Friday, May 9, 2014

HUDUD- PAS Bermasalah Dengan DAP Dan PKR Bukan UMNO/BN!



PELIK pulak rasanya bila satu Malaya lihat betapa teruknya DAP dan PKR mengkritik cadangan hudud PAS di Kelantan dari kiri dan kanan – sampai ke tahap mencabar PAS keluar Pakatan, tapi parti itu sebaliknya memilih untuk menghentam UMNO kerana kononnya gagal menjelaskan hudud kepada parti-parti komponen BN yang lain seperti MCA dan Gerakan! Pulak dah.

Ini apahal? Nak kata pukul anak sindir menantu, tak pulak, nak kata buah cempedak luar pagar ambil galah tolong jolokkan pun tak kena juga, jadi apa sebenarnya maksud PAS buat macam itu- mempertikai orang lain bila rakan sekomponen sendiri pun lagi hebat kritik hudud?

Patutnya (ikut logiklah), PAS perlu sanjung UMNO kerana parti itu sudah janji nak sokong undang-undang hudud Kelantan bila dibentangkan di Parlimen nanti, bukan tuduh UMNO macam-macam.

UMNO ceritanya nak sokong ni, kenapa yang PAS attack UMNO pulak? Sama ada sudah tersepit sangat atau memang benar dakwaan banyak orang selama ini bahawa PAS adalah parti untuk orang-orang bodoh dunia akhirat jadi ustaz.

Rakyat patut lihat sampai ke tahap itu PAS berpolitik, yang sokong dia cari gaduh, yang bantah teruk, dia buat kawan.

Atau PAS mungkin masih lagi mahu rakyat percaya bahawa parti itu sedang cuba mentarbiahkan PKR dan DAP mengenai hudud?

Sudahlah PAS, orang dah tau dah yang auta tarbiah DAP & PKR pasal hudud ini adalah cerita bohong lagi basi.

Tidak pernah berlaku sebenarnya proses pentarbiahan ini tapi PAS sengaja adakan kerana nak halalkan hubungan haramnya dengan kedua parti berlainan idealogi tersebut.

Maka itulah hari ini kita lihat, daripada menjawab kritikan DAP dan PKR, PAS alih kritikan itu kepada UMNO dan BN pulak. Gila tak gila.

1 comment:

Anonymous said...

pas adalah HAMPas.

pas hidup dibatang dan ranting seperti tumbuhan yg menumpang dipokok subur, naluri perjuanganya cuma hendak merosak kan pokok yang ditumpang hidupnya.

pas tenggek dap dan pkr bagi meraih undi disamping tabur benih dan racun kebencian dikalangan melayu islam supaya terus hendak musnahkan umno, itu hakikat perjuangan selama ini,,,,kebanyakan penganut pas jadian syaitan berupa manusia,,,,sampai kiamatlah kerja dan amalan bermusuhan dengan umno tak kan padam.