Friday, April 11, 2014

Masalah Utama Air Di Lembah Klang Adalah Kerana Kertas Undi



Hari ini semua orang berhadapan masalah air di Lembah Klang bukan kerana kemarau, bukan kerana tiada air, bukan kerana Syabas tidak pandai menguruskan bekalan air dan bukan kerana Luas tidak mampu membekalkan air mentah kepada Syabas. Ini semua tiada kena mengena dengan bencana alam. Hanya satu punca utama masalah ini ialah majoriti orang Cina dan India di Lembah Klang telah mengundi kerajaan PKR, DAP dan PAS yang bangang!

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo, mungkin hilang negeri pada 2008 dan berhadapan kes Mahkamah hari ini. Namun jika kerajaan Khalid Ibrahim mengikut perancangan asal kerajaan negeri Selangor pimpinan BN pada masa itu, masalah krisis bekalan air yang berpanjangan ini pasti tidak berlaku.

Sebaliknya pada Julai 2010, Khalid Ibrahim dengan penuh bangga mengumumkan bahawa hasil kajian pihaknya mendapati bekalan air di Lembah Klang mencukupi hingga 2019. Justeru tiada keperluan untuk meneruskan projek Langat 2 dengan segera seperti perancangan kerajaan BN.

Alasan Khalid tersebut ditegur oleh Dr Khir Toyo yang mengingatkan Khalid Ibrahim bahawa kajian oleh Kerajaan Persekutuan dan negeri menunjukkan Lembah Klang akan mengalami krisis air yang serius pada 2014 jika tiada usaha bersepadu mendapatkan bekalan air mentah dari luar Lembah Klang. Pelbagai kajian dilakukan termasuk mendapatkan air di Perak, namun akhirnya kos mendapatkan air dari Pahang yang paling murah.

Justeru, kata Mohd Khir Toyo, ”kerajaan Persekutuan telah bersetuju membiayai Projek Penyaluran Air Mentah Pahang ke Selangor yang bernilai sekitar RM3.936 bilion. Sebahagian besar pembiayaan projek adalah melalui pinjaman Japan International Cooperation Agency (JICA) dan selebihnya dibiayai geran Kerajaan Persekutuan. Perjanjian pinjaman yang ditandatangani pada 31 Mac 2005 memperuntukkan bahawa JICA akan menanggung sebanyak 75 peratus daripada kos kerja pembinaan manakala baki 25 peratus lagi akan ditanggung Kerajaan Pusat.” [http://www.drkhir.com/2010/10/sokong-penstrukturan-semula-air.html, 25 Oktober 2010].

Namun apa yang dilakukan oleh Khalid Ibrahim? Beliau mendakwa kajian yang dilakukan oleh pihak beliau lebih tepat. Selama dua tahun, kerajaan Pakatan bergegak-gempita menyatakan kajian yang dilakukan sebagai mereka sebagai tepat dan lebih baik dari BN.

Petikan Mykmu.net

No comments: