Sunday, March 16, 2014

Zaharie merupakan penyokong 'obsesif ' kepada Anwar Ibrahim.-The Mail



KAJANG: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan bahawa juruterbang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah merupakan ahli seumur hidup parti itu.

Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa berkata, Zaharie merupakan ahli PKR Cabang Subang sejak 23 Januari tahun lalu.

"Beliau ahli seumur hidup malah turut membantu kita ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu," katanya.

Beliau mengesahkan perkara tersebut pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR di sini, Ahad.

Bagaimanapun Sivarasa menolak sebarang laporan yang mengaitkan kehilangan MH370 dengan parti itu.

Beliau mengulas mengenai laporan The Mail bahawa Zaharie merupakan penyokong 'obsesif ' kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut laporan itu, beberapa jam sebelum penerbangan itu meninggalkan Kuala Lumpur, difahamkan bahawa Zaharie, 53, menghadiri perbicaraan Anwar Ibrahim di mana pemimpin itu dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun.

Sivarasa bagaimanapun menyangkal dakwaan tersebut.

"Saya boleh katakan bahawa beliau tiada di mahkamah, kalau beliau hadir...sudah pasti saya tahu," katanya.

Mengulas lanjut Sivarasa turut menolak laporan akhbar harian tersebut yang mendakwa Zaharie adalah penyokong fanatik PKR.

"Laporan ini salah sama sekali, beliau hanya ahli biasa sama seperti ahli-ahli lain.

"Tidak adil nak mengatakan beliau penyokong fanatik PKR," katanya.

2 comments:

Anonymous said...

Tuduhan yang tak masuk aqal. Apa dia hijack pesawat kemudian nak minta kerajaan lepaskan Anwar daripada hukuman penjara atas kesalahan liwat.

Cerita kartun yang hanya aqal tak cukup saja yang percaya.

Anonymous said...

Sebagai rakyat, saya rasa macam kerajaan Malaysia ini sudah kena main dengan pihak Amerika dan sekutunya.

Amerika dan sekutunya melaporkan sekejab MH370 dikesan di sini dan sekejab lagi di sana pula. Terbaru mereka melaporkan MH370 ada melalui ruang udara Australia pula.

Cuba bayangkan berapa luas kawasan yang perlu diterokai oleh Malaysia hanya untuk mencari MH370. Tak dapat kita bayang berapa banyak belanja yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan Malasyia dalam pencarian ini. Bukan satu atau dua juta, boleh jadi ratusan juta atau ribuan juta. Bukan mustahil pada akhirnya kita terpaksa menerokai keseluruhan global (bumi) kecuali negara Amerika dan sekutunya hanya untuk mencari MH370. Bukan mustahil pencarian ini akan memakan masa berbulan-bulan lamanya untuk meliputi semua kawasan yang disebut oleh Amerika dan sekutunya.

Pelik bin ajaib. Kenapa tiada laporan yang mengatakan MH370 ada terbang melintasi ruang udara Amerika atau ruang udara negara-negara kuasa besar yang menjadi sahabat akrab Amerika. Sungguh menghairankan ....

Terdetik dihati kecil saya, apakah ini adalah satu konspirasi terancang oleh musuh Malaysia atau oleh kuasa besar yang ingin menjahanamkan Malaysia.

Persoalannya. Kenapa Amerika selaku negara kuasa besar yang mempunyai teknologi penerbangan yang tercanggih di dunia gagal memandu Malaysia dengan tepat tentang laluan penerbangan MH370 atau apa yang berlaku kepada MH370. Jika Amerika boleh memberitahu Malaysia MH370 ada melintasi ruang udara sini dan ruang udara sana, ertinya mereka mengetahui pergerakan MH370 dan mengetahui apa yang berlaku kepada MH370 sekarang.

Kasihan saya melihat DS Najib. Moga DS Najib bertafakur sejenak dan menilai segala maklumat yang disampaikan oleh negara kuasa besar itu. Sebagai rakyat saya nampak sudah semakin melalut. Mula-mula tuduh dua penumpang Iran itu, selepas itu kata mereka tidak terbabit kerana rekod mereka berdua bersih. Lepas itu tuduh penumpang ethnik Uighor yang ada dalam pesawat MH370, sudahnya senyap begitu sahaja. Lepas itu tuduh kapten Zaharie pula, serbu dan selongkar rumah beliau. Terbaru dan terkini tuduh kumpulan militan islam Malaysia sendiri yang terlibat. Hendak bagi cerita mereka nampak cantik, mereka kata seorang tahanan Al Qaeda (saya lupa namanya) mendedahkan ada pertemuan juruterbang Boeing 777 (mereka tidak sebut nama juruterbang) dengan kumpulan militan islam Malaysia. Adakah pada akhirnya kerajaan Malaysia akan menyiasat semua pertubuhan islam dalam negara pula selepas ini ? Adakah pada akhirnya kerajaan Malaysia akan menyimpan perasaan curiga terhadap semua pertubuhan islam negara ini (yang berdaftar atau yang tidak berdaftar)?

Karut dan semakin mengarut sudah nampaknya. Tolong lah bertanya dan berfikir, ADAKAH MALAYSIA SEDANG DIPERMAINKAN OLEH PIHAK TERTENTU ??????

Rakyat Perihatin