Wednesday, April 16, 2014

Garangnya Hadi Dengan Anwar..Macam Tipu Je



KUALA TERENGGANU 15 April – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu tetap akan melaksanakan undang-undang hudud sekalipun ditentang oleh DAP dan PKR, rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang.

Sambil menyatakan sokongan terhadap usaha kerajaan Kelantan mahu melaksanakan undang-undang itu, Abdul Hadi berkata, hudud sudah wujud dalam Pas sebelum penubuhan pakatan.

“Ini benda yang wujud terlebih awal daripada pakatan pembangkang. Dengan sebab itu kita tak ada masalah untuk kemukakan laksana hudud,” katanya yang ditemui di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu di sini hari ini.

“Kita tidak ada perjanjian dengan DAP dan PKR, mengatakan kita tidak boleh laksana hudud,” katanya.

Isu undang-undang hudud menjadi ‘duri dalam daging’ dalam pakatan pembangkang apabila Pas tetap dengan pendirian mahu melaksanakan hukum itu sementara DAP dan PKR berkeras menolak.

Isu itu kembali panas susulan keputusan kerajaan Kelantan yang diteraju oleh Pas bercadang membawa usul hudud ke Parlimen bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember tahun ini.

Susulan itu, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor beberapa kali membuat penegasan bahawa hudud tidak ada tempat dalam dasar pakatan pembangkang. – BERNAMA

4 comments:

Aku Melayu Rasis said...

diaorang ni main wayang aje..janganlah pulak kita terpana..udah tahu mereka ni taik politik, mukanya saja pertahan islam, sekali kena kentut dengan DAP, lari tak cukup Tanah. Walau apapun, kita bagilah dulu peluang. Tengok aje dulu benda yang baik. Tak rugi pun kalau diorang ni cuma berlakon, lagilah kita tahu isi perot orang melayu Rhusila ni.

Anonymous said...

ehem...ehem...

tak silap baca ke nih?

kot2 esok dia cakap media dah putar belit kenyataannya ... atau dia cakap blogger Pro UMNO cuba laga-lagakan PAS dan sekutunya .

Hmm....
Kalau betul , ALHAMDULILLAH syukur sangat2 ....

Kita tgk ...kita tunggu ...

Sebab , Karpal Singh belum berdehem lagi tu ....

Tuan blog tulis ...Macam tipu jer ...

Mmg la logik tuan blog tulis macam tipu jer , sebab dah banyak kali , bila ceramah kat kampung2 lain bunyi nya , tapi bila ceramah kat bandar2 , ada ramai pengikut dan penyokong PKR dan DAP , lain pulak bunyinya .

Harap kali ni tak ada lagi kong kali kong . Cukup-cukup la . Kita ni hidup tak lama . Mati nanti kita mengadap Allah , bukan nak mengadap Anwar atau Karpal Singh atau LKS atau LGE .

Anonymous said...

WAYANG !!!!!!!!!

Anonymous said...

Anon 148

Betul kata awak. Mereka khasnya pemimpin Pas main wayang lagi. Saya berani bertaruh dengan siapa saja, benda ini tak akan menjadi.

Kalau kita biasa kata, lidah biawak itu bercabang, memang benar lidah biawak bercabang TETAPI LIDAH PEMIMPIM PAS BUKAN SETAKAT BERCABANG MALAH LIDAH PEMIMPIN PAS INI " BERCABANG CABANG CABANG CABANG CABANG CABANG dan CABANG " BERKALI-KALI GANDA CABANG DARIPADA LIDAH BIAWAK.

Cuba minta Hadi Awang atau Nik Aziz jelirkan lidah mereka, silap-silap anda terkejut beruk jadinya.

Kita tak payah lah nak komen apa-apa tentang Hudud Pas ini. Wayang mereka dah out of date.

Ana Muslimah