Sunday, April 20, 2014

Krisis Air Lembah Klang-Antara Fakta-Kebodohan Dan Realiti



Telah banyak diperkatakan mengenai krisis air di Lembah Klang. Untuk melihat fakta dan kebodohan Khalid Ibrahim boleh baca di sini. Hari ini pasukan siber Pakatan akan menggunakan beberapa alasan bagi mengelirukan rakyat.

Alasan 1:

Ini kejadian alam – kemarau. Tiada sesiapa yang boleh berbuat apa-apa. Negeri lain pun ada catuan bukan Selangor dan Wilayah Persekutuan sahaja.

Fakta:

1. Bukan salah alam, bukan salah takdir, bukan ketentuan Allah. Masalah ini berpunca daripada Khalid Ibrahim kerana masalah air di Lembah Klang pada 2014 telah dijangka sejak 2000. Sejak tahun 2000 kerajaan telah melakukan kajian dan mendapati Lembah Klang akan berhadapan masalah krisis air pada 2014.

Kemarau dan pertambahan penggunaan air telah dijangka oleh kerajaan yang cekap di bawah Barisan Nasional. Sebab itu telah dirancang Projek Loji Air Langat 2 yang sepatutnya siap pada tahun ini. Kerajaan telah membina terowong air yang berharga berbilion ringgit bagi menyalurkan air mentah.

Malangnya, Khalid Ibrahim telah menghalang projek ini pada 2008 dan menyatakan bahawa krisis air di Lembah Klang akan berlaku pada 2019.



2. Memang negeri lain ada catuan. Namun di negeri catuan seketika sahaja dan tidak makan masa berbulan-bulan. Catuan di lembah klang juga menjejaskan pelbagai industri yang menjadi nadi ekonomi negara.

Alasan 2
Catuan Air ini sengaja dibuat oleh Syabas untuk menyusahkan kerajaan Pakatan

Fakta

Keputusan catuan Air dan apa sahaja isu air di Lembah Klang adalah di bawah kuasa Tan Sri Khalid Ibrahim.

Apa sahaja keputusan muktamad mengenai pembekalan air di Lembah Klang adalah di bawah kuasa kerajaan negeri Selangor. Khalid Ibrahim berkuasa penuh dalam isu air. Pihak lain hanya boleh memberi cadangan dan nasihat. Catuan ini diputuskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang terdapat wakil kerajaan Persekutuan dan Negeri. Cadangan SPAN tidak boleh dilaksanakan jika Khalid Ibrahim tidak bersetuju.

Syabas hanya syarikat pelaksana yang tiada sebarang kuasa untuk menentukan kawasan catuan mahu pun kaedah catuan.

Alasan 3
Di kawasan pedalaman yang dikuasai oleh kerajaan Barisan Nasional pun banyak ada terputus bekalan air.

Fakta

Memang terdapat kawasan pedalaman yang berhadapan masalah air kerana sistem perbekalan air yang belum cekap seperti di lembah Klang. Kerajaan sentiasa melakukan peningkatan dan usaha menaik taraf sistem perbekalan air bersih di luar bandar. Yang penting kerajaan sentiasa berusaha menambahbaik mana yang lemah.

Ini berbeza dengan Khalid Ibrahim dan Pakatan yang bertindak menghalang usaha dan perancangan kerajaan BN untuk memastikan krisis bekalan air pada 1998 tidak berulang.

Kajian dan Perancangan yang dibuat oleh kerajaan BN sejak tahun 2000 digagalkan oleh Khalid Ibrahim sebaik sahaja beliau menjadi Menteri Besar. Apakah krisis bekalan air di Lembah Klang kali ini bukan salah Khalid dan PKR?


Bukan kita mahu mendahului kuasa Allah. Kita tidak marah Khalid jika semua perancangan telah dilaksanakan tetapi tetap berlaku krisis bekalan air. Kita hanya mampu merancang, Allah juga menentukan.

Yang kita marah ialah apabila Khalid dengan penuh bongkak pada 2010, 2011 dan 2012 seolah-olah “menjadi tuhan” menolak kajian dan peyelidikan yang dilakukan, dan menyatakan krisis bekalan air paling awal akan berlaku pada 2019.



Sekarang kita tidak boleh salahkan Khalid? Memalukan!

Petikan Mykmu.net

6 comments:

Anonymous said...

Pencerahan fakta yg baik. Malah perlu disalurkan kpd para 'profesional' yg skeptik terhadap kerajaan. Mereka ini sgt 'bijak' & 'demanding'

Anonymous said...

memenag bodoh lah kerajaan Selangor dan pengikut tegar dia, tak kan tak tahu basic ekonomi, ini masaalah supply and demand, kalau tak cukup supply, demand bertambah apa akibatnya, jangan lah bodoh sangat kerajaan Selangor dan pengikut membabi buta tu, apa yang kerajaan Selangor ada adalah hasil usaha kerajaan barisan, nak tokok tambah pun tak mampu..dapat punasihat yang pandai cakap terangtangtang bodoh lebih teruk dari lembu,gila nak berkuasa, cakap dia pun dah tak laku, rakyat makin bijak fikir siapa itu anwar, dari student leader, ahli abim, menteri, timbalan pm,banduan,penasihat pkr...banyak ota putar alam, pusing punya cakap..

Anonymous said...

waktu DIA dianggap cerdik sudah berlalu ,
sekarang hari kebodohan DIA baru bermula

Anonymous said...

Khalid Ibrahim hanya puppet. ..master mind anwar ibrahim.... DAPster hanya tunggu peluang nak cantas kuasa melayu...
Pusing ikut mana pun ...cina dap akan untung...
Tahniah atas kebijaksaan pengundi selangor memilih kerajaan negeri...

theOldcolonies said...

Tanya mengapa TASIK PUTRA JAYA TAK SURUT SATU INCI PUN.......

anti kominis dan DAPpigs said...

PR lebih teruk dari BN. MAsa BN dulu ada lah jugak kerisis ayaq ni tapi tak lah sampai terok macam le ni. Cina2 haram jadah DAPpigs le ni tengah kemarok kuasa. Melayu2 bangang dalam PR pulak semua dah kena santau makan nasi kankang B.A.B.I dan keluarga puaka dia - ikut saja tanpa pikiaq baik burok dia. NAsihat aku pada Melayu2 PR semua - hang pa tinggal lah PR tu. Hangpa dah kena kencing kao2 dek keluarga puaka dan cina2 kominis DAPpigs tu. Pulanglah ke pangkal jalan....