Monday, April 7, 2014

Air Asia Perlu Dihenti Dari Terus Ugut Kerajaan



MUNGKIN ramai tidak tahu bahawa lesen operasi yang dimiliki Air Asia hari ini adalah asalnya lesen yang diberi oleh kerajaan Malaysia kepada sebuah syarikat milik bumiputra yang tidak perlu dinamakan disini.

Atas sebab tertentu, syarikat berkenaan tidak berupaya meneruskan perniagaan itu (ada sumber mengatakan kerana krisis kegawatan ekonomi 1997) dan Air Aisa pun wujudlah dengan lesen operasi tersebut. Kalau tidak, mungkin Air Asia tidak wujud pun, tapi kerana ehsan kerajaan membenarkan mereka mengambil alih lesen berkenaan, wujudlah mereka sehingga hari ini.

Justeru, bila kewujudan Air Asia pun atas belas ehsan kerajaan, tidak sepatutnya syarikat itu berani mengugut kerajaan, seperti dalam kes memindahkan operasi ke KLIA2 dari Terminal Tambang Murah (LCCT).

Ini bukan kali pertama syarikat berkenaan mengugut kerajaan. Sebelum KLIA2, Air Asia terlebih dahulu mengugut untuk memindahkan operasi syarikat tersebut ke Indonesia bila soal hutang syarikat itu dengan Malaysia Airport Berhad (MAB) berjumlah beratus juta ringgit mula menjadi isu awam.

Kini, bila berlaku tragedi MH370, Air Asia mengambil peluang dengan menjadikan soal keselamatan sebagai asas untuk tidak memindahkan operasi mereka ke KLIA2, mentang-mentanglah Air Asia bakal mendominasi 80% dari operasi syarikat penerbangan di fasiliti terbaru itu.

Sedangkan soal keselamatan bukan terletak di tangan Air Asia tapi agensi kerajaan berkaitan seperti DCA dan MAHB, apa yang Air Asia nak sibuk?

Justeru, sudah sampailah masanya untuk kerajaan mengkaji semula lesen operasi yang dianugerahkan kepada Air Asia dulu. Kalau perlu ditarik balik, tariklah balik dan berikan kepada syarikat yang lebih layak kerana syarikat itu nampaknya semakin besar kepala.

Tidak boleh dibiarkan syarikat berkenaan berterusan mengugut kerajaan macam ini. Mereka hanyalah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan atas ehsan kerajaan, tidak sepatutnya bila sudah berkembang macam sekarang, mereka mengambil peluang untuk mengugut kerajaan pula.

Kerajaan tidak perlu bimbang jika keputusan menamatkan lesen operasi kerajaan diambil.

Ada banyak syarikat penerbangan murah yang boleh mengambil kekosongan yang ditinggalkan Air Asia seperti Malindo dan Firefly. Semua syarikat ini tidak wujud semasa Air Asia bermula, jadi inilah masa yang sesuai untuk mereka diberi peluang berkongsi segmen penerbangan murah yang selama ini dikuasai Air Asia.

Petikan Mykmu.net

5 comments:

Anonymous said...

Kau lihatlah bagaimana orang yang korang percayai telah tidak mempercayai kalian.

Ini menunjukkan begitu banyak kelemahan dalam pengurusan sistem penerbangan negara ini.

Itu syarikat besar. Cuba ko pergi forum2 professional dan pegawai2 tinggi. Semua kutuk cara pemerintahan negara. So, kita yang kecil ni sedarlah. Bukan sahaja sistem penerbangan saja, tetapi keseluruhan pemerintahan barisan sekarang memang problemo.

Kita ubah dulu, kemudian kita ubah sesetengah orang kampung yg tak tahu perkara sebenar. Ok..???

Anonymous said...

Kerajaan kita hari ini di bawah Najib@Rosmah tidak dihiraukan oleh sesiapa saja. Contoh terbaik Air Asia.

Anonymous said...

Pulangkan balik duit airport tax yg customer cancel flight dulu........

Anonymous said...

Teman nak bertanya.

1. Antara Air Asia dengan kerjaan siapa yang lebih besar ?

2. Antara Air Asia dengan kerjaan siapa yang lebih berkuasa ?

3. Antara Air Asia dengan kerjaan siapa control siapa ?

4. Antara Air Asia dengan kerjaan siapa keluar lesen kepada siapa ?

5. Adakah Air Asia keluar lesen kepada kerajaan atau kerajaan keluar lesen kepada Air Asia ?

Come on lahh DS Najib. Kalau anda rasa kerajaan lebih berkuasa, jangan bikin malu rakyat lahh sampai kerajaan terpaksa tunduk kepada Air Asia.

Tetapi kalau kerajaan memang terhutang budi dan body dengan Air Asia maka teman tak tahu nak kata apa dahh.

Lebai Serabut




Anonymous said...

Air Asia boleh berambus..