Monday, April 21, 2014

TERKINI!!! Pesawat MAS mh192 buat pusingan balik ke KLIA



KUALA LUMPUR 21 April - Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH192 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Bangalore, India, pada pukul 10.09 malam tadi terpaksa melakukan pusingan balik ke arah KLIA ekoran masalah teknikal.

Menurut laman sosial Twitter MAS, pesawat yang dijangka mendarat di Bangalore, India pada pukul 11.40 malam itu telah melakukan pusingan balik tanpa memberitahu waktu ia terjadi.

Pemantauan di laman web Flightradar24.Com dapat menyaksikan pesawat MH192 itu berlegar-legar di ruang angkasa negara di perairan Selat Melaka kemungkinan untuk menghabiskan bahan api sebelum membuat pendaratan cemas di KLIA. - UTUSAN ONLINE

No comments: