Monday, April 14, 2014

Telur Ghani Patail Hilang Bila Pembangkang Kritik



Beranikah Peguam Negara menjawab kenyataan Naib presiden PKR N Surendran yang menuduh kerajaan campur tangan dalam bidang kehakiman dan berusaha memenjarakan Anwar Ibrahim secara tidak adil.

N Surendran menyelar tindakan pendakwaan yang mengemukakan rayuan balas untuk membolehkan hukuman penjara dilanjutkan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes Liwat II adalah “usaha jelas untuk menamatkan karier politiknya”.

Surendran dalam satu kenyataan hari ini menyebut, rayuan balas di Mahkamah Persekutuan itu juga “selektif, berniat jahat dan bermotif politik”.

Mahkamah Rayuan pada bulan lalu menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas Anwar, susulan rayuan pendakwaan ke atas pembebasan ketua pembangkang itu oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan BN secara keseluruhannya bertanggungjawab ke atas penganiayaan terbaru ke atas Anwar,” kata Surendran.

“Usaha kerajaan yang korup dan secara menipu untuk memenjarakannya adalah serangan langsung ke atas sistem demokrasi berparlimen,” katanya lagi.

Apa macam Ghani Patail? Kenyataan ini bukan setakat mempertikai keputusan Mahkamah malah menuduh kerajaan mempunyai mala fide dan berkonspirasi terhadap kes liwat Anwar Ibrahim. Apakah Ghani akan berkata tiada undang-undang boleh digunakan ke atas fitnah N Surendran ini?

Petikan Mykmu.net

4 comments:

Anonymous said...

Jawab jangan tak jawab

Anonymous said...

Jawapan nya : kita akan kaji peruntukan undang 2 yg ada. Hangpa tungguuuuu......

Anonymous said...

Ini sudah menghina mahkamah. Nak tengok ada tak yang masih ada telor untuk menyaman si mangkok ni.

Anonymous said...

semenjak kehilangan pulau batu putih. ghani patail dah tak relavan lagi.
nampaknya org melayu dah kekurangan pemimpin yang sejati. tak hairanlah suatu masa nanti org melayu akan dijajah balik oleh bangsa asing tapi yang memalukan oleh pendatang yang diberi kewarganegaraan.