Wednesday, April 23, 2014

Anwar "Goyang" Dengan Saya-Daim



Tun Daim Zainuddin semalam mendedahkan bahawa beliau pernah dua kali disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, namun tiada tindakan lanjut diambil.

Daim menjelaskan, sekitar tahun 1996-97 ketika Anwar dalam Kabinet sebagai Timbalan Perdana Menteri pernah membuat laporan dan melakukan siasatan ke atasnya.

“Siasatan berdasarkan salinan surat-surat yang saya serahkan padanya. Tetapi, dia potong nama saya, dan dia kata memperoleh surat itu sendiri. Saya telah dua kali disiasat tentang pemilikan aset.

“Masa tu dia (Anwar) Menteri Kewangan dan juga Pengerusi Jawatan Kuasa Kabinet mengenai rasuah. Kenapa tak ambil tindakan jika saya ada melakukan penyelewengan? Lepas kena buang daripada parti UMNO, semua dia kata tak betul,”

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan mempunyai akaun di luar negara hasil penyelewengan semasa beliau dalam Kabinet.

Daim turut berkata, jika Ketua Pembangkang itu mempunyai bukti berhubung perkara itu, Anwar sepatutnya membuat laporan terperinci kepada pihak berkuasa dan bukannya memperbesar-besarkan isu yang tidak sahih.

“Dia (Anwar) ketika itu berjumpa dengan Presiden Tanzania dalam sesi pelaburan dan bertanya tentang aset saya. Presiden itu berkata, memang saya ada bank di Tanzania, jadi apa masalahnya?

“Anwar lepas dibuang daripada parti, semua dia kata tak betul, jadi apa yang dibuat masa dalam parti? Anwar ini ‘kaki goreng’,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Bicara Petang yang dianjurkan oleh Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di sini hari ini.

3 comments:

Anonymous said...

Anwar Pendubur Tegar memang suka kongkek rakyat tapi ramai Melayu Bongok yang suka di kongkek Anwar!!

Jebon Jenglot said...

Bukan kaki goreng aje..KAKI LIWAT..KAKI CHINA DOLL..KAKI JILAT ISRAEL

Anonymous said...

Kaki pungkoq a.k.a lubang kunyit. Inilah satu manusia yg tak pernah reti apa itu pembalasan di kemudian hari,jadi sama2lah kita tunggu dan lihat nnt. Anwar Ibrahim harus bertaubat.