Wednesday, April 16, 2014

POTONG GAJI SEMULA-WAYANG TINGGI KERAJAAN SELANGOR



PENGUMUMAN Khalid Ibrahim kelmarin bahawa kerajaan negeri Selangor akan memotong gaji Menteri Besar, Exco, Speaker dan Timbalan Speaker yang dinaikkan bermula awal Januari lalu sehingga mencecah 373%, adalah sebenarnya satu sandiwara politik semata-mata.

Rakyat jangan tertipu sebab dari segi undang-undangnya, gaji Menteri Besar, Exco, Speaker dan Timbalannya masih pada kadar semasa yang dinaikkan mencanak-mencanak itu.

Apa yang dilakukan Khalid ialah lebih kepada soal pentadbiran, iaitu gaji yang tinggi itu, dipotong sekian sekian peratus untuk dimasukkan ke dalam tabung MES – tabung yang rakyat Selangor sendiri tidak pasti untuk tujuan apa dan kemana wang dalam tabung ini disimpan atau dibelanjakan.

Senang cakap, wang rakyat masih mengalir keluar pada jumlah yang sama untuk membayar gaji Khalid, Exco, Speaker dan Timbalannya, cuma selepas itu dipotong untuk masuk dalam tabung yang tidak diketahui asal usulnya macam mana.

Tidak ada apa yang berubah. Rakyat Selangor masih perlu membayar wang yang tinggi untuk hasil kerja yang tidak seberapa.

Malah, kalau dilihat semula jumlah pemotongan itu, Khalid, Exco, Speaker dan Timbalannya, boleh gelak sajalah sebab nampak sangat temberangnya.

Contoh macam gaji Khalid, sebelum kenaikan mencanak dapat RM14,176, selepas kenaikan mencanak dapat RM 29,550, selepas pemotongan yang diumumkan kelmarin, gaji Khalid kembali kepada gaji asal.

Sementara Exco, Speaker dan Timbalan Speaker yang terima kenaikan antara 231% hingga 373%, dipotong gaji mereka antara 23.81% sehingga 33.34% sahaja

Kesimpulannya, gaji Khalid masih tidak berubah, sementara Exco, Speaker dan Timbalan Speaker hanya menerima pemotongan kecil berbanding kenaikan yang mencanak besar

Bukan ke sandiwara namanya tu?

Sebetulnya tujuan buat semua ni (naik gaji mencanak, kemudian potong sikit), hanyalah nak buat modal politik. Nanti boleh kata “lihat, kami sanggup potong gaji demi rakyat, UMNO ada?”, macam itu.

Tidak ada rakyatlah sama sekali, ini semua kerja lanun politik nak mengebas duit rakyat, itu saja.

Petikan Mykmu.net

No comments: