

leman nasir said...

melayu perlu sedar tak guna harap sokongan dr mereka walaupun org melayu banyak menyumbang kekayaan kpd merek.

Hampir kesemua keperluan hidup org melayu diperolehi dr kedai cina. org melyu beruurusan lah dgn bangsa ini namun untuk berbaik baik, bersopan santun & bermesra sbg jiran, sudah tiada lagi dlm kamus kehidupan melayu.