Wednesday, April 2, 2014

AZMIN MOVE VS KHALID MOVE- ANWAR DAN AZIZAH PUNYAI CALON PENGANTI SENDIRI



Asas penubuhan Parti Keadilan Rakyat adalah untuk berjuang mempertahankan Anwar Ibrahim yang telah disabitkan dengan beberapa siri jenayah dahulu sehingga dipenjarakan beberapa tahun. Dengan itu para penyokong Anwar yang taksub telah berjuang di jalanraya dan di mana-mana sahaja demi mempertahankan Anwar yang merupakan seorang penjenayah.

Kini setelah Anwar dibebaskan dan disabitkan semula dengan jenayah baru iaitu liwat tiada apa yang berubah. Tujuan parti PKR ini tetap sama iaitu demi kepentingan peribadi Anwar Ibrahim. Segala laungan demi rakyat untuk rakyat hanya sekadar ucapan palsu dibibir semata. Sememangnya pengikut PKR telah bertambah dengan bertambahnya kekuatan pakatan pembangkang yang bergerak dengan bantuan “tangan-tangan ghaib”. Hakikatnya PKR tidak pernah berjuang untuk rakyat. Tidak ada satu pun jasa PKR terhadap rakyat Malaysia.

Menjelang pemilihan dalaman PKR, sudah tentulah ada para pemimpin atasan PKR yang menyimpan cita-cita untuk menjawat jawatan Presiden yang sebelum ini disandang oleh Wan Azizah. Namun satu lawak jenaka telah berlaku apabila Anwar dan Azizah telah bertanding jawatan Presiden PKR seolah tidak ada seorang pun ahli PKR yang lain layak menyandangnya. Dalam erti kata lain ianya milik keluarga Anwar Ibrahim ataupun Kroni Anwar.

Walaubagaimana pun penyokong tegar PKR tetap memberi alasan kononnya munasabah sangat suami isteri itu bertanding. Mereka anggap tindakan Wan Azizah mempertahankan jawatan presiden dalam pemilihan PKR dilihat sebagai pelan sokongan sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam proses rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung kes liwatnya. Ini sebagai “back up plan” kononnya walaupun Anwar turut mengumumkan untuk bertanding jawatan tersebut.





Kononnya ini merupakan strategi Anwar untuk memastikan beliau kekal dalam parti. Namun, dalam masa sama perlu ada jalan elakkan masalah jika Anwar gagal dalam proses rayuan ke atas hukumannya.Dengan erti kata lain sebenarnya Anwar tahu bahawa terdapat seseorang di dalam parti yang menunggu masa yang sesuai untuk merampas jawatan Presiden. Persoalannya siapakah “orang” itu?



Walaubagaimana pun, pada usia Wan Azizah yang sebenarnya lebih berminat untuk mengundurkan diri berehat dan menikmati hari-hari tua beliau sebagai seorang nenek, ibu dan isteri sahaja beliau seolah dipaksa dalam rela untuk memuaskan nafsu ketamakkan kuasa Anwar Ibrahim. Dalam hari pencalonan pemilihan PKR kelmarin, Anwar sah bertanding merebut jawatan Presiden dan bakal berdepan Wan Azizah yang memegang jawatan itu sejak 1999.



Menurut Seksyen 9A(1) (b) Akta Pertubuhan 1966, seseorang tidak boleh memegang jawatan dalam sesebuah pertubuhan berdaftar jika disabitkan kesalahan dan didenda tidak kurang RM2,000 atau dihukum penjara tidak kurang satu tahun. Tambahan pula terdengar desas desus yang cukup kuat mengatakan bahawa keputusan Anwar bertanding jawatan presiden sebenarnya bagi mengelakkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menentang Wan Azizah. Ini memandangkan Wan Azizah berada dalam kem Khalid Ibrahim. Sengketa antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim bukan lagi rahsia.



Walau apa pun alasan yang mereka cuba berikan namun rakyat tetap melihat PKR sebagai hanya sebuah parti “kartun” hak milik cipta keluarga Anwar. Walau selama mana pun ianya ditubuhkan namun hakikat ini tetap tidak akan dapat disangkal. Anwar akan pastikan hanya ahli keluarga dan kroni nya sahaja yang menerajui PKR sama seperti DAP yang merupakan parti anak beranak.

Petikan Mykmu.net

No comments: