Saturday, April 5, 2014

HALANG HUDUD- BUKTI PAS TAK PERNAH TARBIAH DAP



SEMALAM isu hudud ini kembali panas bila PAS Kelantan bercadang nak mengemukakan rang undang-undang di Parlimen bagi membolehkan hukuman tersebut dilaksanakan di negeri tersebut sahaja.

Biasanya hudud hanya timul waktu pilihanraya, tapi itu masa bawah Nik Aziz, sekarang bawah Ahmad Yaakub (MB baru), pendekatan sudah lain.

Seperti yang sudah dijangka, nombor satu melenting ialah DAP, melalui OKU Karpal. OKU Karpal kata PAS tak seharusnya dibenarkan untuk membentangkan rang undang-undang tersebut atas alasan menyalahi perlembagaan dan seumpama dengannya – ayat sama setiap kali.

Penulis yakin, balaci PAS yang bodoh-bodoh ini pun akan guna ayat yang sama juga untuk mempertahankan tindakan Karpal, DAP tak faham Islam, tapi UMNO….bla bla bla – dah berkurun-kurun guna alasan itu jugalah, mana yang pernah berubah.

Tapi sketsa yang sama – setiap kali persoalan hudud ini timbul menunjukkan bahawa PAS sebenarnya tidak pernah cuba memahamkan DAP mengenai hudud dan Islam, seperti yang Nik Aziz dan kuncu-kuncunya selalu cakap sebelum ini.

Semua itu sebenarnya cerita bohong, PAS berpolitik hanya sebab nak kuasa, jawatan dan wang, bukan sebab nak Islamkan atau fahamkan sesiapa tentang Islam.

Jangan kata DAP, PAS sendiri pun tak faham hudud, sebab itu 2 Enakmen Hudud sama diluluskan di Kelantan (1993)dan Terengganu (2003) tapi satu tak boleh liwat isteri, satu boleh liwat isteri.

Rakyat perlu faham, polemik hudud antara PAS dan DAP ini sama saja permulaan dan pengakhirannya adalah kerana perkara itu (PAS nak tarbiah DAP mengenai hudud), tak pernah wujud, sekadar alasan nak menipu penyokong PAS kenapa parti itu perlu bekerjasama dengan DAP sekarang (sedangkan dulunya haram).

Itu saja.

Bagaimanapun penulis harap, kali ini Ahmad Yaakub perlu berani mengambil peluang untuk laksanakan hukum hudud yang sepanjang masa dibawah pentadbiran Nik Aziz, umpama bola untuk disepak kesana ke mari, laksananya tidak juga.

Kita yakin, Ahmad Yaakub bukan seperti Nik Aziz yang meletakkan kepentingan politik mengatasi apa yang lain. Kalau dah cakap nak buat, buatlah, jangan dah cakap nak buat, tapi tak buat-buat kononnya UMNO yang salah.

Bodoh namanya tu.



Petikan Mykmu.net

3 comments:

Anonymous said...

Cukup setuju... kalau dikaji secara ilmiah.. betapa munafiknya PAS. Kalau dia buat semuanya dikatakan halal sedangkan PAS kata perkara tu haram sebelum tu.

Betapa banyaknya ulama palsu sekarang yang memperkudakan Islam dan ayat-ayat Al Quraan dan Hadis

Anonymous said...

tunggu pendirian ap islam pkr,

tunggu juga apa pendirian pemimpin pas dengan dengan sikap pemimpin DAP samada DAP dari golongan harbi atau zimi dalam isu hudud ni.

Anonymous said...

Ahli sendiri pun tak tertarbiyah.