Wednesday, April 30, 2014

Pemilihan PKR Bercelaru, Anwar Mahu Salahkan Siapa?


Rakyat Malaysia tentu tidak lupa tidak berapa lama dulu Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim adalah antara pemimpin pembangkang yang paling ke hadapan mengkritik dan menghentam Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) yang menurutnya telah gagal memastikan proses Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berlangsung dengan telus, adil dan saksama.

Juga masih segar dalam ingatan ramai dek kerana marahnya pada SPR maka Anwar jugalah yang ke hulur ke hilir membawa misi menyeru khalayak penyokong PKR, DAP dan PAS beramai-ramai menyertai Himpunan Blackout 505 yang katanya demi untuk menentang dan menyuarakan bantahan terhadap ketidakadilan yang didakwa berlaku dalam PRU-13.

Bukan setakat itu sahaja, Anwar juga beria-ia mengutuk SPR berikutan masalah dakwat kekal yang tidak kekal semasa hari pengundian PRU-13 di masa yang sama dengan lantang membuat dakwaan konon berpuluh ribu warga Bangladesh telah diimport sempena pengundian PRU-13 untuk memenangkan BN.

Pendek kata bagi Anwar, PRU-13 dulu sepatutnya dimenangi pakatan pembangkang PR namun disebabkan kesalahan-kesalahan yang konon dilakukan oleh SPR maka impiannya untuk menjadi Perdana Menteri dan menguasai urus tadbir negara ini berkecai selamanya.

Tapi itu semua kisah-kisah lama dulu yang sudah 11 bulan berlalu. Tumpuan umum sekarang adalah pada Pemilihan PKR 2014 yang serba pelik. Mana tak peliknya bila mana meskipun kelibat SPR langsung tak terlibat dalam pemilihan PKR namun proses demokrasi parti itu kelihatannya agak kacau bilau, bercelaru serba tidak kena.

Inilah julung kali dalam sejarah berlaku pengiraan undi dalam bilik hotel konon kerana berlaku masalah ‘blackout’ sehingga menimbulkan syak wasangka calon lain. Hanya dalam PKR sahaja, lain-lain parti tak pernah sebegitu gila sanggup melakukan sedemikian rupa.

Juga hanya berlaku dalam PKR bila mana para penyokong calon yang kalah naik berang menterbalikkan kerusi meja, mengoyak dan menyelerakkan kertas undi seperti yang berlaku dalam Pemilihan Cabang PKR Kemaman sehingga terpaksa ditangguhkan pada 10 Mei 2014. Dengar khabar Rafizi Ramli mengamuk betulkah?

Selain itu, insiden lain yang tak kurang hebatnya bila ada Cabang PKR yang melakukan proses pengundian di rumah aktivis parti. Malah ada ahli parti yang namanya ada dalam daftar pemilih tapi dilarang pula untuk menunaikan tanggungjawab memilih pemimpin. Unik dan pelik.

Paling menarik bila timbul kes penipuan pengiraan undi. Yang datang mengundi kurang 40 orang tapi jumlah undi yang diterima melebihi 300 undi seperti mana dakwaan pemimpin PKR Sabah, Ansari Abdullah. Ini kalau bukan pengundi hantu Bangladesh mungkin penyokong halimunan sultan Sulu yang bersimpati dengan Anwar agaknya.

Tapi disebalik kekecohan itu sampai sekarang batang hidung Anwar langsung tak kelihatan, sepatah haram kritikan atau teguran lagilah tak kedengaran. Senyap sunyi seribu bahasa. Siapa yang Anwar mahu persalahkan dalam hal ini?

Barangkali sekarang ANwar sedang bertafakur sambil menelaah senario sementara menanti datangnya ilham untuk menghumban kesalahan pada orang lain. Mungkinkah SPR atau UMNO akan dijadikan kambing hitam oleh Anwar berikutan kekalutan ini? Kebarangkalian itu ada kalau tabie semulajadi Anwar dijadikan sandaran.

Apapun dalam tempoh terdekat ini sama-samalah seluruh rakyat Malaysia saksikan sendiri betapa berkecamuknya PKR dalam menguruskan pemilihan parti sendiri. Bagi penulis perkara pelik dan unik sebegini tidak berlaku melainkan ada hikmah yang barangkali petunjuk dari Yang Maha Esa supaya kita membuka mata.

Petikan Mykmu.net

3 comments:

Anonymous said...

Mana tak celaru. SPM Ilmu Hisab pun cukup-cukup makan.

Yang cemerlang hanyalah mata pelajaran Ilmu Hisap.

Segalanya yang boleh dihisap semuanya A++

Anonymous said...

Di negeri Selangor - Masalah air tak cukup. Di negeri Pulau Pinang - Masalah para peniaga dan penjaja melayu susah nak cari makan, mereka dihalau dihambat macam anjing kurap selongkar tong sampah. Di negeri Kelantan - Muda mudinya bertaburan diserata negeri orang sebab di Kelantan susah nak hidup tak ada kerja sebab tak ada kilang dan industri.

Semua negeri yang saya sebut itu adalah negeri2 yang rakyatnya buat keputusan supaya diperintah oleh Pakatan Rakyat. Tak siapa pun yang paksa mereka supaya undi PR pada PRU13 dulu. Mereka sendiri yang pilih dengan rela dan redho kerana mereka rasa Umno(BN) dah tak boleh nak bagi kesenangan lagi kepada mereka.

Dan sekarang adalah musim mereka menuaikan hasil yang mereka usahakan sejak sekian lama. Dan alhamdulillah mereka dapat apa yang mereka idamkan .... Air Tak Cukup, Susah Nak Berniaga Cari Makan dan Berdagang Bergelandangan Merempat Mencari Makan Di Negeri Yang Diperintah Oleh Umno(BN).

Maka atas kejadian yang menimpa2 itu mereka (rakyat Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan) seharusnya banyak2 bersyukur diatas nikmat menghadapi kesulitan hidup yang mereka sendiri pilih. Terutamanya rakyat yang berbangsa melayu beragama islam di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan ... jangan merintih, jangan bersungut sebaliknya BERSYUKUR LAH kerana anda dipilih oleh Allah untuk merasai nikmat kesulitan sedangkan rakan2 anda di negeri2 bawah Umno(BN) tidak berpeluang mendapat nikmat sepahit yang anda dapat.

Ana Muslim

Anonymous said...

Cerita pasal Hudud. Dulu dan Sekarang.

Dulu2 bila Pas nak laksana Hudud Umno tak pernah menyatakan sokongan secara terbuka. Tapi hari ini alhamdulillah. Umno terang2 kata akan sokong. Tapi pemimpin Pas pula ragu2 takut Umno sokong sebab nak pecahkan PR.

Dulu2 bila Pas nak laksana Hudud pemimpin paling kanan dalam DAP kata " langkah mayat aku ". Tapi hari ini orang itu dah mampos dah.

Dulu2 MCA dan Gerakan takut2 nak membantah perlaksaan Hudud. Tapi hari ini ketua2 Gerakan dan MCA dengan berani dan jujur menyatakan " kami tolak Hudud "

Itu lah bezanya antara dulu dan sekarang. Yang tak mahu berubah hanyalah Pas, dari dulu sampai sekarang tak putus2 mencurigai Umno. Umno jadi serba tak kena, " diam tak kena sokong pun tak kena, kalau tak sokong terus dikatakan Umno tolak islam, bila sokong dikatakan ada agenda tersembunyi "

Kalau orang Pas pegang kepada kitab yang orang Umno pegang, kalau orang Pas sembah tuhan yang orang Umno sembah ... tidak lah Hudud menjadi terawang2 dikayangan.

Dulu orang Pas kata Umno tu Setan sebab Umno tak mahu buat Hudud, tapi hari ini hendaknya orang Pas berani mengaku " Kami adalah Setan Berserban yang saja2 nak guna Hudud untuk political mileage parti kami ".

Boleh jadi betul. Orang Umno kopiah tak pakai serban pun tidak berjubah jauh sekali ... makanya Setan pun tak ada tempat lah nak sembunyikan diri. Orang Pas berkopiah, berserban dan berjubah siang dan malam ... Setan suka sangat2 sebab banyak tempat dia boleh menyembunyikan diri dan wajahnya.

Perangai Setan adalah ... mulut kata nak islam, nak Hudud tapi dihati berdoa " mudahan2 pihak yang satu lagi tu tak akan sokong usul aku, maka dapat lah aku kata kepada pengikut dan penyokong aku ... aku nak buat Hudud tapi pihak yang satu lagi tu yang tak mahu sokong "

Akhirnya Setan pun kantoi ... bila pihak yang satu lagi kata " kalau kau bawa usul tu aku dan orang aku akan beri sokongan penuh ".

Ha ha ha ... pada akhirnya Setan telah termasuk ke dalam perangkapnya sendiri.