Thursday, April 3, 2014

PAS Pergunakan Islam Vs PAS Tunduk Pada DAP Vs Pluralisme PKR



Apabila Islam disalahgunakan maka dengan sendiri nya nama baik Islam tercemar. Penubuhan parti politik PAS jelas mempergunakan nama Islam untuk tujuan kepentingan politik peribadi. Dalam perlembagaan Malaysia telah termaktub Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Malahan dalam Perlembagaan negara juga disamping agama Islam sebagai Agama Persekutuan , Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu pula adalah ketua agama yang berhak dan bertanggungjawab ke atas agama Islam.

Visi ekstrimis yang dibawa oleh PAS telah dipandang serong oleh masyarakat Malaysia yang berbilang-bilang kaum. Namun visi mereka berubah mengikut masa dan nafsu politik para pemimpin PAS itu sendiri. Sikap yang berubah-ubah dan tidak konsisten dalam memperjuangkan Islam akhirnya memakan diri mereka sendiri. Selain daripada ianya mendatangkan kekeliruan kepada pengikut tegar PAS ianya juga telah menyebabkan ahli DAP yang rata-rata beragama Kristian telah “mentertawakan” umat Islam.

Tindakan PAS bersama PKR yang dengan rela hati menyokong penggunaan Kalimah Allah oleh Kristian merupakan tamparan yang cukup hebat terhadap umat Islam. Ini antara punca utama yang menyedarkan penyokong PKR dan PAS bahawa sesungguhnya mereka telah tersilap langkah mengabdikan diri kepada pakatan pembangkang. Ini juga antara sebab mengapa bangsa Melayu bangkit memberikan sokongan padu kepada Barisan Nasional pada PRU13 yang lepas.

UMNO yang selama ini memperjuangkan hak orang Melayu dan maruah agama Islam secara sederhana tetapi tegas telah menaikkan martabat Islam yang sebenarnya. Secara tiba-tiba perjuangan sederhana UMNO dalam Islam dianggap “melampau” apabila dengan rela hati pemimpin PAS dan PKR seolah-olah “menggadaikan” Islam demi meraihkan sokongan daripada sekutu mereka DAP.

Secara tiba-tiba PAS dianggap membawa suara Islam yang jauh liberal daripada UMNO. Tambahan pula sekutu mereka PKR yang juga merupakan Melayu dan Islam dengan beraninya telah lama membawa ideologi pluralisme. Sebelum ini juga anak kepada Anwar Ibrahim iaitu Nurul Izzah di gereja terlibat dalam satu forum bertajuk “Islamic State: Which version? Whose responsibility?” sebagai seorang panelis telah dengan nyata menyokong tindakan murtad umat Islam.

http://www.youtube.com/watch?v=6VTk338nt48&feature=youtu.be

http://youtu.be/6VTk338nt48

“Soalan yang diajukan dari Siti Kasim yang ditranskrip portal Mkini dotcom, “Saya sangat gembira apabila mendengar YB Nurul bercakap berkenaan kebebasan beragama. Adakah anda juga bermaksud bahawa orang Melayu patut diberikan hak yang sama?”.

Jawapan Nurul Izzah juga turut ditranskrip portal itu, “Dan, apabila anda tanya saya, tidak ada paksaan dalam agama, malah Dr Ahmad Farouk (Presiden Islamic IRF-Islamic Renaissance Front) memetik ayat dalam Al Quran.

“Bagaimanakah anda boleh bertanya saya atau sesiapa, bagaimana boleh seseorang menjawab, ‘Maaf, ini (kebebasan agama) hanya dilaksanakan untuk bukan Melayu. Ia sepatutnya harus dilaksanakan secara sama rata …laksanakan untuk semua (kaum)”. Hadirin bertepuk tangan.

“Di dalam Al-Quran, tidak ada terma yang spesifik untuk orang Melayu. Ini cara ia sepatutnya dilakukan. Jadi (walaupun) saya diikat, dengan pandangan semasa, tetapi saya harus mengatakannya.

“Jadi apa yang anda mahu sudah tentu dari segi kualiti. Awak percaya dengan kuat dalam kepercayaan awak, walaupun saya bersekolah di Assunta yang mempunyai salib besar di dewannya dan nyanyian persatuan Katolik yang aktif, saya tidak terpengaruh dengannya”. (Loceng berbunyi menanda masa menjawab tamat dan moderator mengucapkan terima kasih kepada ahli panel).”



Persoalannya perlukah parti politik menggunakan nama Islam? Parti politik tidak berjuang 100% untuk agama sahaja. Terlalu banyak perkara yang mempengaruhi keputusan mereka di satu-satu masa. Demi untuk menjaga kesucian agama maka nama Islam tidak perlu digunakan oleh parti politik. Apabila parti politik membuat kesilapan dalam keputusan ianya bakal mencemari Islam itu sendiri. Islam perlu diperjuangkan oleh Ngo-Ngo yang tidak berkepentingan politik demi memberi fokus dan perhatian 100% terhadap perjuangan mereka.

Bagi UMNO yang memperjuangkan bangsa Melayu dan Islam, memang ianya merupakan satu langkah yang wajar dan murni dengan tidak mempergunakan nama Islam dalam UMNO. Fokus diberikan kepada praktikalnya sebuah perjuangan Islam yang ikhlas bukannya mempergunakan nama Islam untuk tujuan kepentingan politik peribadi.

Petikan Mykmu.net

2 comments:

Anonymous said...

Itulah standard PAS.
Hanya layak jd tukang jawab DAP/PKR..

Anonymous said...

Bang. Memang Allah suruh kita mempergunakan Islam dalam kehidupan harian. Termasuklah nama ISLAM tu sendiri. Supaya kita tak lari dari syariatnya.


Yang takut nak guna ialah orang yang dah tentu dalam hatinya ada niat nak menipu duit rakyat untuk anak bini dan lain2 tujuan yg salah. Mereka takut geng mereka yg agama lain tak mau join.

Bang pegilah belajar ilmu Islam dari orang yg betul. Dari isu besar seperti nama Allah sehingga isu sekecilnya telah dibincangkan dalam Pas.

Lapangkan dada dan buang dulu segala prasangka. InysaALLAh kita akan diberi cahaya kebenaran.