Saturday, April 19, 2014

Apa Kelayakan Karpal Singh Terima State Funeral?



TIDAK dinafikan, mendiang Karpal Singh yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya semalam adalah seorang pemimpin yang banyak berjasa – kalau bukan pada negara pun, sekurang-kurangnya kawasan parlimen yang pernah diwakili mendiang dan parti DAP.

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad yang berseteru politik dengan Karpal sejak sekian lama pun mengakui mendiang adalah seorang ahli parlimen yang berprinsip dan berhujah dengan fakta walaupun tak semua yang pernah dihujahkannya itu betul.

Tapi setakat itu sajalah pun.

Hakikatnya, sepanjang karier mendiang sebagai ahli politik, mendiang tidak pernah sekali memegang jawatan dalam kepimpinan kerajaan, mungkin itu kerana DAP tidak pernah menjadi kerajaan sebelum 2008, tapi itu tidak penting, yang pentingnya mendiang tidak pernah memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan.

Justeru, boleh dipersoalkan kelayakan mendiang untuk mendapat penghormatan ‘state funeral’ yang diberikan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang. ‘State funeral’ atau penghormatan terakhir negeri ini selalu yang kita tahu diberikan kepada individu mempunyai jasa luar biasa kepada negara/negeri -sama ada dari segi kepimpinan atau pengorbanan mempertahankan negara.

Contohnya mendiang Kanang a/k Langkau. Kanang sewaktu berkhidmat dengan tentera, menunjukkan tahap keberanian yang sangat luar biasa. Keberanian yang ditunjukkan Kanang menjadi rujukan generasi tentera dan anak muda selepasnya, malah masih diperkatakan sehingga sekarang.

Wajarlah dengan jasa yang besar seperti itu, penghormatan terakhir negeri Sarawak diberikan kepada Kanang bila meninggal dunia.

Berbanding dengan mendiang Karpal yang hanya menyerlah dalam politik parti DAP serta karier sebagai ahli Parlimen Jelutong serta Bukit Gelugor. Sebesar mana pun jasa mendiang dalam parti DAP atau ahli Parlimen, tidak sampai mewakili kepentingan rakyat secara keseluruhannya, kena faham betul-betul tu.

Sedangkan state funeral bermaksud penghormatan terakhir paling tinggi yang diberikan kepada pemimpin atau individu yang berjasa besar kepada negeri atau negara bila mereka meninggal dunia.

Persoalannya sekarang, adakah selepas ini DAP akan memberikan penghormatan seperti ini kepada semua ahli parlimen veteran parti tersebut yang meninggal dunia ataupun penghormatan ini hanya diberikan kepada Karpal sahaja kerana sewaktu hidupnya mendiang diketahui kuat menentangnperlaksanaan hudud.

Ini perlu dijelaskan, atau letih rakyat nanti nak menampung perbelanjaan untuk mengadakan ‘funeral state’ ini setiap kali ada ahli Parlimen veteran DAP yang meninggal dunia.

Apatah lagi rekod menunjukkan Karpal bukan satu-satunya ahli Parlimen veteran DAP, ada beberapa orang lagi yang nama mereka tak perlu nak dinyatakan disini, tapi yang pentingnya boleh tahan ramailah. Berapa banyak nak tanggung tu kalau state funeral diadakan setiap kali orang-orang ini meninggal dunia?

Begitupun suka nak dijelaskan disini, artikel ini tidak sama sekali bermaksud nak mempertikaikan mendiang Karpal. Yang buat keputusan ini bukan mendiang pun tapi orang-orang yang masih hidup. Kepada mereka inilah yang kita persoalkan kewajaran untuk memberikan penghormatan akhir negeri untuk mendiang.

Petikan Mykmu.net

10 comments:

Anonymous said...

aku setuju dgn artikel yg ditulis..tp otak babi mana kira itu semua..mcmlah DAP tu besar sgt jasa pd negara..nak melingkup adalah.

Anonymous said...

Shut up. Kj marah nanti.

Pitam Sink said...

Dia ni tak berjasa langsung kpd rakyat Malaysia tapi mujur dia yg sedarkan kita pasal hobi pelik Al Juburi..! thank you!
Walau mcm mana pun aku tetap kata yg dia ni tak berjasa langsung kpd Malaysia!

Anonymous said...

Cuba senarai jasa beliau pada negara... Ada tak...ehmmm.. Senarai saman ada lah...

Anonymous said...

inilah klau cina dah dapat kuasa apa pun diorang berani buat. kalau nak bandingkan dengan pemimpin melayu,takut sangat nak guna kuasa, nk jaga hati cina sangat. bangun la peminpin melayu

Anonymous said...

Yang pasti KJ tak akan pertikai mengenai funeral state ini. Knee-Jerk Politician semestinya macam tu.

Anonymous said...

duit mashokkk, nanti boleh claim. alasan perbelanjaan negeri, duit raktat gak habis....opps.. need 2 shut up.

Anonymous said...

Inilah akibatnya apabila orang yg cuma tahu menyalahgunakan kuasa diberikan peluang.

Anonymous said...

MOHON KETUA AUDIT NEGARA KOMEN SAMA ADA INI BERTEPATAN DENGAN PROSEDUR KEWANGAN (SAMA ADA DI PERINGKAT NEGERI ATAU PERSEKUTUAN) JANGAN LUPA TAN SRI KETUA AUDIT NEGARA....IN DUIT RAKYAT. INI BUKAN DUIT DAP.... BAGI ORANG ISLAM SAYA TAK HALALKAN "DUIT ORANG ISLAM" DIBELANJAKAN UNTUK MEMBERI PENGHORMATAN KEPADA "MAYAT" INDIVIDU YANG TERANG-TERANG MENENTANG PERLAKSANAAN UNDANG-UNDANG ISLAM (KHUSUSNYA HUDUDALLAH)...KETUA AUDIT NEGERA KENA JAWAB. JANGAN HANYA PANDAI NAK CARI SALAH ORANG "YANG URUS WANG NEGARA"...

Anonymous said...

MOHON KETUA AUDIT NEGARA KOMEN SAMA ADA INI BERTEPATAN DENGAN PROSEDUR KEWANGAN (SAMA ADA DI PERINGKAT NEGERI ATAU PERSEKUTUAN) JANGAN LUPA TAN SRI KETUA AUDIT NEGARA....IN DUIT RAKYAT. INI BUKAN DUIT DAP.... BAGI ORANG ISLAM SAYA TAK HALALKAN "DUIT ORANG ISLAM" DIBELANJAKAN UNTUK MEMBERI PENGHORMATAN KEPADA "MAYAT" INDIVIDU YANG TERANG-TERANG MENENTANG PERLAKSANAAN UNDANG-UNDANG ISLAM (KHUSUSNYA HUDUDALLAH)...KETUA AUDIT NEGERA KENA JAWAB. JANGAN HANYA PANDAI NAK CARI SALAH ORANG "YANG URUS WANG NEGARA"...