Saturday, April 12, 2014

Gempar!!! Kos Selenggara "Rumah Hantu" Di Selangor Bernilai RM6.24 Juta



Sejarah pembinaan rumah kediaman rasmi Adun Selangor ini dicetuskan oleh Datuk Seri Dr. Khir Toyo sebagai Menteri Besar Selangor pada masa itu. Sebelum Pilihan Raya Umum 2008, Pakatan Rakyat mengkritik kewujudan Kediaman rasmi berkenaan dan ada di kalangan pemimpinnya yang melaungkan mahu menjualnya jika menang pilihan raya negeri. Namun jelas sekali apa yang telah berlaku memang bertentangan dengan janji mereka. Selepas mereka mentadbir Selangor, Pakatan Rakyat bagaimanapun tidak menjual kediaman rasmi Adun. Sebaliknya mereka membiarkan bil penyelenggaraan melambung tinggi melampau.

Kita sebenarnya tidak terkejut dengan pendedahan laporan Audit berkenaan pembaziran yang berlaku di kediaman rasmi Adun Selangor. Laporan Ketua Audit Negara 2013 mendedahkan kerajaan Selangor membelanjakan sebanyak lebih RM6 juta untuk menyelenggara 10 unit rumah kerajaan yang jarang digunakan.

Laporan itu juga mendapati rumah-rumah kerajaan itu pernah disewa pada sekitar tahun 2010 hingga Jun 2013 tetapi kadar sewa itu jauh lebih rendah berbanding belanja kerja penyelenggaraan dan kos utilitinya yang berjumlah RM6.24 juta. Umum amat maklum bahawa walaupun Menteri Besar Selangor adalah Khalid Ibrahim namun kuasa sebenar pentadbiran Selangor seolah-olah dipegang oleh DAP. Kebodohan dan keangkuhan DAP dalam mentadbir Selangor dapat dilihat dengan jelas dalam pengurusan kediaman rasmi Adun Selangor.

Mereka cuba membuktikan kononnya mereka akan jadi lebih baik dari kerajaan Barisan Nasional namun akhirnya sikap “bodoh sombong” mereka telah menjerat diri mereka sendiri. Sebaik sahaja pakatan pembangkang dapat merampas Selangor pada tahun 2008, Adun-Adun Barisan Nasional yang mendiami kediaman rasmi Adun telah “dihalau” keluar dalam masa yang terlalu singkat. Kemungkinan besar stigma ini juga menakutkan mereka. Kemungkinan sekiranya Selangor jatuh kembali ke tangan Barisan Nasional mereka mungkin beranggapan akan turut “dihalau” sedemikian rupa juga.

Berbalik kepada laporan Audit, walaupun rumah-rumah tersebut dan dewannya telah digunakan untuk majlis rasmi kerajaan serta program yang dilaksanakan oleh jawatankuasa tetap Dewan Undangan Negeri Selangor, namun sewanya telah dikecualikan. Anggaran sewa itu berjumlah RM150,000. Bagi tempoh berkenaan, Kerajaan Negeri telah menanggung sebahagian perbelanjaan kerja penyenggaraan dan kos utiliti berjumlah RM5.89 juta. Selain itu, semakan Audit juga mendapati sehingga 30 Ogos 2013, tanah tapak Rumah Kerajaan masih di bawah hak milik PKNS walaupun bangunan Rumah Kerajaan telah diserahkan oleh PKNS kepada Kerajaan Negeri pada 30 April 2005. Oleh itu PKNS masih menanggung cukai tanah bagi tapak rumah kerajaan berjumlah RM8,027 setahun.

Ekoran dari pendedahan Laporan Audit tersebut maka pakatan pembangkang sedang “bersilat” untuk memberi alasan-alasan yang tidak masuk akal untuk justifikasi tindakan “kurang cerdik” mereka bagi terus menipu rakyat Selangor demi “menghalalkan” kesalahan mereka. Kononnya keputusan kerajaan Pakatan Selangor tidak memanfaatkan sepenuhnya kediaman rasmi adalah disebabkan kualiti rumah tersebut. Mereka cuba memberi alasan bahawa kualiti rumah kediaman tersebut amat teruk.

Mereka cuba menukar “term” pembaziran kepada tidak manfaat sepenuhnya kediaman tersebut. Dan seperti biasa mereka menyalahkan segala-galanya kepada Kerajaan Barisan Nasional sedangkan hakikatnya amat berbeza. Kononnya ia disebabkan oleh kualiti rumah yang amat teruk sewaktu ianya dibina oleh BN.Oleh itu barisan exco pakatan pembangkang telah memutuskan untuk tidak mendiami kediaman rasmi itu.

Sebelum ini mereka beria-ia mahu menjual kediaman rasmi. Sekiranya mereka benar-benar tidak mahu mendiami kediaman tersebut sepatutnya mereka menjual atau pun tukarkan konsep kepada sesuatu yang boleh mendatangkan hasil kepada negeri Selangor. Kata pandai sangat. Isu sekecil rumah kediaman rasmi Adun pun mereka tidak mampu selesaikan.

Sebaliknya kerajaan pakatan Selangor yang kononnya “bijak” sangat telah memutuskan agar kesemua kediaman rasmi itu diserahkan kepada exco-exco bagi kegunaan mereka untuk aktiviti ataupun pertemuan. Menurut mereka setelah menerima kunci dan membuat pemeriksaan terhadap kediaman tersebut mendapati terlalu banyak kerosakan. Ini bermakna penyelenggaraan yang mencecah lebih 6 juta jelas menunjukkan pembaziran akibat dari “citarasa” tinggi mereka. Dalam kehidupan ini kita boleh memilih untuk berjimat atau pun membazir bergantung kepada kehendak. Mungkin juga pihak Audit perlu menjalankan siasatan yang lebih terperinci berkenaan kos penyelenggaraan sebenar dan “mark up” kos.

Rakyat perlu terima hakikat bahawa kerajaan pakatan Selangor sememangnya tidak bertanggungjawab. Apa pun alasan yang mereka cuba beri namun hakikatnya tetap sama iaitu mereka tidak menggunakan rumah kediaman rasmi Adun dengan sewajarnya sehingga mengakibatkan pembaziran mencecah RM6 juta. Kediaman itu boleh dijadikan sebagai peluang untuk menambah ekonomi negeri melalui pelancongan dengan menjadikannya “Homestay”.

Petikan mykmu.net

3 comments:

anti-LGBT , PR dan Ad-Dajjal said...

Cuba check krony PR mana yang dapat kontrak maintenance tu. RM6 juta setahun banyak tu......

Jack said...

Kata Paku Dulang Serepih, Mengata Orang Dia Yang Lebih.

Anonymous said...

masalahnye ramai rakyat selangor yang bodoh, tak nampak dan terlalu taksub dgn pkr dan pas ni,yg untung cine dap