Monday, April 21, 2014

Pertukaran MB Tiga Negeri- Najib Jangan Salah Langkah



Spekulasi yang dicetuskan oleh Mingguan Malaysia (Utusan) hari ini mengenai pertukaran Menteri Besar Barisan Nasional menimbulkan tanda tanya siapakah yang akan terbabit. Setakat ini, hanya Menteri Besar Johor, Ketua Menteri Melaka, Menteri Besar Perak dan Menteri Besar Kedah dijangka selamat sepenuhnya.

Paling berisiko akan diganti ialah Menteri Besar Pahang, Dattuk Seri Adnan Yaakob yang berada dalam senarai atas pertukaran Menteri Besar sejak sebelum pilihan raya lalu. Selain itu, Menteri Besar Terengganu dan Ketua Menteri Sabah juga mungkin berhadapan risiko digantikan berikutan masalah dalaman negeri yang tidak berkesudahan.

Namun mungkin juga kejutan akan berlaku di utara Semenanjung Malaysia,Perlis.

Petikan dari www.Suara.tv

Kuala Lumpur – Satu tulisan pojok di dalam Mingguan Malaysia hari ini membangkitkan spekulasi bahawa dua menteri besar bakal diganti tidak lama lagi.

Tanpa menamakan nama mana-mana menteri besar yang dimaksudkan, tulisan dalam akhbar itu turut mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga sudah mempunyai senarai nama sebagai pengganti.

Dalam pojok Bisik-bisik Awang Selamat itu, editor berkenaan turut menyokong usaha berkenaan, yang menurutnya mampu “menyuntik kesegaran dalam pentadbiran negeri.”

“Khabarnya dua menteri besar bakal digantikan tidak lama lagi. Spekulasi mengenainya mulai bertiup bagai sepoi angin petang di pesisiran pantai.

“Tidak perlulah Awang sebut siapa menteri besar berkenaan pada peringkat ini, biarlah ia terus menjadi desas-desus.

“Tentu terdapat tokoh yang boleh dijadikan sandaran, yang Awang percaya Najib sudah ada bayangan calon-calonnya. Kita tunggu,” tulisan itu dipetik.

Umno kini menguasai pentadbiran di tujuh negeri dengan menteri besar dari parti tersebut – Perlis, Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.

Selain itu, ketua menteri Umno turut mengetuai pentadbiran di dua negeri, Melaka dan Sabah.

Dalam tulisan berkenaan, editor akhbar berkenaan turut melahirkan hasrat agar Najib memperkenalkan muka baru untuk jawatan tertentu dalam Umno.

“Bukan sahaja kepimpinan negeri, ramai yang menyimpan harapan agar perdana menteri yang juga presiden Umno menampilkan muka baharu bagi beberapa jawatan (lantikan) tertentu dalam parti,” katanya.

Petikan Mykmu.net

3 comments:

Anonymous said...

Aku bukan org ganu
Aku bukan kawan mat said pun
Tp aku org ISLAM dan UMNO
Itu jr persamaan aku dan mat said

Kalau Tok Jib boleh buang mat said
Mat said bkn hensem sgt. Sepupu Tok Jib lg hensem
Tp biar x hensem, asalkan boleh buat keja. Bela agama dan bangsa

Tok Jib boleh buang mat sagd
Tp selepas tendang :

1) menantu paklah @ Anwar ke2 @ KJ
2) mb melaka telur separuh masak Haron

Kalau berani buang 2 bangkai busuk yg rosakkan agama, bangsa dan UMNN ni
Maka buanglah Mat SAID

Anonymous said...

menteri besar je? apa kata untuk mendapatkan perkhidmatan yg lebih segar tukarkan juga pengarah2 di kementerian tertentu serta juga orang2 besar dalam glc. baru cool.

Anonymous said...

Buang juga adalah talibarut Jepun dalam cerita Sargen Hassan.

Buang jangan tak buang. Jika tak buang nanti terbuang.

Aduhai kenapa buang Buang. Dia kan banyak rahsia.