Sunday, April 27, 2014

Benarkah Air Lombong Selamat Untuk Rakyat Selangor?



DALAM soal air di Selangor ini, Khalid sudah cukup banyak membohong kepada rakyat Selangor, ini semua orang tahu dan bersepah bukti nak ditunjukkan – kalau ada yang cukup bodoh mintak.

Tapi sebab tidak ada nak tanya, penulis nak sebut juga, antara buktinya ialah, semua orang tentu masih ingat 4 tahun lepas bila Khalid kutip entah ‘pakar’ dari lubang mana untuk beri keyakinan bahawa krisis air di Selangor tidak akan berlaku sehingga 2019.

Membohong guna isu itu saja(diulang-ulang setiap hari), Pakatan berjaya menguatkan cengkaman di Selangor dalam PRU13. Tak lama lepas habis pilihanraya, rakyat Selangor dihadiahkan dengan catuan air yang menyeksakan.

Bravo!!

Pun begitu, isunya hari ini tentang ‘kajian pakar’ yang disebutkan Khalid mengesahkan kandungan air lombong di Selangor selamat untuk dimasukkan ke dalam sungai dan kemudiannya diproses untuk menjadi air minum. Persoalannya sekarang, kali ini, pakar mana Khalid pakai?

Adakah pakar ini orang yang sama mengesahkan krisis air di Selangor tidak akan berlaku hanya sehingga 2019? Kalau itulah pakarnya, rakyat Selangor boleh bersiap sedia untuk mati akibat kanser, kerana sudah terbukti pakar tersebut tidak berguna sama sekali, dan hanya menggunaksn ‘kepakarannya’ untuk menyokong motif politik pembangkang.

Kalau air lombong boleh buat minum, dah lama dah orang minum. Masalahnya, adalah sebab kenapa air lombong tidak dijadikan punca air minuman kerana dah nama pun lombong, banyak kandungan logam berat dalam air tersebut. Air macam ini perlu dirawat terlebih dahulu, COD dan BODnya perlu mengikut piawaian sebelum boleh dimasukkan dalam sungai.

Bukan boleh lepas ke dalam sungai guna pam begitu sahaja. Sini pun dah nampak pembohongnya.

Itu satu hal, satu hal yang lain, sejak bila Selangor guna air sungai untuk diproses sebagai air terawat? Kalau air sungai, sepatutnya catuan dah lama habis bila hujan mencurah-curah tiap petang, tapi kenapa walaupun atas darat banjir, air masih dicatu?

Sebab Selangor guna air empangan, bukan air sungai untuk diproses menjadi air bersih. Maka itulah walaupun hujan lebat tiap petang, catuan masih diteruskan sebab hujan tak turun di kawasan tadahan. Siapa Khalid nak bohong?

Mudah cakap macam ini sajalah, Khalid perlu berhenti membohong rakyat dan mengaku saja ini adalah kelemahan Pakatan pembangkang yang paling terbesar sekali.

Penulis ulang sekali lagi, ini baru satu masalah – air, satu negeri – Selangor, belum 1 Malaysia lagi.

Petikan Mykmu.net

No comments: