Monday, April 21, 2014

RAKYAT MAJIKAN SAYA- AHMAD SAID



Ura-ura pertukaran jawatan tiga orang Menteri Besar sudah mula diperkatakan walaupun sebelum ini, sekurang-kurangnya dua nama telah dinaikkan iaitu Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said dan Menteri Besar Pahang bagi pertukaran.

Antara faktor-faktor penyebab kepada pertukaran tersebut adalah pertelingkahan dalaman yang menyaksikan cantasan dan tikam belakang berlaku di kalangan sesama sendiri sehingga mengakibatkan prestasi UMNO dan Barisan Nasional di negeri masing-masing berada pada tahap paling rendah.

Namun apa yang berlaku sebenarnya adalah sikap iri hati, dengki dan tamak haloba, merupakan perkara paling penting dalam proses pertukaran ini.

Kita ambil contoh Terengganu.

Memang benar pada tahun 2004, Terengganu di bawah Idris Jusoh berada di puncak dengan kemenangan besar yang telah menyapu PAS keluar dari pentadbiran negeri. Namun apa yang berlaku selepas itu amat menyedihkan. Walaupun banyak pembangunan dan rancangan ekonomi telah dibuat oleh Idris Jusoh, namun pada masa yang sama, segala perancangan tersebut turut datang bersama-sama liabiliti yang boleh meruntuhkan negeri itu sendiri.

Perlantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu menggantikan Idris Jusoh pada mulanya mendapat tentangan daripada ADUN-ADUN BN Terengganu yang sudah biasa makan dan dimanjakan di tangan Idris Jusoh. Bagaimanapun, tentangan dilihat sedikit reda kerana masing-masing begitu takut tidak terpilih sebagai calon pada PRU-13.

Senarai nama-nama calon PRU-13 Terengganu akhirnya menunjukkan bahawa percaturan di Terengganu sebenarnya lebih merugikan berbanding keinginan untuk menguasai negeri tersebut. Perubahan pada saat-saat akhir dan ketiadaan kuasa pada Menteri Besar Terengganu yang merupakan Pengerusi Perhubungan Negeri, menunjukkan bahawa ada pihak yang masih bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar negeri itu.

Pertelingkahan itu masih berpanjangan sehingga sekarang. Individu berkenaan menggunakan kesempatannya rapat dengan Perdana Menteri untuk 'memberi nasihat' tentang penyingkiran Mat Said yang dikatakan tidak mampu menyatukan UMNO Terengganu.

Baca sepenuh di Selangor Chronicle SINI

Dikhabarkan ketika Ahmad Said bertemu Perdana Menteri Dato Najib untuk bincang senarai calun, dia membawa calun yang mana telah dijalankan survey dan risikan latarbelakang.

Sebaik saja dia masuk, Ahmad Said diberitahu senarai Terengganu tak perlu nak bincang dan sudah siap. Maka Ahmad Said tidak dapat buat apa-apa dan pertemuan itu memakan masa 15 minit saja.

Jika Ahmad Said mahu dikambing hitamkan, ianya satu ketidak adilan kerana bukan dia yang patut dipersalahkan hingga majoriti Terengganu hanya tinggal dua kerusi.

Pasti cadangan calun datang dari seseorang yang telah menasihati PM dan bukan dari PM sendiri. Namun begitu, harus diingat bahawa PM yang membuat keputusan tentang senarai calun dan bukan Ahmad Said atau Penasihat.

Tindakan menyingkir Ahmad Said kerana keputusan piihanraya umum pun tidak bijak kerana pihak yang mengetahui tahu bahawa salahnya adalah PM dan akan tmbul desas desus kata PM pun patut diguguran kerana tidak dapat 2/3 Parlimen dan kekalahan Selangor lebih teruk.

Harap difaham bahawa ketika pentadbiran di bawah Dato Idris Jusoh, diakui bahawa Terengganu telah banyak mencapai kemajuan dan pembangunan fizikal. Tetapi adakalanya Idris Jusoh terlalu laju dan jauh ke depan untuk difahami dan diterima rakyat.

Pembangunan ketika itu pun terlalu deras hingga banyak kesilapan pun turut berlaku. Ada baiknya Terengganu consolidate dahulu sebelum melonjak lebih laju. Buat masa ini, sentuhan rakyat Ahmad Said sedang diterima ramai dan belum tahu letak pengganti lain akan dapat mengekang kemaraan PAS.

Petikan theunspinners

1 comment:

sesejuk mata memandang said...

Pelbagai telahan dan ramalan dibuat mengenai kedudkan Yb Ahmad Said Menteri Besar Terengganu, kita msih berpnedapat bahawa kerajaan pimpinan Dato seri Najib tidak akan mahu kehilangan Kerajaan BN Terengganu sekiranya Ahmad Said dirukarkan . Sebab dan akibat sekiranya pertukaran MB sekarang ada lah lebih buruk dari yang dijangkakan kecuali MB Mat Said dinaikkan pangkat memegang kerusi Timbalan Menteri Peringkat Pusat.

Semua rakyat faham ercaturan politik yang cuma kelebihan dengan 2 kerusi, apa akan jadi sekiranya Mat Said beralih arah dengan rakan-rakan karib meninggalkan umno, cuba bayangkan ? apakah Parti pas tidak menangguk air yang keroh kerana nila setitik roasak susu sebelanga , kerana menjaga hati seorang rosak negeri dan terleaps ke pihak lawan , apak ini tidak mungkin berlaku ..

DS Najib lebih tahu permainan politik orang Terengganu sendiri dari orang lain kecuali penasihat nya mahukan pihak lawan mengambil alih kerajaan. Tidak usah dipandang ringan kehebatan Mat Said , jadi biar lah setakat ini MB Mat Said tersu kekal hingga PRU14.

Ini cuma pandangan peribadi ., sekian