Saturday, April 12, 2014

Pasport Koyak Atau Dipotong?



Yang menjadi kemarahan ialah kononnnya kaum Cina dan India ini meninggalkan Malaysia dan mengoyak Pasport Malaysia mereka. Ini menunjukkan sikap biadap dan kurang ajar kumpulan ini.

Sungguhpun DILAPORKAN mereka pernah mengoyak pasport Malaysia dalam usaha mendapatkan kerakyatan UK ia bukan bermakna mereka mengkhianati negara dalam bentuk “treason”. Tindakan mereka bukan tindakan politik kerana sejak 10 tahun lalu kita tidak pernah mendengar mereka memanggil sidang akhbar mengoyak Pasport Malaysia sebagai bantahan kepada pentadbiran kerajaan Malaysia.

Selebih daripada itu, kenyataan mereka mengoyak pasport mereka sangat tidak tepat.

Petikan dalam The Telegraph menyatakan, “Many filled in forms at the Malaysian High Commission in London, cut up their passports and renounced their citizenship.”

Terjemahan “Cut” seharusnya potong atau kerat, bukannya koyak (tear). Ini adalah prosedur yang standard apabila seseorang melepaskan kerakyatan mereka maka pasport akan dipotong. Kalau kita buat pasport baru pun, pasport lama kita akan dipotong (cut) oleh imigresen.

Pasport mereka dipotong kerana mereka telah melepaskan hak kerakyatan mereka.


They sought assurances from London and were granted the status of British Overseas Citizens (BOC). Hundreds of Malaysians took up the offer and moved to the UK in the 1980s and 1990s where they could register as British citizens after residing for five years.

But the immigration laws were toughened in 2002, denying the Malaysian BOCs any further opportunity to register as citizens.

Yet confusion over implementation meant many continued to apply and some cases have been left unresolved for years.
Letters sent by the UK immigration authorities told applicants they could not proceed unless they had renounced their Malaysian citizenship. Many filled in forms at the Malaysian High Commission in London, cut up their passports and renounced their citizenship.

But then an asylum and immigration tribunal ruling in July 2008 decided any Malaysian BOC who held, or had held Malaysian citizenship, had no right to reside in Britain.

Proses “mengoyak” pasport Malaysia ini tidak ada kena mengena dengan tindakan fahaman politik. Justeru sangat tidak masuk akal untuk mengatakan mereka telah menghina dan mengkhianati negara ini. Mereka hanya memohon kerakyatan negara lain dan ia sesuatu yang bukan luar biasa kepada sebahagian orang termasuk orang Melayu yang berhijrah ke negara lain.

Hakikatnya setiap tahun ramai warga negara lain juga diberi pas residen ini. Mereka tidak diiktiraf sebagai warganegara tetapi diberi peluang tinggal dan bekerja di Malaysia.

Malahan Zahid dalam kenyataan beliau petang tadi menyatakan:


Kerajaan Malaysia tidak akan memberikan taraf kewarganegaraan secara automatik kepada mereka namun, sebagai alternatif hanya akan mengeluarkan Pas Residen. Ini membolehkan pemegang pasport BOC berada di Malaysia secara sah selaras dengan peruntukan perundangan sedia ada iaitu Peraturan 16A, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Di bawah peruntukan ini, mana-mana bekas warganegara yang ingin berada di dalam negara boleh memohon Pas Residen sebagai kebenaran untuk tinggal di Malaysia dalam tempoh yang dibenarkan oleh Kerajaan Malaysia. Kemudahan Pas Residen bagaimanapun tidak memberikan sebarang taraf kepada pemegang pasport BOC.

Sekiranya pemegang pasport BOC yang kembali ke Malaysia dan memegang Pas Residen ingin mendapatkan kembali taraf kewarganegaraan, mereka perlu melalui proses yang sama seperti mana warga asing lain iaitu mengemukakan permohonan Permit Masuk, seterusnya permohonan taraf Pemastautin Tetap dan taraf Kewarganegaraan.

Polisi Sejak 2010

Pemberian Pas Residen kepada bekas warganegara merupakan keputusan kerajaan sejak 2010 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib Tun Razak, ketika DS Hishamuddin Tun Hussien menjadi Menteri Dalam Negeri. Ahmad Zahid hanya meneruskan polisi ini.

Petikan Mykmu.net

4 comments:

Anonymous said...

No need to spin la bro...
They have renounced their citizenship meanings they don't want to be Malaysian citizens anymore. It is so crystal clear you don't have to be a rocket scientist to understanding it.

Anonymous said...

Whatever, mereka sudah berminat menjadi warganegara luar. Jadi teruskanlah. Sekarang mereka bukan lagi warganegara Malaysia. Malaysia tidak layak untuk menjadi
second best ke, third best ke, million best ke kepada sesiapa. Sekali membuang kewarganegaraan seribu tahun sekali pun tidak layak walaoun untuk menerima apa apa kad pun!

Anonymous said...

Menggunting tu tujuan untuk koyak. Menerima nereka sama seperti meyimpan gunting dlm lipstan selimut.

Anonymous said...

Jangan terima mereka sebab mereka bukan lagi warganegara Malaysia...tiada sesiappun yang paksa mereka dulu untuk jadi warga uk dan membuang kewarganegaraan Malaysia...itu adalah pilihan mereka sendiri...saya sarankan agar Malaysia tidak terima mereka semula...jika kerajaan dengan mudah terima mereka semula...semua rakyat Malaysia yang taat dan setia akan rasa terhina kerana seolah-olah kerakyatan negara Malaysia ini begitu murah sekali harganya...
Tindakan untuk menerima semula mereka dengan mudah sama ada memberi pas residen (walaupun bukan warganegara) seolah-olah tidak mengiktiraf perjuangan pahlawan-pahlawan tanah air yang sanggup mati demi melawan musuh, pembelot dan pengkhianat negara.