Saturday, April 26, 2014

HUDUD- PAS HILANG TELUR BILA BERDEPAN DAP



DALAM hal mengalihkan perhatian dari salah sendiri, tidaklah ada organisasi yang mahir melakukannya di negara ini melainkan PAS, terutama sekali dalam soal perlaksanaan hudud. Jangan kata DAP & PKR yang jadi sparring partner dalam Pakatan pembangkang, unit dalam PAS sendiri, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang dianggotai bukan Islam pun tidak faham apa benda hudud ni.

Anehnya pulak tu, bila ketidakfahaman itu banyak berlaku di kalangan dia sendiri, dengan orang lain yang di luar pulak PAS nak ajak berdebat – merujuk kepada ugutan parti Gerakan untuk membawa kes hudud ini ke Mahkamah sekiranya PAS meneruskan hasrat membentangkan draf perlaksanaan hudud di Parlimen.

Kenapa dengan DHPP, DAP dan PKR yang sama-sama dalam pakatan pembangkang PAS tak mahu ajak berdebat, kenapa dengan Gerakan pulak PAS kecoh lebih? Kalau isunya DAP dan PKR tak faham hudud, apa beza dengan Gerakan, apa beza dengan unit PAS sendiri, DHPP?

Takpa, penulis tolong jawabkan. PAS tak mahu debat dengan PKR dan DAP (termasuk DHPP) sebab ia boleh meranapkan langsung peluang pembangkang untuk menguasai Malaysia. Dalam masa yang sama, PAS tahu isu hudud ini mampu mengembalikan semula undi Melayu kepada mereka.

Jadi apa pilihan yang ada? Setakat yang termampu ialah PAS main 2 kepala. Satu kepala guna nama PAS, sokong dan nak laksanakan hudud, satu kepala lagi guna nama Pakatan Rakyat, tidak akan laksanakan hudud kerana tidak ada dalam buku Jingga.

Pendek kata, ini semua permainan politik, bukan sebab betul-betul nak buat. Berbeza dengan UMNO, kalaupun semua ahli parlimen menyokong draf hudud yang akan dibentangkan PAS nanti di Parlimen, itu adalah kerana soal agama, bukan sebab politik. Lagipun tak boleh nak cakap banyak sebab sebelum ini draf atau apa bentuk perundangan hudud, belum pernah masuk parlimen lagi.

Adalah dulu Hadi Awang acah-acah nak laksanakan pada tahun 2003, tapi hasrat itu terkubur setelah DAP menarik diri dari Barisan Alternatif.

Kesimpulannya, hudud ini sekali lagi nak ditegaskan hanyalah permainan politik PAS semata-mata, bukan betul-betul nak laksana. Kalau dia betul nak buat, dulu lagi dah buat di Kelantan dan Terengganu. Perkara 76 dalam perlembagaan persekutuan yang dijadikan asas kukuh untuk melaksanakan hudud ni bukan baru wujud semalam, dulu lagi ada dah.

Petikan Mykmu.net

3 comments:

Anonymous said...

Harap2 masih ada yg jujur didlm pas.

Anonymous said...

SAMA SEPERTI DIBRUNEI, UNDANG-UNDANG JENAYAB YANG HENDAK DILAKSANAKAN DI KELANTAN HENDAKLAH TERPAKAI KEPADA SEMUA BAGSA ANAK NEGERI YG MENETAPKAN DI KELANTAN TIADA PENGECUALIAN. MENGAPA BUKAN ISLAM DIKECUALIKAN? CUBA TANYA BRUNEI/SAUDI ARABIA/PAKISTAN/AFGANISTAN?

Anonymous said...

Apa nak takut, KS dah mampus tapi kut kut pas tak sempat nak langkah mayat dia , dah jadi abu........