Sunday, April 27, 2014

Bersama Saya Perkukuh UMNO Terengganu- Ahmad Said



PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said berkata UMNO mesti kuat, UMNO mesti dipertahan dan UMNO mesti di martabatkan.



Pengerusi Bandan Perhubungan Umno Terengganu, Dato' Seri Haji Ahmad Said ketika memberi ucapan di hadapan jentera penerangan Umno dari seluruh Terengganu.


“Dan menjadi tanggungjawab kita bersama pada hari ini, dan hari-hari yang seterusnya, kita mesti pertahankan apa yang kita ada dan berusaha untuk mengambil semula beberapa kawasan yang kita tewas.


Ahmad menyampaikan cendehati kepada Abdul Rahman sambil diperhati Maslan.




Sebahagian ahli UMNO yang hadir.




Ahmad Maslan memberitahu sesuatu kepada Ahmad Said.



“Ini adalah misi dan visi kita, ini adalah tanggungjawab kita bersama sebagai ahli UMNO. Marilah kita sama-sama memperkukuhkan parti kita dan jangan sesekali kita menjadi gunting dalam lipatan, api dalam sekam, kita semua hendaklah bekerja keras.


“Justeru itu, sekali lagi, saya menyeru pada tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekelian, marilah kita tanamkan semangat, sikap dan keyakinan yang tinggi,” katanya ketika berucap di majlis pertemuan beliau dengan jentera penerangan UMNO negeri di Kuala Terengganu, hari ini.


Menurutnya, tiada parti lain yang mampu memperjuangkan orang Melayu, Islam melainkan UMNO dan Barisan Nasional.

Seramai kira-kira 3,000 jentera penerangan UMNO dari seluruh negeri hadir pada majlis itu yang turut diadakan satu forum bagi memberi semangat dan motivasi kepada semua hadirin.

Dua ahli panel yang menjayakan forum itu ialah Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia dan Ustaz Hassan Basri Mohamad, bekas Ketua Penerangan PAS Selangor dan dipengerusikan oleh Zubir Embong.

Turut hadir ialah Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Abdul Rahman Bakar dan beberapa wakil rakyat Barisan Nasional.

TeganuKita

No comments: