Wednesday, May 7, 2014

Dahlah Tak Paham GST,Dengar Cakap Anwar Pulak..Bertambah Bebal!



SEMALAM penulis beri sedikit penjelasan mengenai GST dalam bahasa yang mudah orang faham. Menariknya, ada komen yang menyalahkan kerajaan kerana tidak menjelaskan tentang GST walaupun dah berbagai kempen dijalankan, dari papan tanda, sesi penerangan, iklan TV/Radio, Internet jangan cakaplah, bersepah.

Orang ini macam komunis baru keluar hutan, dunia dah berubah, dia macam itu jugaklah lagi.

Dalam konteks Malaysia hari ini, komen yang sebegitu menunjukkan, isunya bukan tak faham, tapi sengaja taknak faham. Yang kerajaan dengan pelbagai kempen dikatakan tidak memberi penjelasan kepada rakyat, tapi yang Anwar dengan satu dua ceramah, dikata memberi penjelasan kepada rakyat maka itu terima saja apa dia cakap?

Bodoh jenis macam manakah ini?

Cuba beri satu bentuk komunikasi yang kerajaan belum pernah guna untuk jelaskan kepada rakyat? Satu cukup, tak usah banyak. Ada? Mungkin orang ini mahu kerajaan ketuk dari satu pintu ke pintu beri penjelasan pasal GST? Kalau macam itu, lebih baik kembali hidup pada zaman batu.

Logiknya, kalau buat macam itu, bila masanya yang nak habis bagi penjelasan?

Jadi isunya disini, kalau ada pun yang tak faham GST kerana konon kerajaan tak beri penerangan (bukan sebab lain), itu bukan salah kerajaan, tapi sebab diri itu dah memang pembangkang, bangkang sajalah apa pun yang kerajaan buat. Baik ke buruk, itu belakang cerita.

Kita dah masuk fasa nak kerajaan kaji semula apa yang patut dikecualikan dari GST dah, tapi ada balaci yang masih tak faham GST dari atas sampai bawah.

Jenis ini lawan kerajaan tapi harap kerajaan untuk beri penjelasan kepada mereka sampai faham!! Anway, banyak sangat telan air liur Anwar sampai tak tahu bahawa takkanlah kerajaan BN nak seusahkan hidup rakyat dengan cukai yang membebankan?

Ini kita cakap pasal kerajaan BN, bukan macam kerajaan Pakatan, sanggup seksa rakyat akibat perbezaan politik, macam catuan air di Selangor beberapa bulan sebelum ditamatkan (tanpa jaminan tidak berulang) 1 Mei hari itu.

Kerajaan BN, buat apa pun mesti atas kepentingan rakyat. Kalau ada masalah pun di peringkat pelaksana sajalah, bukan diperingkat pembuat dasar. GST bukan cukai baru tapi cukai sedia ada yang dipertingkatkan supaya lebih telus disamping pelbagai pembaharuan lain.

Sudah tentu perubahan ini bermaksud akan ada pengurangan dan ada juga kenaikan secara minimum. Contoh, rakyat kena bayar tambahan cukai 6% pada pembelian yang tidak dikenakan cukai sebelum ini, tapi 6% itu adalah dari kos yang telah diturunkan hasil penghapusan cukai jualan 10% setelah perlaksanaan GST!!

Pendek kata GST ini akan menguntungkan semua pihak, kerajaan dan rakyat. Ya, dalam apa sistem sekalipun, ada kelemahan tapi ada juga kebaikan, ini sistem manusia bukan sistem Tuhan. Yang penting apa pun kebaikan tu kita perbaiki bersama, bukan bantah bila GST belum pun dilaksanakan lagi.

Yang buat kerja itu hanya orang kurang cerdik, dan sememangnya yang puja Anwar Ibrahim ni kurang cerdik segala segi pun.

Penulis sendiri pun ada satu komen pasal GST ini, iaitu terlalu banyak kuasa diberikan kepada satu agensi untuk mengawal selia perlaksanaan GST. Soalnya bukan apa, penulis tengok cerita rokok seludup saja cukup dah, ini pun agensi berkenaan tak mampu nak bendung.

Bimbang kalau setelah GST dilaksanakan nanti, jika ada individu atau syarikat yang tidak mematuhi sistem yang diperkenalkan, bagaimanakah agensi berkenaan yang sedia terbeban dengan pelbagai tugas sekarang, mampu menjalankan tugas dengan berkesan?

Itu saja kerisauan, tapi penulis sentiasa yakin kerajaan BN akan ada jalan.

Petikan Mykmu.net

4 comments:

Anonymous said...

Mana pi duit minyak Petronas?

Anonymous said...

Mana pi duit minyak Petronas?

Anonymous said...

TU JE LA MODAL...ASIK2 TANYA DUIT MYK PETRONAS..ITU JE LA MODAL LU..

Anonymous said...

TU JE LA MODAL..ASIK2 TANYA DUIT MYK PETRONAS..DAH XDE MODAL KE?